Khamis, 22 September 2011

Muhimmah siri 25 -Khabar tentang kanak-kanak di hari Qiyaamah


Dan tersebut di dalam khabar bahawa sungguhnya sekelian kanak-kanak orang Islam itu semuanya berhimpun mereka itu pada padang Mauqif pada hari Qiyaamah .

Maka firman Allah Ta‘ala bagi segala Malaikat : Bawa pergilah oleh kamu dengan sekelian kanak-kanak itu oleh Malaikat Khazanah :

ﺍﻠَُِِْْْ   ََْﺍﺮِ   ًََْ

Ertinya : ‘ Dapat kesukaan dan keluasan dan kesenangan dengan segala anak-anak cucu bagi sekelian orang yang Islam ’ .

Masuklah orang kamu, tiada dihisabnya atas kamu, maka berkata segala anak-anaknya itu : Di mana segala bapa kami dan di mana ibu kami ?

Maka berkata baginya oleh Malaikat Khazanah : ‘ Bawa sungguhnya sekelian ibu-bapa kamu tiada boleh mereka itu seumpama kamu kerana bahawa sungguhnya atas mereka itu beberapa banyak dosanya dan beberapa banyak tuntutan orang, maka mereka itu lagi dikira-kira mereka itu atasnya ’ .

Maka berkata segala kanak-kanak itu : Sungguhnya telah sabar mereka itu atas kami, ya’ni kematian kami kerana mengharapkan pahala pada hari ini . Maka menjerit-jeritlah semuanya di atas pintu Syurga akan sebagai menjerit yang sangat .

Maka berfirman Allah Ta‘ala, padahalnya Ia terlebih mengetahui :         Siapa menjerit ini ? ” .

Maka sembah Malaikat : Hai Tuhanku, segala anak orang yang Islam berkata mereka itu : Tiada kami sekelian masuk akan Syurga melainkan serta segala bapa-bapa kami dan segala ibu-ibu kami .

Maka firman Allah Ta‘ala bagi mereka itu : “ Ambil oleh kamu dengan kedua tangan segala bapa-bapa kamu dan ibu-ibu kamu lalu ke Syurga ”   

Dan tersebut pula di dalam khabar yang lain apabila berhimpun segala makhluq pada hari Qiyaamah dan firman Allah Ta‘ala :

Hendaklah keluar daripada jumlah orang yang tiada berdosa, maka tiada keluar ia melainkan Yahya Ibnu Zakaria Shalawaatullaaahi ‘alaihima dan Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan segala kanak-kanak orang Islam, maka berkata ia : Hai Tuhanku, bahawa sungguhnya Engkau telah mengambil akan segala nyawa dan telah Engkau hukumnya atas kami akan mati sebelum lagi kami melihatnya akan segala ibu-bapa kami dan telah kami memandang akan ibu-bapa ibu-bapa, maka janganlah Engkau haramkan akan kami, ya Tuhanku akan melihat bagi mereka itu pada hari ini .”

Maka firman Allah Ta‘ala : “ Tuntutlah oleh kamu akan segala bapa kamu dan segala ibu kamu dan masukkan oleh kamu ke dalam Syurga ” .

Dan masuklah oleh sekelian kanak-kanak itu pada pertengahan segala shaf, maka menuntut dan mencari mereka itu akan segala ibu-bapa mereka itu dan segala ibu-ibu mereka itu, maka mengambil mereka itu dengan segala tangan mereka itu yang kanan akan segala tangan bapa-bapa mereka itu dan dengan tangan mereka yang kiri mengambil akan tangan ibu-ibu mereka itu, maka memasukkan mereka itu ke dalam Syurga .   

Inilah setengah daripada hadits yang menunjukkan faedah yang hasil dengan sebab berkahwin tetapi dengan syarat sabar atas kematian segala anaknya dan tiada pula perkataan yang kemarahan .

Maka berbahagialah bagi orang yang sabar atas kematian anaknya dan celakalah bagi segala orang yang kemarahan dengan keluh-kesah dan perkataan dan perbuatan yang jadi derhaka kepada Tuhannya, maka adalah segala orang yang demikian itu beberapa pekerjaan yang bertemu mereka itu dengan kerugian, kesesalan dan beberapa pula pangkat dan darjat yang meluputkan keduanya akan mereka itu dan segala kebajikan .

ﺍﻠﺼَّﺎﺑَِِْ   َ ِ   ﺍﺠََْْ  َّ ﺍﻠﻠُّ
   
Hai Tuhanku, jadikan oleh Kamu akan kami daripada jumlah segala orang yang sabar mereka itu ’ .

Dengan sebab berkahwin itu memecahkan syahwat, ya’ni menghilangkan akan syahwat kepada perempuan yang membimbangkan akan hatinya daripada hadhir hati di dalam ‘ibadat dan lagi terpelihara daripada syaithan yang bertemu membawa kepada berbuat haram, kerana inilah bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa berkahwin, maka sesungguhnya telah memeliharakan ia akan setengah agamanya, maka hendaklah ia takut akan Allah Ta‘ala pada setengah agamanya yang lain itu ’ .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan