﴾ باب الاضحية ﴿
Ini bab pada menyatakan udhhiyyah, ya’ni qurban iaitu barang yang disembelih ia daripada unta atau sapi atau kambing kerana menghampirkan diri kepada Allah Ta‘ala di dalam masa yang lagi akan datang kenyataannya
﴾ Bermula ﴿ Dalil yang menyabitkan qurban itu dahulu daripada ijma’ firman Allah Ta‘ala :
﴾ وَٱنْحَر لِرَبِكَ ْ فَصَلِّ ﴿
Ya’ni :“ Sembahyangkan olehmu ya Muhammad, hari raya dan sembelihlah olehmu qurban ” .
Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
تَعَالىَ اللهِ ﺇلىَ ﺃحَبَّ عَمَلٍ مِنْ ﻴَﻭْمَ النّحَرِ ابْنُ ﺁدَمَ عَمِلَ مَا ﴿
وَﺃظْلاَفِهَا بِِقُرُونِهَا الْقِيَامَةِ يَوْمَ ﻠﺘَﺄﺘِﻲ ﺇنّهَا الدَّم ﺇرَاقََةِ مِنْ
يَّقَعَ ﺃن قَبْلَ بِمَكَانٍ اللهِ مِنَ لَيَقَعُ الدَّمَ ﺃنّ وَ
نَفْسًا ﴾ بِهَا فَطِيبُوا ٬ عَلىَ اﻷرْض
Ya’ni : ‘ Tiada jua dikerjakan oleh anak Adam daripada suatu ‘amal pada hari raya yang terlebih digemari Allah Ta‘ala daripada menumpahkan darah ya’ni menyembelih qurban dan bahawasanya qurban itu lagi akan datang ia pada hari Qiyaamah dengan sekelian tanduknya dan kuku kakinya dan bahawasanya darahnya jatuh ia daripada Allah Ta‘ala pada suatu tempat kemuliaan dahulu daripada jatuh ia ke bumi, maka sukakanlah diri kamu dengan qurban itu ’ . R . Tirmidzi dan Hakim .
﴾ Dan lagi ﴿ Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ مَطَايَاكُمْ الصِّرَاط ِ عَلىَ ﻓﺈنًَهَا ضَحَايَاكُمْ عَظِمُوا ﴿
Ya’ni : ‘ Perbesarkan oleh kamu akan sekelian qurban kamu kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada hari Qiyaamah ’ .
﴾ Syahdan ﴿ Bahawasanya qurban itu sunat muakkadah pada hak kita ummat yang merdeka atau mub‘adh, lagi mukallaf, lagi rasyid, lagi kuasa ia atas mengerjakannya ( tetapi ) harus bagi wali bapa atau nenek { datuk } mengurban yang diwalikannya daripada harta dirinya seperti barang yang lagi akan datang kenyataannya .
﴾ Dan wajib ﴿ Qurban itu atas Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam khushushiyyah baginya kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ ْ لَكُم ٌ سُنَة َ هُو َ و ِ بِالنَّحْر ُ ﺃمِرْت ﴿
Ya’ni : ‘ Telah disuruhkan Allah Ta‘ala akan daku berqurban dan iaitu sunat bagi kamu ’ . R . Tirmidzi .
﴾ Dan lagi ﴿ Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ عَليْكُمْ بوَاجِبٍ لَيْسَ وَ النَّحْرُ عَلىَّ كُتِبَ ﴿
Ya’ni : ‘ Telah difardhukan atasku qurban dan tiada wajib ia atas kamu ’ R . Daru Quthni .
﴾ Dan adalah ﴿ Qurban itu sunat kifaayah bagi seseorang jika ada baginya berbilang { ramai } ahlul bait { ahli rumah } dan jika tiada berbilang ahlul bait, maka iaitu sunat ‘aini .
﴾ Dan makruh ﴿ Meninggalkan qurban kerana ikhtilaf ‘Ulama΄ pada wajibnya, maka dari kerana ini adalah qurban itu terafdhal daripada shadaqah sunat .
﴾ Bermula ﴿ Hasil perkataan yang tersebut di dalam Tuhfah bahawasanya yang dikehendaki dengan ahlul bait pada bab qurban itu tiga ihtimal { kemungkinan } :
﴾ Maka muhtamal ﴿ Yang dikehendaki dengan ahlul bait di sini seperti yang dikehendaki dengan dia pada bab al waqfi iaitu segala kerabatnya daripada laki - laki dan perempuan dan iaitulah yang muwaafaqat dengan perkataan yang telah terdahulu bahawasanya ahlul bait yang berbilang mereka itu adalah qurban itu sunat kifaayah, dan jika tiada berbilang mereka itu, maka iaitu sunat ‘aini .
Dan makna keadaaan qurban itu sunat kifaayah seperti keadaannya disunatkan ia bagi tiap - tiap daripada ahlul bait iaitu gugur tuntut dengan perbuatan yang lain, bukan hasil pahala bagi orang yang tiada mengerjakan dia .
Adalah bandingnya seperti sembahyang jenazah jua, maka barang siapa berqurban dengan seekor kambing, jatuhlah { jadilah } qurbannya itu bagi dirinya dan hasillah pahalanya baginya jua, tetapi gugur tuntut dengan qurban itu daripada ahlul baitnya . Dan tiada hasil pahala bagi sekelian mereka itu melainkan apabila diniatkannya bersekutu ia dengan mereka itu pahalanya .
Bermula tashriih Fuqaha΄ dengan mengatakan sunat berqurban bagi tiap - tiap seseorang daripada ahlul bait itu menegahkan ia akan bahawa yang dikehendaki dengan ahlul bait itu segala mereka itu yang majhur, ya’ni yang ditegahkan .
﴾ Dan muhtamal ﴿ Pula bahawa yang dikehendakinya dengan ahlul bait disini barang yang menghimpunkan akan mereka itu nafqah seseorang yang memberi nafqah ia akan mereka itu dan jikalau dengan kerana Allah Ta‘ala sekalipun, maka ihtimal inilah yang disahkan akan dia oleh Syihab Ramli di dalam Hasyiah Syarah Raudhah .
﴾ Dan muhtamal ﴿ Pula bahawa yang dikehendakinya dengan ahlul bait disini segala mereka itu yang diam mereka itu di dalam suatu rumah dan jika tiada ada antara mereka itu kerabat sekalipun, maka atas ihtimal inilah menyimpankan Syeikh Ibnu Hajar di dalam Syarah Irsyad dan yang telah berlaku atas Syeikh Thabalawi .
﴾ Kata ﴿ Said Umar ; sayugianya bahawa ada ia yang diperpegangi atasnya dan jika berkata Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah bahawa ihtimal ini jauh ia sekalipun .
﴾ Furu’ ﴿ Bermula orang yang disunatkan udhhiyyah itu, orang Islam lagi merdeka lagi kuasa iaitu mereka yang memilik lebih daripada barang yang ia bayar kehendak akan dia nafqah pada hari raya dan malamnya dan hari Tasyrik jika ada lebih daripadanya barang yang dapat ia udhhiyyah, lagi ada ia orang rasyid . Khilaf bagi barang yang berkata setengah ‘Ulama΄: lebih belanjanya daripada hari raya dan malamnya jua .
﴾ Dan tiada ﴿ Wajib bagi qurban itu melainkan dengan nadzar seperti dikatanya :
﴾ لِلَّهِ ﻋَﻟَﻲَّ ﺃنْ ﺃﺿَﺤِّﻲَ بِهَذِﻩِ ﴿
Ertinya :‘ Kerana Allah Ta‘ala wajib atasku berqurban dengan kambing ini ’, umpamanya,
Atawa { atau } dengan ta’yiin seperti dikatanya :
﴾ ٌ هَذِهِ ﺃضْحِيَّة ﴿
Ertinya : ‘ Inilah qurban ’ .
Atau dikatanya :
﴾ جَعَلْتُهَا ﺃضْحِيَّة ً ﴿
Ertinya : ‘ Ku jadikan akan dia qurban ’ .
Maka dengan lafaz yang tersebut itu, jadilah qurban dengan umpamanya kambing itu wajib kerana hilang miliknya daripadanya dengan nadzar dan ta’yiin, maka wajib atasnya menyembelih dia dan tiada harus baginya mentasharrufkan dengan umpama dijual atau digantikannya dengan yang lainnya dan jikalau dengan terlebih baik daripadanya sekalipun .
﴾ Masalah ﴿ Jikalau berkata seseorang ; ‘jika aku milik akan kambing ini, maka bagi Allah atasku bahawa aku qurban’, padahal kambing itu bukan milik dia, tiada jadi nadzar dengan perkataan itu jika ia milik akan dia kemudiannya sekalipun kerana ‘ainnya tiada tsabit pada dzimmah . Bersalahan jika ia berkata; ‘jika ku milik akan kambing, maka bagi Allah atasku bahawa aku qurban’, jadi nadzar, ya’ni tiada dikatanya ; ‘kambing ini’, dengan ta’yiin kambing, maka manakala ia milik akan dia, maka lazim ia buat qurban kerana ia bukan ‘aini, ya’ni benda yang tertentu, hanya ia tsabitkan pada dzimmah .
﴾ Dan ﴿ Hanyasanya tiada hilang milik seseorang daripada sahayanya yang dinadzarkannya dengan katanya ; ‘ wajib atasku memerdekakan dia ’, melainkan dengan memerdekakan dia .
Dan jika wajib atasnya memerdekakan dan haram menjual dia dahulu daripada memerdekakan dia sekelian kerana bahawasanya milik pada qurban yang dinadzarkan itu berpindah ia dari padanya kepada sekelian miskin dan kekal mereka itu memilikkan dia kemudian daripada menyembelih akan dia .
Bersalahan milik pada sahaya tiada berpindah ia kemudian daripada memerdekakan kepada seseorang jua pun, hanya adalah ia hilang sekali - kali dan apabila disembelihnya akan qurban yang wajib atau anaknya, wajiblah mensedeqahkan dengan sekelian suku - sukunya seperti barang yang lagi akan datang kenyataannya .
﴾ Syahdan ﴿ Bahawasanya kambing atau barang sebagainya yang dibeli akan dia oleh seseorang dengan qashad qurban apabila ditanya orang akan dia padahal kambing itu, maka dijawabnya akan dia dengan katanya ; ‘ bahawa kambing itu kambing qurban ’, nescaya jadilah kambing itu qurban wajib dengan ta’yiin, maka wajib atasnya menyembelih dia dan mensedeqahkan sekelian suku - sukunya dan haram atasnya memakan suatu daripada dagingnya .
Sayugianya hendaklah kita ketahui akan masalah ini kerana yang demikian itu telah jatuh ia pada kebanyakkan daripada segala orang yang ‘awam yang berkata mereka itu tatkala ditanyai orang bahawa kambing ini kambing qurban padahal jahil mereka itu akan hukum yang hasil daripada perkataan yang tersebut itu dan disangka oleh mereka itu bahawasanya kambing itu qurban sunat jua, maka dimakan oleh mereka itu suatu daripada dagingnya dan terkadang tiada disembelih oleh mereka itu akan dia, hanya ditasharrufkan oleh mereka itu dengan dijual atau diganti dengan yang lainnya, maka yang demikian itu khatha΄ { salah } .
﴾ Masalah ﴿ Jika membawa oleh seseorang akan na‘am padahal qashad ia hendak buat qurban, maka apabila ditanya orang akan dia ; apa engkau hendak perbuat akan ini ?
Maka jawabnya ; ini udhhiyyah, atau ; aku jadikan udhhiyyah, kata setengah { ‘Ulama΄ } ; tiada dinamakan nadzar tetapi diperhubungkan dengan nadzar pada lazim ia sembelih dan haram ia makan dan wajib ia shadaqah akan sekelian suku-sukunya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan