Selasa, 25 Oktober 2011

Bab Syurga - ( Kitab Al Durru Al Tsamiin )




Syurga

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan Syurga iaitu negeri nikmat yang disediakan bagi segala kekasihNya yang shalihin . Padanya barang yang tiada pernah dilihat oleh mata dan tiada pernah didengar oleh telinga dan tiada pernah dilintas oleh hati iaitu di atas tujuh petala langit yang di atas, di bawah ‘Arasy .

Dijadikan Allah Ta‘ala, Syurga itu dahulu daripada Neraka, maka keduanya dijadikan pada hari Juma‘at seperti dijadikan rahmatNya dahulu daripada ghadhabNya ( kemurkaanNya ) , maka adalah keduanya maujud ( yang ada / telah ada ) sekarang .

Maka adalah Syurga itu delapan :

{ 1 } Pertamanya, lagi yang afdhalnya : Firdaus. Adalah ia dijadikan daripada emas .

{ 2 } Kemudian, Jannah ‘Adn iaitu dijadikan daripada qashab Syurga .

{ 3 } Kemudian, maka Jannah Al Khuld . Adalah ia daripada marjan .

{ 4 } Kemudian, Jannah Al Na‘im daripada perak .

{ 5 } Kemudian Jannah Dar Al Salam daripada yaqut yang merah .

{ 6 } Kemudian Jannah Al Ma’wa daripada zabarjad yang hijau .

{ 7 } Kemudian Jannah Al Jalal daripada lu’lu’ yang putih .

{ 8 } Kemudian Jannah Al Maqam Al Qarar daripada kasturi yang sangat harum 

Dan warid daripada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, padanya daripada beberapa nikmatnya dan mahligainya dan ghilmannya dan bidadarinya dan sungainya dan pohon kayunya dan buah-buah kayunya barang yang tiada meliputi dengan dia shifat orang yang memperikan dan tiada dapat menghabiskan dia oleh orang yang mengira-ngirakan dia seperti firman Allah Ta‘ala :

              ۱۷ …. ٍ َُْ   ِ َُّ    ِّ   ْ َُ   َ ُِْ    َّ  ُ ُُُُ َْ   ُ ََْ  َ َ
Maka tiada mengetahui seorang barang yang sembunyikan bagi mereka itu daripada sejuk beberapa mata mereka itu ” .
( Shurah Al Sajdah : Ayat 17 )

Maka sentiasa orang yang di dalam Syurga itu di dalam kemuliaan dengan bagai karamah dan diberi nikmat dengan bagai nikmat, tiada mendengar mereka itu padanya suatu yang sia-sia dan yang berdosa melainkan salam daripada Tuhannya dan daripada Malaikat . Dan bagi mereka itu hampir dengan Tuhan yang mempunyai Jalal dengan memandang bagi Allah Ta‘ala iaitu sempurna nikmat Syurga, dipandang dengan mata dengan tiada dapat meliputi akan dia dan tiada dengan kaifiat dan dengan kadar, tiada seperti memandang makhluqat yang baharu . (  ًَِْ   ًُُ   َ ِْ  ْ َ   ُ ﭐﷲ   ََﺎﻟﻰَ  )

Dan kata Syeikh ‘Abdul Mu’thi Al Samawi Rahimahullaahu Ta‘ala : Maka betapa seorang bertanya daripada negeri yang telah dijadikan Allah dengan tangan qudratNya dan menjadikan dia tempat ketetapan bagi segala kekasihNya dan dipenuhkan di dalamnya daripada segala karamahNya dan rahmatNya dan ridhwanNya . Dan yang dishifatkan nikmatNya itu dengan kemenangan yang amat besar . Dan yang diberi kerajaanNya dengan kerajaan yang kabiir ( besar ) dan ditaruhkan di dalamnya segala kebajikan sekaliannya dan disucikan dia daripada tiap-tiap yang cela dan kebinasaan dan kekurangan .

Maka jika engkau tanya daripada buminya dan tanahnya, maka iaitu kasturi dan za’faran .

Dan jika engkau tanya daripada atapnya, maka iaitu ‘Arasy Al Rahman .

Dan jika engkau tanya daripada balaathun ( hamparannya ) , maka iaitu daripada kasturi yang sangat harum baunya .

Dan jika engkau tanya daripada anak batunya, maka iaitu daripada lu΄lu΄ dan jauhar, ya’ni permata delima .

Dan jika engkau tanya daripada binanya, maka iaitu daripada emas dan perak .

Dan jika engkau tanya daripada pohon kayunya, maka tiada padanya daripada pohon kayu melainkan batangnya itu daripada emas atau daripada perak, tiada daripada kayu dan khasyabun .

Dan jika engkau tanya daripada buah kayunya, maka adalah satu buahnya umpama qirbah ( satu bekas besar yang dibuat daripada kulit unta ) yang terlebih lembut daripada dadih dan terlebih manis daripada madu .

Dan jika engkau tanya daripada daunnya, maka apa yang terlebih lembut dan halus daripada kain pakaian .

Dan jika engkau tanya daripada sungainya, maka bahawasanya beberapa sungai daripada arak yang amat lazat bagi orang yang meminum akan dia dan beberapa sungai daripada madu yang sudah bersih daripada lilinnya dan beberapa sungai daripada air tawar yang tiada berubah .

Dan jika engkau tanya daripada makanannya, maka beberapa buah kayu barang yang engkau suka dan yang engkau pilih dan daging burung engkau berahi ( gemari ) .

Dan jika engkau tanya daripada minumannya, maka sungai tasnim dan zanjabil dan kafur .

Dan jika engkau tanya daripada bejananya, maka daripada emas dan perak . Jernih terlebih daripada di dalam gelas .

Dan jika engkau tanya daripada pintunya, maka adalah luasnya empat puluh tahun perjalanan .

Jika engkau tanya daripada tiup anginnya bagi pohon kayunya, maka bahawasanya terlebih merindukan bagi hati daripada gendang bagi orang yang mendengarkan dia .

Dan jika engkau tanya daripada naung kayunya, maka satu pohon kayunya perjalanan kuda yang sangat pantas diperlarikan bersungguh-sungguh di bawah naungnya seratus tahun, tiada dapat diputuskan dia ( tiada lepas daripada naungan pohon kayu itu ) .

Dan jika engkau tanya daripada luasnya, maka sekurang-kurang milik seorang mu΄min di dalam mahligainya daripada sarirnya dan kebunnya perjalanan seribu tahun .

Dan jika engkau tanya daripada khemahnya dan beberapa kubahnya, maka satu-satu khemah itu daripada yang berongga, panjangnya enam puluh mil .

Dan jika engkau tanya daripada tingginya, maka iaitu beberapa bilik yang dari atasnya bilik yang dibinakan dia pelari air, di bawahnya beberapa sungai .

Dan jika engkau tanya daripada jauh tingginya, maka tilik olehmu kepada bintang pada tempat naik matahari atau pada tempat jatuh matahari pada langit yang tiada hampir memandang oleh mata .

Dan jika engkau tanya daripada hamparannya, maka di dalamnya itu daripada istabraq yang terhampar pada atasnya martabatnya .

Dan jika engkau tanya daripada mukanya dan elok mereka itu, maka seperti bulan purnama .

Dan jika engkau tanya daripada umur mereka itu, maka anak tiga puluh tiga tahun atas kadar kejadian Adam bapa segala manusia .

Dan jika engkau tanya daripada nyanyi mereka itu, maka mengulit isteri mereka itu daripada bidadari dengan menyanyi akan suaminya dan yang terlebih utama daripadanya mendengar khithab Tuhan sekalian alam .

Dan jika engkau tanya daripada kenderaan mereka itu yang ia tunggangkan pergi ziarah keluarganya dan shahabatnya, maka kuda yang dijadikan akan dia Allah Ta‘ala daripada barang yang dikehendaknya, maka terbanglah kepada tempat yang dikehendakinya dalam beberapa Syurga .

Dan jika engkau tanya daripada pakaian mereka itu dan gelang mereka itu, maka beberapa emas dan perak, lu΄lu΄ di atas kepalanya seperti memakai mahkota .   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan