AQABAH TAUBAT SIRI 3
FASHLUN
Ini suatu fashal, kemudian ketahui olehmu dengan yakin bahawasanya ‘aqabah ini ialah ‘aqabah yang sangat payah pekerjaannya, amat dicita-cita dan mudharatnya amat besar . Maka sanya telah sampai akan kami daripada Ustaz Abi Ishaq Al Asfarayini Rahimahullaahu Ta‘ala dan adalah ia daripada orang yang mahir pada ‘ilmu lagi ‘amilin bahawasanya berkata ia : Aku pinta akan Allah Ta‘ala tiga puluh tahun bahawa diberikan daku taubat yang nashuha . Maka tiada diberi akan daku hingga sekarang . Kemudian maka tercengang aku pada diriku dan berkata aku : Subhaanallaah, satu hajat aku minta akan Allah padanya tiga puluh tahun, maka tiada perkenan bagiku, maka aku lihat seperti barang yang melihat oleh orang yang tidur seperti bahawasanya kata ia bagiku : Adakah engkau ‘ujub daripada yang demikian itu, adakah kamu ketahui apa yang kamu pinta . Sungguhnya kamu meminta Allah bahawa Ia kasih akan dikau : Tiadakah engkau dengar firman Allah Ta‘ala :
َ ﭐﻟﻤُﺗَﻄَﻬِّﺭِﻴﻦ ﻴُﺤِﺏُّ َ ﻮ َ ﭐﻟﺘَّﻮَّٰﺑِﻴﻦ ﻴُﺤِﺏُّ َ ﭐﷲ َّ ٳﻦ
“ Bahawasanya Allah Ta‘ala kasih akan orang yang banyak taubatnya dan kasih akan orang yang banyak bersuci ”
( Shurah Al Baqarah : Ayat 222 )
Maka adakah ini hajatnya itu mudah, ya’ni minta tiga puluh tahun itu nisbah bahawa dikasih Allah akan dia amat sedikit lagi mudah .
Dan adapun mudharat yang ditakut itu, maka bahawasanya pertama-tamanya dosa itu keras hati dan akhirnya kami berlindung dengan nama Allah kelam dan celaka . Maka takut olehmu, dan bahawa engkau lupa akan pekerjaan Iblis dan Bal‘am bin Ba‘ura adalah ia mula-mula pekerjaannya dosa dan akhirnya kufur, maka binasa keduanya serta orang yang binasa selama-lamanya . Maka lazim olehmu dikasihani Allah akan kamu dengan jaga dan bersungguh-sungguh, mudah-mudahan bahawa engkau tinggalkan urat mudharat ini daripada hatimu dan engkau lepas batang lehermu daripada dosa ini dan jangan kamu sentosakan daripada keras hati dan tilik olehmu akan kelakuanmu .
Sanya telah berkata setengah daripada orang yang shalihin : Bahawasanya hitam hati itu daripada dosa . Dan ‘alamat kelam hati itu bahawa tiada dapat daripada dosa itu terkejut, ya’ni tiada terkejut hatinya tatkala jatuh dosa dan tiada bagi tha‘at itu terasa manisnya dan tiada bagi pengajaran itu masuk pada hati . Dan jangan kamu hinakan daripada dosa suatu, maka sangka akan dirimu orang taubat dan engkau itu mengekali atas dosa .
Maka sungguhnya telah sampai kepada kami daripada Kahmas anak Hasan bahawasanya berkata ia : Berdosa aku akan dosa yang amat besar dan aku duduk menangis atasnya masa empat puluh tahun . Ditanya orang baginya : Dan apa ia hai Aba ‘Abdullah ? Katanya : Telah ziarah akan daku saudara bagiku fillaahi Ta‘ala . Maka aku beli baginya ikan, maka makan ia, kemudian berdiri aku kepada pagar rumah jiranku, maka aku ambil daripadanya sepotong tanah, maka membasuh dengan dia tangannya dan tiada aku minta halal daripada empunyanya dahulu, inilah dosaku .
Dan demikian lagi ada seorang lagi menyurat surat kiriman padahal ia duduk pada rumah sewanya berkehendak ia bahawa menaruhkan debu pada suratannya daripada tanah yang pada jidar ( dinding ) rumah itu, maka terlintas dengan hatinya bahawasanya rumah ini sewa . Kemudian maka terlintas pula pada hatinya tiada yang membinasakan dengan sedikit tanah ini, maka diambil akan dia, maka ditaruh pada suratnya . Maka mendengar ia akan hatinya berkata lagi : Akan mengetahui oleh orang yang meringan dengan tanah ini barang yang dijatuhkan esok hari daripada panjang hisabnya . Maka bersungguh-sungguh olehmu kira-kira dirimu dan hisabkan dia dan segerakan kepada taubat, maka bahawasanya ajalmu itu tersembunyi daripadamu dan dunia banyak tipu-dayanya dan tadarru’ olehmu kepada Allah dan menghinakan diri dan sebut olehmu akan hal bapa kamu Adam ‘Alaihis salaam yang telah dijadikan Allah dengan tanganNya dan ditiup padanya rohnya dan menanggung akan dia kepada Syurga di atas bahu Malaikat dan tiada berdosa ia melainkan dosa yang satu jua . Maka diturunkan dia barang yang turun hingga diriwayat bahawasanya Allah Ta‘ala berfirman baginya : Hai Adam, di mana sekampung ada aku bagimu . Maka sembah ia : Bahkan, sebaik-baik sekampung hai Tuhanku itu Engkau . FirmanNya : Hai Adam, keluar olehmu daripada berjiran bagiKu dan hantarkan daripada kepalamu mahkota karamahKu, maka bahawasanya tiada berjiran akan Daku daripada orang yang ma’shiat akan Daku .
Hingga bahawasanya diriwayat, menangis ia atas dosanya dua ratus tahun hingga diterima Allah akan taubatnya dan diampun akan dosanya yang satu . Dan ini halnya Allah Subhaanahu wa Ta‘ala serta NabiNya dan shafiyahNya ( pilihanNya ) pada dosa yang satu . Maka betapa hal orang yang lain di dalam dosa yang tiada berhingga .
Dan inilah serta tadarru’ dan ibtihal orang yang taubat, maka betapa orang yang meninggalkan lagi memayahkan dan memudahkan . Dan sungguhnya telah elok orang yang berkata takut di atas dirinya oleh orang yang bertaubat, maka betapa engkau lihat hal mereka yang tiada sekali-kali taubat . Dan jika engkau taubat, kemudian maka engkau binasakan taubat engkau dan kembali engkau pula kepada dosa yang kedua kalinya, maka kembali pula olehmu kepada taubat pula dengan bersegera . Dan kata olehmu bagi dirimu : Mudah-mudahan aku mati dahulu daripada bahawa aku kembali kepada dosa sekali ini . Dan demikian lagi kedua kalinya dan ketiga kalinya .
Dan demikianlah dan seperti kamu mengerjakan dosa dan kembali pula kepadanya mengerjakan dia ‘ibadat, maka ambil olehmu akan taubat dan kembali kepadanya akan kerjaanmu pula . Maka jangan kamu jadikan taubat itu terlebih lambat ( melambat-lambatkan ) daripadamu seperti barang yang kembali mengerjakan dosa dan jangan kamu putus asa dan jangan menegahkan dikau oleh syaithan daripada taubat dengan sebab yang demikian itu, maka bahawasanya tanda kebajikan, tiadakah engkau dengar sabda ‘alaihish shalaatu was salaam :
ٍ ﺗَﻭَّﺍﺏ ٍ ﻤُﻔَﺗَّﻦ ُّ ﻜُﻞ ْ ﺧِﻴَﺎﺭُﻜُﻡ
‘ Sebaik-baik kamu itu tiap-tiap yang kebanyak fitnah taubatnya ’ .
Ertinya, yang banyak kena bala dengan dosa, banyak taubat daripadanya dan kembali kepada Allah Ta‘ala ‘Azza wa Jalla dengan nadaamah, ya’ni menyesal dan istighfar dan ingat bagi firman Allah Subhaanahu wa Ta‘ala :
ﺮَﺤِﻳﻤًﺎ ﻏَﻔُﻭﺮًﺍ َ ﭐﷲ ِ ﻳَﺠِﺩ ﭐﷲَ ِ ﻳَﺴۡﺗَﻐۡﻔِﺮ ﺜُﻡَّ ﻧََﻔۡﺴَﻪ٫ُ ۡ ﻳَﻅۡﻟِﻡ ﺃﻭۡ ﺴَﻭَﺀًﺍ ﻳَﻌۡﻤَﻝۡ ﻤَﻦ ﻭَ
“ Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menzalimkan dirinya, kemudian minta ampu akan Allah, didapat ia akan Allah Tuhan yang amat mengampuni lagi amat kasih sayang ” .
( Shurah An Nisaa΄ : Ayat 110 )
Maka inilah wabillaahi taufiq .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan