Sabtu, 26 November 2011

Muhimmah siri 27


Kelebihan Berkahwin Dan Empat Kelakuan Hamba Allah

3 . Dengan sebab berkahwin itu, menyelesaikan hati daripada mentadbirkan pekerjaan rumah daripada memasakkan makanan dan menyapu rumah dan menyediakan segala kehidupan dan barang sebagainya kerana isterinya yang shaleh itu membaiki ia akan segala pekerjaan yang demikian itu, maka jadi selesailah hatinya dengan berbuat ‘ibadat, dan menuntut ‘ilmu .

Dan dari kerana inilah kata Sulaiman Ad Darani :


Bermula isterinya yang shaleh itu bukan ia daripada dunia yang sia -sia, maka bahawa sungguhnya adalah ia menyelesaikan bagimu dengan mentadbirkan ia akan pekerjaan rumah tangga dan dapat menyampaikan syahwat sekeliannya .

4 . Dengan sebab berkahwin itu, menyukakan hati menunjukkan akan dia dengan sebab mu‘asyarah dan mukhalathah, ya’ni bersama-sama dan bercampur dengan isteri itu dan sekedudukan dengan dia dan melihat akan dia dan bermain-main dengan dia, maka yang demikian itu menyukakan akan hati dan menunjukkan akan dia yang menolong kepada berbuat ‘ibadat akan Allah Ta‘ala dan menguatkan bagi hati atas berbuat ‘ibadat akan dia kerana thabiat manusia itu segan ia daripada berbuat ‘ibadat kerana ‘ibadat itu menyalahi akan yang disukai oleh hawa nafsu, maka jika digagahi akan dia selama-lamanya dengan berbuat ‘ibadat dengan tiada diberi akan kesukaannya itu nescaya enggan ia daripada berbuat ‘ibadat dan segan ia pada berbuat dia, maka jika kita berikan akan kesukaannya itu di dalam setengah waktu nescaya rajin ia daripada setengah waktu pada berbuat ‘ibadat . Dan beristeri itu setengah daripada yang disukai oleh nafsu yang menolong akan rajin pada berbuat ‘ibadat seperti makan akan makanan itu yang disukai oleh nafsu yang menguatkan bagi berbuat ‘ibadat .

Dan kata Saiyyidina ‘Ali Radhiyallaahu ‘anhu :

ْ َُِّ  ََِﺖْ   َِ   َﺈﻧََّ  َ ﺍﻟُُْﻮْﺏ  ُﻮْﺤُﻮﺍ

Sukakan olehmu akan hati itu ( dengan mengerjakan pekerjaan yang diharuskan bagimu seperti makan dan minum dan jima’ ), maka bahawa sungguhnya hati itu apabila digagahi akan dia dengan berbuat ‘ibadat yang tiada disukainya yang tiada disukainya itu selama-lamanya nescaya buta ia, ( ya’ni enggan pada berbuat dan segan ia berbuat dia .

( Dan tersebut di dalam khabar ) Lazimlah atas orang yang ber‘aqal itu bahawa ada baginya tiga saat, ya’ni tiga waktu :

a . Munajat ia di dalamnya itu akan Tuhannya, ya’ni berbuat ‘ibadat ia di dalamnya akan Tuhannya serta hadir hati kepadaNya .

b . Hendaklah menghabiskan di dalamnya itu akan dirinya dengan menilik akan dia dan memikirkan akan dia adakah ia berbuat ‘ibadat atau berbuat ma’shiat, maka jika ada ia berbuat ‘ibadat, maka hendaklah ia bersyukur akan Allah Ta‘ala atas anugerahi dengan berbuat ‘ibadat itu dan jika ada ia berbuat ma’shiat, maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah Ta‘ala daripada segala ma’shiat itu .

( Dan demikian lagi ) Jika ditiliknya akan dirinya itu dapat nikmat dan sihat dan kesenangan, maka hendaklah ia syukur akan Allah Ta‘ala yang memberi nikmat akan dia itu dan jika ditiliknya kepada dirinya itu dapat bala΄ atau kesusahan dan kesakitan, maka hendaklah ia sabar serta redha akan Allah Ta‘ala akan segala perintahNya kerana kerana sekeliannya yang demikian itu daripada sekelian yang demikian itu daripada Allah Ta‘ala . Inilah makna perkataan Saidi Abi Al ‘Abbas Al Masri Rahimahullaahu Ta‘ala .   

EMPAT KELAKUAN HAMBA

( Bermula ) Segala kelakuan hamba Allah Ta‘ala itu empat perkara jua, tiada yang lima baginya :

1. Nikmat                  2. Bala΄            3. Tha‘at           4. Ma’shiat .

( Maka jika ) Ada engkau dapat nikmat, maka yang demikian itu dituntut oleh hak Allah Ta‘ala daripada engkau itu syukur ia . Dan jika ada engkau mendapat bala΄, maka yang dituntut oleh hak Allah Ta‘ala daripada engkau itu sabar . Dan jika ada engkau dengan berbuat tha‘at menuntut oleh hak Allah Ta‘ala daripada engkau itu memandang akan tha ‘at itu iaitu anugerah Allah Ta ‘ala atasmu . Dan ada engkau itu dengan berbuat ma’shiat, maka yang dituntut oleh hak Allah Ta‘ala engkau itu taubat kepadaNya daripada segala ma’shiat itu . Demikianlah engkau fikirkan tiap-tiap waktumu itu .

c . Dibiarkan dirinya di dalam itu bagi makan dan minum dan barang sebagainya daripada segala nikmat yang diharuskan oleh Syara’, maka bahawa sungguhnya di dalam saat yang disukai oleh nafsu itu menolongi atas beberapa saat di dalam berbuat ‘ibadat .

5 . Dengan sebab berkahwin itu, melawani hawa nafsu dan memerangi akan dia dengan mentadbirkan hak yang wajib atasnya bagi isterinya dan sabar atas kelakuan isertinya yang tiada muwaafaqat dengan dia dan lagi pula menanggung atas kesusahan daripada isterinya itu dan mengusaha di dalam mengishlahkan dia dan menunjukkan dia kepada jalan agama Allah Ta‘ala dan Syariat Muhammad itu serta bersungguh-sungguh pula mengusahai bagi rezeki yang halal kerana memebri belanja kan dia dan mentarbiahkan segala anaknya, maka sekeliannya itu iaitu amal yang amat besar pahalanya kerana adalah pekerjaan yang demikian itu ri‘aayah dan wilayah, maka adalah kelebihan keduanya itu amat banyak lagi besar.

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ً ََ   َََِْ  ٍ َِﺎﺪَ  ْ ِ  ُ َْﺿَ  ٍ َﺎﺪِ   ٍ َﺍﻞ   ْ ِ  ٌ َْ

Ertinya : ‘ Sehari daripada wali ‘adil, ya’ni orang yang mempunyai perintah yang ‘adil itu terlebih afdhal daripada berbuat ‘ibadat tujuh puluh tahun ’ .

Maka adalah segala orang yang menanggung kesusahan ahlinya dan anaknya itu menempati akan kesusahan di dalam pergi perang sabilillah, ya’ni pahala menanggung kesusahan ahli itu seperti menempati pahala kesusahan pergi perang sabilillah .

( Dan demikian lagi ) Belanja yang dibelanjakan kepada isterinya dan anaknya itu terlebih besar daripada pahala belanja di dalam perang sabilillah kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Dinar yang engkau belanjakan akan dia di dalam perang sabilillah dan dinar yang engkau belanjakan akan dia di dalam memerdekakan sahaya dan dinar yang engkau sedeqahkan dengan dia atas orang yang miskin dan dinar yang engkau belanjakan akan dia atas ahlimu, maka yang terlebih besar pahalanya itu iaitu dinar yang engkau belanjakan akan dia atas ahlimu ’ . Telah menyebutkan hadits ini oleh Al ‘Arif billaah Saiyyidina ‘Abdullah Al Hadad .

( Dan lagi ) Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa membelanjakan oleh seorang lelaki atas ahlinya, maka iaitu sedeqah dan bahawa seorang lelaki sungguhnya diberi pahala di dalam belanjanya itu sekeliannya hingga mengangkatkan satu suap kepada mulut isterinya itupun beri pahalanya ’ .

( Dan telah berkata ) Oleh Ibnu Mubarak Radhiyallaahu ‘anhu padahal ia serta shahabatnya di dalam perang sabilillah dengan katanya : Adakah kamu tahu akan amal yang terlebih afdhal daripada amal yang ada kamu di dalamnya ? .

Maka kata mereka itu : Tiada kami tahu akan yang demikian itu .

Maka kata Ibnu Mubarak : Aku tahu akan yang demikian itu iaitu seorang yang memeliharakan daripada kejahatan padahal mempunyai kepapaan, maka berdiri ia daripada tidurnya pada malam, maka melihat ia akan beberapa anaknya yang kecil padahal ia tidur terbuka sekelian tubuhnya mereka itu, maka menutupi ia akan mereka itu dan diselimutnya akan mereka itu dengan kainnya, maka amalnya itu terlebih afdhal daripada amal yang kita kerjakan di dalamnya itu .  




( Dan lagi ) Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

 ‘ Barang siapa baik sembahyangnya dan banyak ‘iyalnya                     ya’ni banyak isterinya dan anaknya dan sedikit hartanya dan tiada mengumpat ia akan Islam nescaya adalah ia sertaku di dalam Syurga seperti dua jari tangan ini dan mengisyaratkan ia dengan telunjuknya dan jari tengahnya ’ .

( Dan lagi ) Tersebut di dalam hadits :

ُ َْ   ََُُِِّ  ْ ِِ  ُ ﭐﷲ  ُ ََِْ   ﺍﻟَِْْ  ْﺏُ ُُ  ْ ََُ   ٳَِ
Apabila banyak dosa seorang hamba Allah itu nescaya diberi bala΄ akan dia oleh Allah dengan dukacita sebab kesusahan daripada ahlinya atau lainnya supaya menghapuskan ia akan segala dosanya daripadanya ’ .

( Dan lagi ) Tersebut di dalam atsar daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda ia :

Setengah daripada beberapa dosa itu iaitu yang tiada dihapuskan akan dia melainkan sebab kesusahan daripada dukacita dengan menuntuti rezeki akan belanja bagi isterinya dan anaknya dan barang sebagainya ’ .

( Dan tersebut ) Di dalam beberapa khabar Anbiya΄ :

‘ Bahawa sungguhnya beberapa kaum yang masuk mereka itu atas rumah Nabi Yunus ‘Alaihis salam, maka menjamu ia akan mereka itu maka adalah Nabi Yunus ‘Alaihis salam tiap-tiap masuk dan keluar daripada rumahnya itu menyakiti akan dia oleh isterinya, maka berpanjangannya atasnya yang demikian itu padahalnya ia diam jua, maka ta’jublah oleh sekelian mereka itu daripada yang demikian itu ’ .

( Maka berkata ) Nabi Yunus ‘alaihis salam :

Jangan kamu ta’jub maka bahawasanya aku pohonkan kepada Allah Ta‘ala, maka kataku bagiNya : Hai Tuhanku, barang yang siksa maka bagiku dengan dia di dalam Akhirat, maka segerakan olehMu akan daku akan dia bagiku dalam dunia ’ .

Maka firman Allah Ta‘ala :

Bahawa sungguhnya siksamu di dalam dunia itu iaitu anak si fulan yang perempuan maka engkau berbuat isterinya dengan dia ” .

Maka kata Nabi Yunus ‘alaihis salam :

Maka aku pun berkahwinlah dengan dia dan aku sabar atas kesakitan yang engkau lihat akan dia daripadanya itu ’ .

( Dan telah berkata ) Oleh Imam Al Ghazali rahimahullaahu Ta‘ala : Bermula sabar atas kesusahan beristeri dan kesakitannya yang disakiti oleh isterinya itu iaitu setengah daripada beberapa faedah berkahwin tetapinya tiada dapat manfaat dengan dia melainkan salah suatu daripada dua lelaki iaitu adakalanya lelaki yang diqashadnya itu akan memerangi akan hawa nafsunya dan melawani akan dia dan lagi ia hendak menyucikan akan perangai yang kejahatan yang di dalam hati maka sabar ia atas kesakitan berkahwin dan kesusahan itu jadi jalan di dalam memerangi nafsunya dan dapat suci hatinya dengan dia dan jadi perangi dengan dia .

( Dan ada kalanya ) Lelaki yang ada ia daripada orang yang berbuat ‘ibadat yang zhahir jua seperti sembahyang dan naik haji dan lainnya daripada segala ‘ibadat yang sunat padahalnya tiada baginya jalan dengan ‘ibadat yang bathin dan baginya gerak dengan berfikir dan dengan cita-cita hatinya dan hanyalah ada amalnya itu iaitu amal engkau dengan mengerjakan sembahyang atau naik haji atau perang sabilillah atau lainnya daripada segala ‘ibadat yang zhahir, maka amalnya bagi ahlinya dan anaknya dengan berusaha menghasilkan rezeki yang halal bagi mereka itu dan berdiri dengan mentarbiyyahkan mereka itu serta sabar ia akan kesusahan yang demikian itu iaitu terlebih afdhal daripada berbuat segala ‘ibadat yang lazim bagi badan yang tiada berlaku kebajikan itu kepada yang lain .



( Syahdan ) Adalah segala orang yang sabar atas kesakitan dan kesusahan yang datang daripada ahlinya dan anaknya itu amat besar pahalanya dan martabatnya kepada Allah Subhaanahu wa Ta‘ala seperti yang diceritakan orang : Bahawa sungguhnya adalah Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam itu kasih-sayang lagi membaikkan perangai serta perempuan yang diperbuatnya isterinya itu, bersabda ia :

Barang siapa sabar atas kejahatan perangai isterinya nescaya memberi Allah Ta‘ala daripada pahala seumpama yang diberikan akan dia akan Nabi Ayub sabar ia akan bala΄nya . Dan barang siapa perempuan yang sabar ia atas kejahatan perangai suaminya nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta‘ala seumpama pahalanya yang diberikan kepada Asiah isteri Fir‘aun ’ .

( Dan kata ) Imam Al Ghazali Rahimahullaah Ta‘ala : Ketahui olehmu bahawa sesungguhnya belum memadai membaikkan perangai serta isterinya itu menegahkan kesakitan daripadanya tetapi lebih lagi daripada itu iaitu hendaklah halim, ya’ni sabar dan jangan lekas marah pada ketika kurang ‘aqal perempuan itu dan pada ketika marahnya kerana mengikut dengan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka bahawa sungguhnya adalah beberapa isterinya, ya’ni mengembalikan akan dia di dalam perkataan, ya’ni menjawab akan perkataan Nabi pada ketika Nabi menakut akan dia atau marah akan dia dan barangkali meninggalkan berkata-kata seorang daripada  isterinya dengan dia sehari hingga malam padahalnya adalah Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sabar jua daripada demikian itu dan lagi tiada lekas marah ia .     


Dan diriwayatkan ) Oleh setengah ‘Ulama΄ : Bahawa sungguhnya adalah seorang daripada isterinya memarah, maka menolak ia akan tangannya akan dada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka marahnya akan dia oleh ibunya, maka sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

‘ Tinggalkan olehmu, maka bahawa sungguhnya telah memperbuat ia akan yang terlebih banyak daripada demikian itu ’ .

Dan sabda ) Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

‘ Bermula yang terlebih sempurna iman orang yang Mu΄min itu iaitu orang yang terlebih baik perangai itu dan yang terlebih mengasihani dan menyayangi, ya’ni sayangi ahlinya ’ .

Dan tersebut di dalam Syarah Arba‘in bagi Imam Nawawi Rahimahullaahu Ta‘ala dan tersebut di dalam Shahih Muslim, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam 

َ ﺁﺨَ   ََْ  َ َِ   ًُُ   َِْ  َ َََِ  ْ ﺇﻦ  ً َُِْ  ٌ ُِْ  ْ ََْ  َ 

Ertinya : ‘ Jangan kamu marah seorang Mu΄min akan isterinya yang Mu΄min jika dibencikannya ia daripada perangainya, maka redhalah engkau daripada perangainya yang lain itu ’ .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan