Ahad, 27 November 2011

MUHIMMAH siri 28


KELEBIHAN BERKAHWIN

( Dan diriwayatkan ) Oleh setengah ‘Ulama΄ : Bahawa sungguhnya adalah seorang daripada isterinya memarah, maka menolak ia akan tangannya akan dada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka marahnya akan dia oleh ibunya, maka sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Tinggalkan olehmu, maka bahawa sungguhnya telah memperbuat ia akan yang terlebih banyak daripada demikian itu ’ .

( Dan sabda ) Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bermula yang terlebih sempurna iman orang yang Mu΄min itu iaitu orang yang terlebih baik perangai itu dan yang terlebih mengasihani dan menyayangi, ya’ni sayangi ahlinya ’ .

Dan tersebut di dalam Syarah Arba‘in bagi Imam Nawawi Rahimahullaahu Ta‘ala dan tersebut di dalam Shahih Muslim, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam 

َ ﺁﺨَ   ََْ  َ َِ   ًُُ   َِْ  َ َََِ  ْ ﺇﻦ  ً َُِْ  ٌ ُِْ  ْ ََْ  َ

Ertinya : ‘ Jangan kamu marah seorang Mu΄min akan isterinya yang Mu΄min jika dibencikannya ia daripada perangainya, maka redhalah engkau daripada perangainya yang lain itu ’ .




Dan di dalam Shahih, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ِ ﺍﻟَْْ ِ ﺁﺧِ   ِ   َُﺎﻤَُِ  َّ ُ  ِ ﺍﻟَْْ  َ َْ  ُ ﺍﻤَْﺃﺗَ   ُ ﺃﺤَُُ  ُ َِْ  َ

Ertinya : ‘ Jangan seorang kamu memalu akan isterinya seperti memalu                     ( memukul ) bagi hambanya, kemudian jima’ pula ia pada akhir hari ’ .

( Hikayat orang ) Bahawa sungguhnya seorang lelaki datang ia kepada Saiyyidina ‘Umar Radhiyallaahu ‘anhu pada halnya hendak mengadukan kepadanya akan kejahatan perangai isterinya, maka berhentilah ia di sisi pintunya menanti ia lelaki itu akan keluar Saiyyidina ‘Umar, maka mendengar ia akan isterinya berpanjanglah menyakiti atasnya dengan lidahnya dan padahalnya ia diam jua, tiada jawab atasnya, maka berpaling lelaki itu padahal berkata ia : Ini hal Amirul Mu΄minin, maka betapa halku .

Maka keluarlah Saiyyidina ‘Umar, maka melihat ia akan lelaki itu sudah berpaling pergi, maka menyerulah oleh Saiyyidina ‘Umar akan dia, ya’ni memanggil ia akan lelaki itu dan berkata pula ia : Apa hajat engkau datang ?

Maka berkata ia : Ya Amirul Mu΄minin, datangku kerana mengadu aku akan dikau akan kejahatan perangai isteriku dan berpanjanglah menyakiti atasku, maka mendengar aku akan isteri engkau seperti yang demikian juga, maka kembalilah aku dan aku kata : Apabila ada demikian hal Amirul Mu΄minin serta isterinya, maka betapa hal aku .

Maka berkata oleh Saiyyidina ‘Umar : ( Ya akhi ) Ertinya hai saudaraku, bahawa sungguhnya menanggung aku akan dia itu kerana beberapa hak baginya di atasnya bahawa sungguhnya ia memasakkan bagi makananku lagi membakar ia akan roti lagi membasuh ia akan kainku lagi memberi susu ia akan anakku dan padahalnya wajib atas aku sekaliannya yang demikian itu, tiada wajib atasnya dan lagi menetapkan hatiku dengan dia daripada mengerjakan yang haram, maka menanggung akan dia kerana demikian itu .

Maka berkata oleh lelaki itu : Hai Amirul Mu΄minin, seperti demikian itulah isteriku .   

Maka berkata oleh Saiyyidina ‘Umar : Tanggunglah olehmu akan dia, maka bahawa sungguhnya ia masa yang sedikit .

( Dan dihikayatkan orang ) Bahawa sungguhnya adalah setengah daripada orang yang shaleh itu, baginya seorang saudara yang shaleh pula, dan adalah ia ziarah akan dia pada tiap-tiap tahun, maka datang ia sekali kerana ziarah akan dia, maka berkata oleh isterinya : (  َْ ), ya’ni siapa ?

Maka menjawab ia : Saudara suaminya engkau pada agama Allah dan ia kerana ziarah akan dia .

Maka berkata oleh isterinya : Perginya ia mengambil kayu api .

Tiada mengambilkan akan dia oleh Allah Ta‘ala serta dengan bersungguhnya isterinya itu pada mengatakan yang kejahatannya dan menyumpah-nyumpah ia akan dia, maka antaranya ia seperti demikian itu dan tiba-tiba dengan dia saudaranya sungguhnya telah menanggungkan ia akan harimau berkas kayu api itu dan padahalnya harimau itu berhadapan dengan dia, maka tatkala sampai saudaranya memberi salam ia atasnya serta tarhib dengan dia kemudian menurunkan ia akan kayu itu daripada belakang harimau dan berkata ia baginya : Pergilah olehmu :

                                       َ ِْ  ُ ﭐﷲ  َ َﺎﺭَ
    Ertinya : Telah memberi berkat oleh Allah Ta‘ala padamu .

Kemudian daripada itu, masukkan ia akan saudaranya ke rumahnya dan padahal isterinya itu menyumpah-nyumpah dan maki-maki dan diam kepadanya, maka tiada menjawab ia akan dia, maka memberi makanlah ia akan saudaranya  Kemudian daripada sudah makan, menuntut tinggal ia serta berpaling ia atas sehabis-habis ta’jub ia daripada sabarnya atas isterinya .

Kemudian datang pula ia kerana ziarah pada tahun yang keduanya, maka menepuk ( mengetuk ) ia akan pintu rumah saudaranya, maka bertanya oleh perempuan : (  َْ ) ertinya, siapa ?

Maka menjawab saudara suami : Aku datang ziarah akan dia . Maka berkata oleh perempuan itu dengan pujinya : ( Marhaban ), dan bersungguh-sungguh ia di dalam memuji atas keduanya dan adalah perempuannya iapun dengan menanti dia, maka datanglah saudaranya .

Bermula kayu api itu ditanggung di atas belakang tengkuknya, maka memasukkan ia akan saudaranya dan memberi makan ia akan dia dan padahal isterinya itu bersungguh-sungguh ia di dalam memuji atas keduanya, maka tatkala menghendaki bercerai keduanya ia akandia bertanyalah ia akan saudaranya itu daripada barang yang melihat ia daripada menanggung harimau akan kayu apinya pad zaman kejahatan lidah dan bertanya ia daripada menanggungnya akan kayu di atas belakang tengkuknya pada zaman yang lemah-lembut lagi manis lidah, maka apa jua sebab padanya . 

Maka menjawab ia : ( Ya akhi ) Hai saudaraku, telah disempurnakan aku pada ketika jahat perangai isteriku dan adalah aku sabar atas cerca dan kesusahannya, maka memudahkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala bagiku akan harimau yang telah engkau lihat ia yang menanggung ia akan kayu api itu sebab sabarku atasnya kemudian berkahwin aku akan perempuan yang shaleh ini dan adalah aku di dalam kesenangan dan sentosa, maka putuslah daripada aku harimau, maka berhajatlah aku, ya’ni berkehendaklah aku bahawa menanggung di atas belakang tengkukku kerana kesenangan serta perempuan yang shaleh ini 

( Maka tatkala ) Selesailah daripada mengetahui akan hukum segala perempuan derhakakan suaminya dan telah mengetahui pula akan kebinasaan segala lelaki yang berkahwin . Demikian lagi mengetahui pula kelebihan atasnya sebab berkahwin .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan