Isnin, 28 November 2011

MUHIMMAH siri 29

PEREMPUAN YANG SUNAT DIPILIH DAN DIJAUHKAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SEORANG ISTERI


( Maka sayugianya ) Engkau amat-amati dan engkau sungguh-sungguh hai saudaraku akan shifat perempuan yang sunat dipilihnya akan dia, lagi yang akan jadi mengekalkan bertaulan dengan dia dan supaya boleh bersama-sama dengan dia, maka iaitu lapan perkara :

1 . Hendaklah engkau pilih akan perempuan yang beragama yang shaleh, yang takut akan Allah Ta‘ala, lagi yang mengekali berbuat ‘ibadat, lagi yang menjauhkan akan segala yang diharamkan .

Telah bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ِ ﺍﻟﺪِّْ  َِﺍﺖِ   ََََْ  َِِْ َ   َُِْ َ   ََِﺎﻟَِ َ   َِﺎﻟَِ  ُ ﺍﻟَْْﺃﺓ  ُ ََْ

Ertinya : ‘ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya dan eloknya dan kerana bangsanya dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama ’ .

( Dan lagi ) Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan eloknya . Dan barang siapa berkahwin akan dia kerana agamanya, nescaya diberi rezeki oleh Allah Ta‘ala akan dia akan hartanya dan eloknya ’ .

( Dan difaham ) Daripada dua hadits ini bahawasanya sayugianya bersungguh-sungguh memilihi akan perempuan yang mempunyai agama kerana berkahwin dengan dia itu menolongi akan berbuat ‘ibadat dan lagi menolongi akan mendirikan agama .

2 . Sunat memilihi akan perempuan yang baik perangainya kerana adalah yang demikian itu menolongi akan menyelesaikan pada berbuat ‘ibadat kerana perempuan yang jahat perangainya dan jahat lidahnya adalah mudharatnya itu terlebih banyak daripada manfaatnya dan tiada kuasa sabar daripada lidah perempuan itu melainkan orang yang dianugerahi Allah Ta‘ala daripada Auliya΄ dan shalihin .

( Telah berkata ) Oleh setengah daripada ‘Ulama΄ ‘Arab :

Jangan kamu berkahwin akan segala perempuan yang bershifat enam shifat :

a . Al Anaanah iaitu perempuan yang membanyakkan keluh kesah dan membanyakkan mengadu-ngadu akan halnya padahal ia sentiasa menghiasi akan dirinya, maka berkahwin dengan perempuan yang demikian itu menyakitkan hati, lagi tiada diperoleh di dalamnya kebajikan .  

b . Al Manaanah iaitu perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya dengan katanya : Aku berbuat kebajikan begini, begini akan dikau padahal engkau tiada kebajikanmu kepada aku .

c . Al Hunaanah iaitu perempuan yang ingin kepada suaminya yang lain dan ingin anak daripada suaminya yang lain . Inilah setengah shifat yang wajib menjauhkan daripada berkahwin dengan dia .

d . Al Hudaaqah iaitu perempuan yang gemar akan tiap-tiap suatu, maka ingin ia akan dia dan memberat akan suaminya akan membeli dia .

e . Al Buraaqah, dua makna .

Pertama : Bahawa adalah perempuan itu sepanjang-panjang hari melanjakkan akan mukanya dan memperhiasi akan dirinya supaya adalah mukanya berkilat-kilat dan berkeliling-keliling .

Dan makna yang keduanya : Bahawa kebanyakan ia memarah atas makanan dan tiada memakan melainkan dengan sendirinya dan lagi tiap-tiap suatu yang dibahagikan oleh suaminya akan dia, maka mengata ia kurang lagi, sedikit tiada mencukupkan .

f . As Salaaqah iaitu perempuan yang membanyakan akan perkataan .

SHIFAT YANG JAHAT BAGI LELAKI TETAPI MENJADI SHIFAT YANG BAIK BAGI PEREMPUAN




( Dan kata ) Saiyidina ‘Ali Radhiyallaahu ‘anhu : Bermula yang terlebih jahat shifat lelaki itu iaitu yang terlebih baik bagi shifat perempuan iaitu tiga perkara :

a . Al Bukhlu, ya’ni kikir kerana bahawa sesungguhnya apabila ada perempuan itu bakhil, maka memeliharakan harta suaminya .

b . Adz Dzuhuu, ya’ni membesarkan dirinya kerana bahawa sungguhnya apabila perempuan itu membesarkan akan dirinya, maka enggan ia daripada berkata-kata dengan tiap-tiap orang perkataan yang lemah-lembut, maka demikian itu terpeliharalah ia daripada cemburukan akan dia .

c . Al Jubnu, ya’ni penakut kerana bahawa sungguhnya apabila ada perempuan itu penakut, maka takut ia daripada tiap-tiap sesuatu, maka tiada keluar ia daripada rumahnya dan memeliharakan ia daripada cemburukan akan dia kerana ia takut daripada suaminya . 

3 . Sunat memilih akan perempuan yang elok mukanya, ya’ni yang baik rupanya kerana dengan dialah terpeliharakan daripada ingin kepada perempuan yang lain Dan jangan pula berkahwin dengan perempuan yang baik rupanya yang tiada mempunyai agama . 


Dan barang siapa menghendaki dengan berkahwin itu menghasilkan sunat jua atau berkehendak menghasilkan anak atau berkehendak mentadbirkan rumahnya, maka iaitu memadailah ia berkahwin dengan perempuan yang kurang rupanya yang mempunyai agama lagi baik perangainya Demikian lagi dikerjakan oleh segala orang yang zahidin dan segala orang yang shalihin .

4 . Sunat memilih akan perempuan yang ringan isi kahwin kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bermula yang terlebih baik perempuan itu iaitu yang terlebih baik mukanya dan terlebih murah isi kahwinnya ’ .

( Dan lagi ) Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Setengah daripada berkat, maka perempuan itu iaitu segera bersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah isi kahwinnya ’ .
    
( Dan adalah Rasulullah ) Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkahwin akan setengah daripada isterinya dengan isi kahwin sepuluh dirham seperti pakaian rumahnya iaitu satu penggiling tepung dan satu tempayan dan satu bantal .

( Dan setengah ) Daripada Shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkahwin dengan isi kahwin emas seberat satu biji kurma adalah harganya itu kira-kira lima dirham .

( Dan adalah ) Sa‘id ibnu Al Musaiyyab mempersuamikan ia akan anaknya yang perempuan dengan Saiyyidina Abu Hurairah dengan isi kahwin dua dirham, kemudian dibawanya anaknya itu kepada rumahnya Abu Hurairah pada malam hari dan memasukkan ia akan dia ke dalam pintu rumah itu, maka pergi ia dari situ, kemudian ia datang kepada anaknya itu kemudian daripada tujuh hari kerana memberi salam akan dia .

( Dan adalah ) Saiyyidina ‘Umar Radhiyallaahu ‘anhu menegahkan ia daripada memahalkan akan isi kahwin serta berkata : Ia tiada berkahwin Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan tiada mengkahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham .

( Dan kata ) Imam Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Dan jikalau berkahwin seorang dengan isi kahwin sepuluh dirham supaya keluar daripada bersalahan ‘Ulama΄, maka iaitu tiada mengapa dengan dia .

5 . Sunat memilih akan perempuan yang banyak beranak kerana  sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ِ َﺍﻟَُْْ   ِ ِﺎﻟَُْْ   ْ ََُْ
Ertinya : ‘ Lazimkan atas kamu berkahwin dengan perempuan yang banyak beranak dan perempuan yang banyak kasih-sayang akan suaminya ’ .

 6 . Sunat memilih akan perempuan yang bikr ( dara ) kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bagi Jabir Radhiyallaahu ‘anhu, maka adalah ia berkahwin dengan perempuan yang janda dengan katanya :

َََُُِ   ََُُِ   ًِْ  َّ َ
Ertinya : ‘ Mengapa tiada engkau berkahwin akan perempuan yang bikr supaya engkau bermain-main akan dia dan ia bermain-main akan dikau ’ .

7 . Sunat memilih akan perempuan yang mempunyai bangsa yang baik iaitu bahawa adalah perempuan itu daripada anak cucu orang yang mempunyai agama dan anak cucu orang yang shaleh dan anak cucu orang yang ‘alim kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Pilih olehmu akan perempuan, ya’ni tempat bagi mani kamu itu, maka kerana bahawa sungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan ’ .

( Dan lagi ) Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Takut olehmu serta ِ ﺍﻟﺪَِِّ  َﺿَْﺍﺀِ   .

Maka sembah seorang lelaki baginya : Apa ِ ﺍﻟﺪَِِّ  َﺿَْﺍﺀِ itu ya Rasulullah ?

Maka sabdanya :

Iaitu perempuan yang elok rupanya yang jadi di dalam tempat yang jahat, ya’ni perempuan yang baik rupanya, yang jadi ia daripada orang yang jahat bangsanya ’ .

8Sunat memilih akan perempuan yang bukan kerabatnya yang hampir, kerana yang demikian itu mengurangkan akan syahwat, ya’ni tiada sangat ingin akan dia, kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Jangan kamu berkahwin akan perempuan kerabat yang hampir, maka bahawa sungguhnya anaknya itu dijadikan dhaif tubuhnya ’ .

( Dan kata ) Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Maka inilah segala perkara shifat yang digemarkan di dalam perempuan, ya’ni inilah segala shifat yang kedelapan perkara yang dipilih di dalam perempuan itu oleh lelaki yang berkehendak berkahwin akan dia .

( Dan wajib ) Pula atas wali perempuan bahawa memeliharakan dan memilih akan lelaki yang dihendak disuamikan dengan perempuan itu yang bershifat dengan shifat yang tersebut itu, dan melihat wali itu akan segala shifat yang tersebut itu bagi anaknya yang perempuan itu dan bagi saudaranya yang perempuan, maka jangan dipersuamikan akan dia daripada seorang lelaki yang jahat perangainya atau jahat rupanya atau dhaif agamanya atau singkat ia daripada mendirikan dengan hak perempuan itu atau ada ia tiada sebangsa dengan perempuan itu di dalam nasabnya .

( Sabda Nabi ) Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bermula mengkahwinkan perempuan itu, iaitu seperti dijadikan akan dia hamba, maka hendaklah menilik seorang lelaki kamu ke mana memindahkan akan anak perempuannya atau saudaranya ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa mempersuamikan anaknya yang perempuan atau saudaranya yang perempuan dengan orang yang fasiq, maka sungguhnya telah memutuskan ia akan rahimnya, ya’ni memutuskan ia akan kerabatnya dan haramlah atas barang siapa yang memutuskan ia akan rahimnya itu ’ .

( Dan telah ) Berkata oleh seorang lelaki bagi Hasan Al Bashri : Telah meminangkan anaknya yang perempuan oleh beberapa jema‘ah, maka daripada siapa aku bersuamikan akan dia ?

( Maka jawabnya ) Bersuamikan olehmu dengan lelaki yang takut akan Allah Ta‘ala, maka berkata bahawa sungguhnya jika ia kasih akan dia nescaya memuliakan ia akan dia dan jika benci ia akan dia nescaya tiada mengena suatu kejahatan akan dia .



2 ulasan: