Rabu, 2 November 2011

Qurban siri 3 - Syarat Sah Haiwan Qurban


Syarat Qurban

Syahdan ﴿ Bahawa syarat qurban jika ada ia daripada unta, hendaklah ada umurnya genap lima tahun, dan jika ada ia daripada lembu atau kerbau atau kambing, maka hendaklah ada umurnya genap dua tahun, dan jika ada ia daripada biri-biri, maka hendaklah ada umurnya genap setahun, tetapi jika sudah mengugurkan ia akan giginya dahulu daripada genap setahun, maka iaitu memadai .

Dan lagi disyaratkan ﴿ Bahawa hendaklah qurban itu selamat daripada ‘aib yang mengurangkan daging, atau lemak atau hatinya, maka tiada memadai jika ada qurban itu berkudal { ditimpa penyakit kulit yang boleh mencacatkan nilai harga } dan jika sedikit kudalnya lagi diharap akan hilangnya sekalipun, atas qaul yang ashah kerana bahawasanya ia membinasakan akan daging dan mengurangkan qiimah .

Furu’ ﴿ Masuk di dalam kata ‘aib itu jikalau datang ‘aib pada waktu merebahkan dia sekalipun seperti patah kakinya atau putus ekornya .

Syahdan ﴿ Tersebut di dalam Majmu’ nuqil daripada segala Shahabat Syafi‘e r.h bahawasanya tiada memadai yang bunting akan qurban .

Kata ﴿ Syeikh Adzrai‘e ; dan menjazamkan dengan dia Syeikh Abu Hamid dan segala mereka yang mengikut dia . Intaha       

Dan iaitulah yang disahkan oleh Syeikh Syarbini di dalam Mughni . Dan yang  dii’timadkan Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli di dalam Tuhfah dan Nihaayah ; tiada memadai ia kerana bahawasanya buntingnya itu dibilangkan ‘aib yang menegahkan akan qurban . Dan sanya telah dinyatakan oleh ‘Ulama΄ bahawasanya bunting itu dibilangkan ‘aib pada mabi’ { barang yang diniagakan } dan shadaqah .

Adapun ﴿ Yang disebutkan Ibnu Rif ‘ah di dalam Kifaayah ; bahawasanya yang bunting itu memadai akan qurban kurang dagingnya itu dijabar dengan datang anaknya yang dalam perut, maka iaitu ditolakkan akan dia oleh segala ‘Ulama΄ dengan bahawasanya yang demikian itu menyalahi akan yang manqul daripada segala Shahabat Syafi‘e dan lagi katanya ; kurang dagingnya itu dijabar dengan daging anaknya itu ditolakkan akan dia oleh mereka itu dengan bahawasanya terkadang tiada hasil jabar dengan yang di dalam perut kerana keadaannya ‘alaqah jua, maka iaitu darah, bukan daging dan lagi pula bertambah daging itu tiada menjabar ia akan ‘aib kerana tiada memadai akan qurban yang panjang lagi gemuk atau yang kudal lagi gemuk dari kerana gemuknya itu tiada menjabar ia akan ‘aib panjangnya atau kudalnya .

Soal ﴿ Jika ditanya orang bahawasanya yang bunting pada zakat dibilangkan oleh mereka itu sempurna tiada ber‘aib, maka memadai ia akan zakat dan yang bunting pada qurban dibilangkan ia ‘aib, maka tiada memadai akan qurban, maka apa perbezaan antara keduanya ? 

Jawab ﴿ Dibezakan ia dengan bahawasanya yang maksud pada zakat itu nasl { anak keturunannya } jua, bukan baik dagingnya, dan yang dimaksud pada qurban itu  baik dagingnya bukan nasl . Inilah hukumnya yang bunting .

Adapun ﴿ Yang baharu beranak, maka iaitu memadai akan qurban pada kata Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli di dalam Tuhfah dan Nihaayah . Dan tiada memadai ia pada Khathib Syarbini di dalam Mughni .

Dan lagi disyaratkan ﴿ Bahawa jangan ada ia sangat tempang dengan    sekira-kira mendahulukan akan dia orang yang berjalan dan tertinggal ia daripada tempatnya tatkala pergi kepada rumput yang baik dan jika mendatang pincangnya itu di bawah kakinya sekalipun .

Dan jangan ada ia sangat kurus dengan sekira-kira hilang sum-sumnya . Dan jangan ada ia gila iaitu yang tiada tahu mencari tempat makanan maka jadi kuranglah makannya kerana bahawasanya yang demikian itu mewarisi kurus atau yang dungu hampir-hampir gila yang tiada berhadap kepada tempat rumputnya dan tiada mencari makan melainkan sedikit jua .

Dan jangan ada ia buta dua belah matanya atau sebelah matanya dan jangan dengan sebab putik { sejenis penyakit mata } yang menutup pada sekelian matanya atau pada yang kebanyakan daripadanya sekalipun . Demikianlah yang tersebut di dalam Tuhfah, ya’ni yang hilang penglihatannya dan jika ada biji matanya sekalipun, tetapi tiada mengapa yang dhaif penglihatannya sebab biilas { rabun } atau putik yang sedikit atau lainnya . Dan tiada mengapa yang ketiadaan penglihat { penglihatan } pada malam .   

Dan lagi disyaratkan ﴿ Pula bahawa jangan ada ia sakit yang mendatangkan kurus . Dan jangan ada hilang suatu daripada telinganya dan jika sedikit sekali pun { Penyusun Mughni Al Muhtaj jil 6 halaman 128 berkata : Imam Abu Hanifah berkata : Kalau yang terpotong itu kurang daripada satu pertiga maka ia diharuskan . Begitu juga pendapat penyusun Durrah Al Nashihin halaman 313 } . Maka tiada memadai yang terpotong sekelian telinganya atau suatu suku  daripadanya dan tiada memadai yang dijadikan dengan tiada bertelinga kerana hilang suatu suku daripada yang dimakan .

Tetapi ﴿ Jika belah telinganya atau bertindik, maka tiada hilang suatu suku daripadanya, maka iaitu tiada mengapa .

Dan disyaratkan ﴿ Pula bahawa jangan ada terpotong suatu suku daripada lidahnya atau suku daripada susunya atau alyahnya { pundi longgokan lemak pada ekor } atau ekornya dan jika sedikit sekalipun, tetapi memadai yang dijadikan daripada perut ibunya dengan tiada bersusu atau tiada beralyah atau tiada berekor . Dan jika dijadikan dia dengan tiada telinga, tiada memada atas qaul yang ashah kerana telinga itu anggota yang lazim bagi binatang dan pada luputnya itu kekurangan .

Furu’ ﴿ Setengah daripada ‘aib yang menegahkan qurban itu { ialah } buta sebelah matanya yang nyata butanya jika ada biji matanya sekalipun .

Dan demikian lagi ﴿ Memadai yang dikembiri { dikasi } kerana menghilangkan pelirnya itu tiada mengurangkan akan dagingnya, hanya adalah ia menambahi dia dan dua pelirnya itu tiada maksud memakan dia pada ‘adat, tetapi adalah setengah ‘Ulama΄ mengharamkan memakan dia .

Dan demikian lagi ﴿ Memadai yang tiada bertanduk tetapi makruh . Dan tiada mengapa yang patah atau pecah tanduknya jika tiada mencacatkan ia akan dagingnya . Dan tiada memadai yang tanggal sekelian giginya . Bersalahan yang tanggal setengah giginya, maka iaitu memadai jika tiada mencederakan ia akan makannya dan tiada mengurangkan dagingnya . Demikianlah yang tersebut di dalam Tuhfah dan Mughni .

Dan disyaratkan ﴿ Pula bahawa jangan ada hilang suatu suku yang banyak daripada pahanya . Bersalahan yang sedikit, maka iaitu tiada mengapa .

Masalah ﴿ Jika melazimkan oleh seseorang akan binatang yang tiada ber‘aib, kemudian kedatangan ‘aib hendaklah diqurban akan dia dan tsabitlah baginya segala hukum udhhiyyah . Maka difahamkan daripada tsabit bagi hukum udhhiyyah itu jadi udhhiyyahnya, ya’ni sahlah qurbannya nadzar itu .

Bersalahan jika ia nadzar qurban binatang yang ber‘aib atau kecil yang belum sampai umurnya tiada jadi udhhiyyah tetapi wajib disembelihnya pada waktu udhhiyyah kerana dilakukan seperti laku udhhiyyah pada menshadaqahkan sekeliannya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan