Riwayat daripada Jabir bahawa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam terlihat seorang perempuan, maka lalu ia kepada isterinya Zainab, maka keluarnya padahalnya bersabda :
‘ Bahawa sungguhnya perempuan apabila berhadap ia di dalam rupa syaithan, maka apabila melihat seorang kamu akan perempuan, maka berkenan kamu, maka hendaklah seorang itu menjima’ akan isterinya, maka bahawa sesungguhnya serta isterinya seumpama yang ada serta perempuan yang dilihat itu, ya’ni dihilangkan akan syahwat kepada perempuan yang helat itu dengan jima’ kepada isterinya yang halal kerana syahwat kepada perempuan yang helat itu daripada syaithan dan dengan sebab jima’ ia akan isterinya yang halal itu hilanglah syahwat syaithan ’ .
Dan kata Imam Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala, dihikayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ daripada Saiyyidina ‘Abdullah Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhuma, dan adalah ia daripada zuhad Shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan daripada ‘Ulama΄ mereka itu, bahawa sungguhnya adalah ia berbuka daripada puasa dengan jima’ dahulu daripada makan makanan dan terkadang menjima’ ia akan isterinya dahulu daripada sembahyang Maghrib, kemudian maka mandi junub dan sembahyang kemudian daripadanya, dan adalah perbuatan yang demikian itu kerana menyelesaikan hati bagi buat ‘ibadat akan Allah Ta‘ala dan mengeluarkan syaithan daripadanya .
Adalah Syeikh Junaid Al Baghdadi Rahimahullaahu Ta‘ala berkata : Aku berkehendak pada jima’ itu seperti aku berkehendak kepada makan makanan, maka isterinya itu seperti makanan dan dengan dia sebab menyucikan hati daripada was-was dan dari kerana inilah menyuruh oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan tiap-tiap seorang yang melihat akan perempuan, maka ingin ia kepadanya bahawa menjima’ ia akan isterinya kerana yang demikian itu menolakkan akan was-was daripada dirinya .
Dan kata Saiyyidina ‘Abdullah Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhuma :
ٌ ﻨِﺴَﺎﺀ ٲَﻜْﺜَﺭُﻫَﺎ ٍ ﺍُﻤَّﺔ ِ ﻫَﺬِﻩ ُ ﺨَﻴْﺭ
Ertinya : Bermula yang terlebih baik ummat ini iaitu yang terlebih banyak perempuan .
Dan kata Imam Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Barang siapa sangat inginnya kepada perempuan, maka jikalau tiada ia berkahwin nescaya hendaklah ia berkahwin . Dan lagi katanya pula : Barang siapa sangat baginya syahwat kepada perempuan padahalnya tiada terpelihara syahwat itu yang tiada pecah dengan satu perempuan, maka sunat ia beristeri lebih daripada satu hingga empat orang .
( Dan demikian lagi ) Jika tiada terpelihara syahwat itu atau pecah syahwat itu tiada tetap hatinya dengan segala isterinya yang ada kepadanya maka sunat digantikan dengan isterinya . Dan adalah Saiyyidina Hasan ibnu Saiyyidina ‘Ali sangat banyak berkahwin hingga ia berkahwin lebih daripada 200 isterinya dan terkadang berkahwin ia akan empat perempuan dengan satu ‘aqad dan terkadang ia thalaq akan empat isterinya dengan sekali thalaq pada satu waktu dan digantikan dengan isterinya yang lain pada waktu itu jua .
( Dan adalah ) Mughirah bin Syu’bah beristeri lapan puluh perempuan. Dan adalah di dalam shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam seorang yang ada baginya tiga isterinya dan empat isterinya . Dan seorang yang ada baginya dua isteri, demikianlah yang tiada terhingga mereka itu kerana yang dikehendaki dengan membanyakkan isterinya dan menyediakan dia itu sekira-kira memecahkan syahwat dan menetapkan hati, maka sayugianya ubat itu atas kadar sakit .Demikian lagi disebutkan oleh Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan