Ahad, 18 Mac 2012

Bacaan Talqin

Talqin !!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang .

Segala sesuatu akan mati kecuali Tuhan . Tuhan Allah Yang Memiliki Pemerintahan dan kepadaNya kamu akan dikembalikan .

Tiap-tiap diri akan merasakan kematian dan bahawasanya pahala untukmu akan dicukupkan di hari Akhirat . Orang yang beruntung ialah orang yang dijauhkan daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga .

Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang sementara “ Daripada tanah Kami jadikan kamu dan kepada tanah Kami kembalikan kamu dan daripada tanah jua kamu akan dikeluarkan ” .

Dengan nama Allah dan dengan Allah dan dari Allah dan kepada Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w, inilah yang dijanjikan Tuhan dan benarlah perkataan Rasul-Rasul .

Hanya dengan satu suara keras lantas semua orang dibawa  ke hadapanKu ” .

Hai Si Anu anu si Anu, hai hamba Allah, anak hamba Allah, mudah-mudahan Allah mengasihi kamu . Dunia dan segala kemegahannya sudah habis untukmu. Sekarang ini kamu sudah dalam permulaan perjalanan ke alam barzakh, maka janganlah engkau lupakan perjanjian yang telah engkau ikrarkan sewaktu hidup di dunia untuk menempuh alam Akhirat iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah . 

Sebentar lagi akan datang kepadamu dua Malaikat, maka janganlah kamu terkejut dan takut kerana keduanya adalah makhluq Allah serupa kamu juga . Jika mereka sudah datang dan mereka dudukkan engkau danmereka bertanya : Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau, siapa Nabi engkau, apa i’tiqad engkau dan apa yang engkau bawa mati ? Maka jawablah : Allah Tuhanku .  

Jika mereka bertanya lagi, maka jawablah : Allah Tuhanku . Jika mereka Tanya yang ketiga kali dan itulah kesudahan yang baik, maka jawablah dengan suara yang lantang, tidak takut dan gelisah : Tuhanku Allah, Islam agamaku, Muhammad Nabiku, Al Quran Imamku, Ka ‘abah Kiblatku, Shalat Kewajibanku, Kaum Muslimin Saudaraku, Nabi Ibrahim Bapaku, dan aku hidup dan mati di atas kalimah :     مُحَمَّدًا  رَسُوْلُ  ﭐللهِ       ﺇلٰهَ    ﺇلاَّ    ﭐللهُ ٬                    

Berpegang teguhlah hai hamba Allah dengan hujjah ini dan ingatlah bahawa engkau akan menetap di alam barzakh ini hingga sampai hari dibangkitkan .

Jika kamu ditanya lagi tentang orang yang diRasulkan untukmu dan untuk sekalian makhluq, maka jawablah bahawa beliau itu adalah Nabi Muhammad s.a.w yang membawa kepada kami Al Quran dari Allah, maka kami mengikut dia, kami imam dengan dia, kami membenarkan keRasulannya .

Ketahuilah, wahai hamba Allah bahawasanya mati itu adalah benar, siksa dan nikmat kubur itu adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu adalah benar, bangkit dari kubur itu adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbang amalan itu adalah benar, Titian Shirath itu adalah benar, Neraka itu adalah benar, Syurga itu adalah benar, Hari Qiyaamah itu pasti datang tidak ada keraguan lagi dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur dan kami serah dan kembalikan kamu kepada Allah .  

1 ulasan: