Isnin, 19 Mac 2012

Peringatan - Bacaan Doa Selepas Talqin

Doa Selepas Talqin !!!

Ya Allah, wahai Tuhan kami !!!

Kami telah serahkan si mati ini kepadaMu
Oleh orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang kepadanya
Iaitu daripada kalangan anak isteri, kerabat dan juga saudara maranya .
Si mati telah berpisah dengan orang-orang yang menyintainya,
Lalu keluar daripada keluasan rumah tangga
Dan kemewahan hidupnya
Menuju ke liang kubur dan kesempitannya .

Ia telah menuju kepadaMu ya Allah,
Sedang Engkau sebenarnya tempat tujuan yang sebaik-baiknya .
Jika Engkau siksa si mati ini, ialah disebabkan dosanya,
Sebaliknya pula jika Engkau mengampuninya,
Maka Engkau sahaja yang berhak mengampuninya .

Ya Allah, wahai Tuhan kami,

Engkau Terkaya daripada menyiksakannya
sedangkan si mati benar-benar berhajat
kepada limpah kurnia rahmatMu,
ya Allah .

Ya Allah, wahai Tuhan kami,

Kurniakanlah kebaikan kepada si mati ini .
Ampunilah dosa kejahatannya,
Kurniakanlah syafaat kumpulan kami ini kepadanya .
Maafkanlah kesalahannya,
Luaskanlah kubur untuknya .
Lindungilah dia daripada azab siksa,
Masukkanlah ke dalam kuburnya itu rasa tenteram,
Kesejahteraan dan kerehatan
Dan lepaskanlah ia dari halangan
yang menyekatnya jalan
ke Syurga .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan