﴾ Amaran Bagi Orang Yang Meminum Arak ﴿
Sabda Nabi s.a.w : ‘ Didatangkan pada hari Qiyaamah, orang yang minum arak itu, hitam mukanya dan biru matanya dan pada lidahnya terjulur atas dadanya, maka mengalirlah atas mulutnya nanah, maka bencilah sekalian manusia daripadanya, maka jangan kamu beri salam atasnya dan jangan kamu ziarahi akan dia apabila ia sakit dan jangan kamu shalat atasnya apabila ia mati kerana bahawasanya ia kepada Allah Ta‘ala seperti orang yang menyembah berhala . Barang siapa minum arak dan di dalam dunia, diharamkan Allah Ta‘ala atasnya minum di dalam Syurga ’ .
Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ‘ Keluar orang yang minum arak itu daripada kuburnya terlebih busuk daripada bangkai dan tempat arak itu digantungkan pada lehernya dan mangkuk tempat minum itu pada tangannya dan dipenuhkan antara kulitnya dan dagingnya itu beberapa ular dan kala dan dipakaikan akan dua kasut daripada api Neraka, maka mendidihlah ia daripada keduanya itu otak kepalanya dan jadilah kuburnya itu satu lubang daripada lubang api Neraka padahal ia serta dengan Fir‘aun dan Haman di dalam api Neraka yang terlebih di bawah yang bernama Hawiyah ’ .
Nabi s.a.w bersabda : ‘ Barang siapa memberi minum atau makan akan orang yang minum arak satu suap daripada makanan, dikeraskan Allah Ta‘ala atas tubuhnya beberapa ular dan kala jengking mengigit mereka itu akan dia pada hari Qiyaamah . Dan barang siapa menyampaikan hajatnya, maka sungguhnya orang itu menolongi ia atas meruntuhkan agama Islam . Dan barang siapa memberi berhutang akan dia satu dirham, maka sungguhnya orang yang itu telah menolongi atas membunuh orang yang Mu΄min . Dan barang siapa sekedudukan ia akan dia, dihimpunkan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah padahal ia bunuh tiada hajat baginya, ya’ni tiada perpegangan yang melepaskan akan dia ’ .
Dan barang siapa menghalalkan arak, maka bahawa lepas daripada aku dan aku lepas daripadanya kerana bahawasanya Allah Ta‘ala bersumpah dengan kebesaranNya . Dan barang siapa minum ia akan arak di dalam dunia, nescaya tiada minum ia akan dia di dalam akhirat . Dan barang siapa meninggalkan minum akan dia kerana takut dia akan Aku, nescaya Aku beri akan dia arak di dalam Syurga yang bernama Hadhirah Al Quds ’ .
Asma binti ‘Umaisy berkata ia : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ia : ‘ Barang siapa meminum arak, tiada diterima shalatnya 7 hari . Maka jikalau hilang ‘aqalnya, tiada diterima daripadanya kebajikan 40 hari . Maka apabila mati ia sebelum sampai 40 hari, maka ia di dalam ma’shiat . Dan jika taubat ia daripadanya, diterima Allah Ta‘ala akan taubatnya . Jikalau kembali ia akan minum dia, adalah Allah Ta‘ala memberi minum akan dia danur orang yang di dalam Neraka ’ .
Kata setengah ‘Ulama΄ : Bahawasanya Allah memberi minum Ia akan orang yang minum arak di dalam dunia ini, dibalaskan Allah di dalam Neraka Jahannam akan satu tempat daripada api Neraka yang menjatuhkan daripadanya dua matanya dan dagingnya mukanya . Apabila ia minum akan dia, telah putuslah sekalian isi perutnya dan keluar daripada duburnya .
Rujukan :
Kitab Al Yawaaqit Wa Al Jawaahir Fii ‘Uquubah Ahli Al Kabiir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan