Khamis, 26 April 2012

Peringatan Bagi Penuntut




Hendaklah berniat dengan menuntut ‘ilmu itu akan keredhaan Allah dan akan negeri akhirat dan menghilangkan jahil daripada dirinya dan terjauh daripada orang yang jahil dan menghidupkan agama kerana bahawasanya kekal agama Islam itu dengan ‘ilmu . Dan tiada sah zuhud dan taqwa melainkan dengan ‘ilmu dan berniat syukur atas nikmat iman dan aqal dan sihat badan .

Dan jangan berniat dengan berniat menuntut ‘ilmu itu akan berhadap manusia kepadanya dan mendatangkan dunia dan kemuliaan pada raja-raja dan lainnya daripada dunia . Dan hendaklah bagi orang yang menuntut itu memelihara akan adabnya kerana tiada mencapai akan ‘ilmu dan tiada manfaat dengan dia dan tiada berkat padanya melainkan dengan beradab .

Setengah daripadanya membesarkan ‘ilmu dan ahlinya dan membesarkan gurunya dan jangan berjalan di hadapannya dan jangan duduk pada tempatnya dan jangan memulai perkataan dan jangan membanyakkan perkataan dan tertawa-tawa di hadapannya melainkan dengan izinnya atau redhanya .

Dan jangan bertanya akan dia masalah pada ketika ia jemu dan jangan diserukan dia dengan namanya seperti jangan diserukan dua ibu bapanya dengan nama keduanya .

Dan jangan memegang kitab melainkan dengan wudhu΄ kerana bahawasanya ‘ilmu itu nur dan wudhu΄ itu nur, maka bertambah nur ‘ilmu itu dengan nur wudhu΄ dan jangan menghanjurkan kakinya kepada kitab dan jangan meletakkankan atasnya sesuatu, maka iaitu haram melainkan kerana hajat .

Dan lagi, menghormati taulannya yang bersekutu pada menuntut ‘ilmu dan memeliharakan daripada perangai yang keji-keji serta memelihara ia daripada kenyang dan banyak tidur dan daripada membanyak perkataan yang sia-sia dan memelihara ia daripada makan akan makanan pekan kerana makanan pekan itu terlebih hampir bagi najis dan khianat dan terlebih jauh daripada dzikrullah dan terlebih hampir kepada lalai dan lagi kerana bahawasanya mata segala faqir jatuh atasnya dan tiada kuasa mereka itu membeli akan dia dan jadi menyakiti mereka itu dengan demikian itu, maka hilang berkatnya . 

Kitab : Pelita Bagi Penuntut 

Bustanul 'Arifin


Diriwayatkan daripada Saiyyidina Umar Al Khaththab r.h berkata :                       Sesiapa tipis mukanya, maka tipis juga ‘ilmunya .

Maksudnya ialah sesiapa yang malu dalam mencari ‘ilmu, maka sedikitlah ‘ilmunya .

Telah diriwayatkan dalam kitab shahih Bukhari bahawa Saiyyidina Umar r.h pernah berkata ;
Hendaklah kamu memperdalami ‘ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin .

Maksudnya ialah hendaklah kamu sungguh-sungguh dalam memperdalami ‘ilmu dan menguasainya ketika kamu masih muda lagi dan ketika kamu belum sibuk dengan urusan kepimpinan dan sebelum umur kamu mencapai dewasa . Apabila kamu sudah dewasa dan kamu telah menjadi pemimpin yang diikuti, maka ketika itu kamu sudah tidak dapat belajar lagi kerana kamu menjadi terlalu sibuk dengan bermacam-macam urusan dan kamu merasa angkuh dengan sebab sudah tua dan sudah menjadi pemimpin .

Kata Imam Asy Syafie :
Bersungguhlah kamu mengaji ( belajar ) sebelum kamu menjadi ketua kerana apabila kamu telah menjadi ketua, maka ketika itu sudah tertutup jalan untuk mengaji .
Kitab : Bustanul Aaarifin





Ahad, 22 April 2012


Hadits Qudsi ( 1 )

Nabi s.a.w bersabda ; ‘ Allah Ta‘ala telah berfirman :


Wahai anak Adam !!! Aku telah bawa kamu di atas kenderaan kuda

dan unta serta Aku kahwinkan engkau dengan wanita dan engkau

telah bahagia dengan kesenangan hidup, maka mana bukti syukur

terima kasihmu kepadaKU atas hal itu ” .

R . Ahmad dan Bukhari .

Sabtu, 21 April 2012

Bab Pada Menyatakan Jenazah


Pada  Menyatakan  Segala  Hukum  Jenazah
              
Bermula ﴿ Jenazah itu nama bagi mayat yang di dalam pengusung . Dan kata setengah ; Nama bagi pengusung yang ada dalamnya mayat

Sunat ﴿ Bersedia bagi mati oleh tiap-tiap mukallaf dengan taubat iaitu meninggalkan dosa dan menyesal atasnya dan diputuskan cita-citanya atas bahawa tiada ia kembali kepadanya dan keluar daripada zhulmah yang kuasa ia atasnya dengan umpama minta halal daripada orang yang ia mengumpat-umpat akan dia atau orang yang ia memakikan dia . Dan tempat sunat taubat itu jika tiada diketahui dosa itu atasnya yang menghendaki bagi taubat . Adapun jika diketahui ada di atasnya dosa, maka taubat itu wajib dengan bersegera dengan ijma’ . Dan jika diketahui ada atasnya hak Allah Ta‘ala dan hak manusia, maka wajib atasnya bertaubat dengan membayar segala hak yang tersebut itu .

Jika dosa itu meninggalkan beberapa fardhu shalat atau dilupakan Al Quran yang sudah dihafaznya, maka wajiblah ia masyghulkan dengan mengqadhakan dia dan menghafazkan dia melainkan zaman yang tiada dapat tiada seperti makan dan tidur dan umpamanya . Jika adalah baginya shalat yang luput amat banyak, maka memadalah pada taubatnya itu bercita-cita atasnya serta ia kerjakan seboleh-bolehnya, yani hendaklah diputuskan jazamnya pada hati hendak mengqadhakan dia serta dikerjakan dia dan hendaklah ia minta halalkan dia kepada empunyanya jika ia khianat akan hak orang dan dikembalikan segala hak orang yang dizaliminya jikalau boleh . Bersalahan jika ia takut memberi mudharat yang terlebih lagi pula seperti ia zina dengan perempuan, maka tiada jalan lagi boleh ia minta halal pada walinya atau kepada suaminya selama belum sampai kepada pemerintah kerana ditakuti mencariknya akan kemaluan mereka itu, maka memadalah pada taubatnya menyesal banyak serta ia putus akan cita-cita daripadanya tiada ia hendak mengerjakan dia sekali-kali .

Sunat ﴿ Bagi tiap-tiap yang aqil baligh menyebut-nyebut akan mati dengan lidah dan hatinya dan sunat baginya berbanyak-banyak menyebutkan mati dahulu daripada datangnya kerana yang demikian itu terlebih membawa kepada mengerjakan yang disuruh Allah dan menjauhkan segala yang ditegahNya dan mengurangkan banyak angan-angan dan ingin akan harta dunia dan perhiasannya dan menambahkan yang sedikit daripada amal ibadat. Dan orang yang sakit terlebih dituntut dengan mengerjakan yang tersebut kata Syeikh Bujairimi melainkan penuntut ‘ilmu dan orang yang mengarang kitab, terkadang memutuskan cita-citanya menuntut ‘ilmu dan mengarang kitab .

Sunat ﴿ Berubat, maka tiada boleh kita qiyaskan orang yang sangat lapar wajib memakan bangkai sebab takut mati kerana lapar dan wajib ia melalukan makanan yang terlekat di dalam lehernya jika dengan arak sekalipun jika tiada diperoleh dengan yang lainnya, maka beza antara keduanya itu sebab tiada kita dapat tentukan baik daripada berubat . Bersalahan pada memakan bangkai oleh yang sangat lapar dan yang melalukan barang yang terlekat di dalam leher dengan arak diberatkan selamatnya . Dan harus berpegang kepada kata thabib yang kafir jika tiada memberi cedera pada ibadat .

Sunat ﴿ Menziarahi Muslim yang sakit jika sakit mata sekalipun dan yang berseteru dengan dia dan yang tiada dikenalnya akan dia dan si kafir yang sekampung dengan dia dan lagi kerabat atau khadamnya atau yang diharap Islamnya dan jika tiada seperti demikian, maka tiadalah sunat mendatangi dia, hanya harus jua dengan tiada makruh

Makruh ﴿ Menziarahi yang jadi kesakitan orang yang sakit sebab didatangi akan dia . Dan tiada sunat mendatangi akan mempunyai bidah yang mungkar dan yang fasiq dan yang zhalim melainkan jika ada ia kerabatnya atau sekampungnya atau yang diharap akan taubatnya sebab didatangi akan dia .

Sunat ﴿ Mendatangi itu berselang hari melainkan jika ada ia kerabatnya atau shahabatnya yang jinak orang yang sakit itu dengan dia, atau mengambil berkat ia dengan dia atau dukacita yang sakit itu dengan tiada melihat dia pada tiap-tiap hari . Dan makruh melamakan duduknya melainkan jika diketahuinya akan gemar yang sakit pada lama duduknya .

Sunat ﴿ Mintakan doa akan yang sakit dengan afiat jika diharapnya akan hidupnya dan hendaklah ada doanya itu :

    َ َِْْ  ْ ﺃﻦ   ِ ﺍﻟَِْْ   ِ ﭐﻠَْْ    ََِّ   َ ﭐﻠَْﺭﻴْ   ﭐﷲَ   ﺃﺴْْﺄﻝُ   ﴿     

AS   A   LuL   Laa   haL   Ka   RiiM . RaB   BiL   AR   SYiL  

A   ZHii   Mi   AN ( Y ) YaSY   FiiK .
              
Ertinya  :  Aku meminta kepada Allah Yang Maha Pemurah Tuhan Yang  mempunyaiArasy yang Agung akan menyembuhkan engkau,  ( 7 X ) .

Sunat ﴿ Membaiki hati orang yang sakit daripada keluh kesah kesakitan dan jika tiada diharap akan hidupnya, maka hendaklah disuruhkan akan dia dengan taubat daripada segala dosa dan washiat dan membaiki itiqadnya akan Allah dan diperingatnya akan dia dengan menyebutkan segala hal orang yang shaleh -shaleh pada hal yang demikian itu . Dan ditambahi pengajar dan nasihat akan dia dan dipinta daripadanya doa dan dipesaninya akan isi rumah yang sakit dan khadamnya dengan mengasihani dia dan jangan diberi sakit hatinya dan disuruhnya mereka itu dengan menanggung susah dia dan sabar atasnya .

Sunat ﴿ Menyuruh akan yang sakit itu menghiasi diri dengan memakai bau-bauan seperti pada hari Jumaat dan membaca Al Quran dan dzikrullah, ceritera segala mereka yang shaleh-shaleh dan segala hal ahwal mereka itu tatkala mati kerana disunatkan bagi orang yang sakit sekalian yang demikian itu .

Sunat ﴿ Membaca shurah Al Ikhlas 100 kali kerana riwayat pada hadits : Barang siapa membaca hingga akhir shurahnya 100 kali pada sakitnya, mati ia dengan dia nescaya tiada dipicik atasnya kuburnya dan diampunkan daripada disempit kuburnya dan ditanggung akan dia oleh Malaikat hingga di lalu atas Shirat .

Sunat  ﴿Orang yang sakit memesani isi rumahnya dengan sabar atas kematiannya dan membaiki perangai dan menjauhi berbantah pada segala pekerjaan dunia . Dan hendaklah ia berwashiat dan membaikkan i’tiqad dan disegera menunaikan segala huquq dan dikembalikan segala pinjaman dan segala perkiriman orang dan hendaklah ia minta halal daripada segala ahli, anak buah, jiran dan segala kekasihnya dan orang antaranya dan antara mu‘amalat dan hendaklah ia syukur kepada Allah lagi redha  .

Demikian lagi ﴿ Sunat bagi yang sakit meminta maaf dan meminta redha kepada segala mereka yang ta'alluq dengan dia .

Sunat ﴿ Bagi yang sakit itu membaiki zhannya akan Allah seperti dizhankan dan diharapkannya bahawa Allah mengampuni dia dan menganugerahi rahmat akan dia maka, hendaklah dilebihkannya harap akan ampun Allah dan rahmatnya daripada takutnya akan murkanya dan siksanya . Inilah perintah pada orang yang sakit . Adapun orang yang sihat badan, maka yang terutama baginya hendaklah bersamaan harapnya dan takutnya selama tiada ghaalib atasnya penyakit putus asa daripada rahmat Allah atau sentosa daripada murka Allah dan siksaNya . Jika ghaalib atasnya putus asa daripadanya, maka terutama baginya melebihkan harap daripada takut . Dan jika ghaalib atasnya sentosa daripada murka Allah dan siksaNya, maka terutama baginya melebihkan takut daripada harap .

Sunat ﴿ Bagi yang sakit itu sabar atas kesakitan dan meninggalkan keluh kesah dan masam muka daripada penyakit itu . Dan makruh baginya mengadukan hal penyakitnya pada orang lain jika dengan redha akan qadha΄  Allah . Dan jika tiada demikian itu, maka iaitu haram . Dan terkadang membawa yang demikian itu kepada kufur, tetapi jika ditanya akan dia oleh thabib atau shahabatnya daripada hal penyakitnya, maka dikhabarkannya akan hal penyakitnya dengan sebenarnya, tiada atas rupa keluh kesah, maka tiada mengapa . Dan afdhal bagi yang sakit itu bahawa jangan ia mengatakan ‘aduh’, hanya hendaklah dikatanya ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ  ﭐللهُ atau ﭐﷲ َ َُْﺎﻥ  atau barang sebagainya . 

Afdhal ﴿ Berubat itu bagi orang yang adalah pada sembuhnya itu memberi manfaat bagi orang Muslimin atau yang takut atas dirinya daripada picik hatinya sebab berlambat sembuhnya . Dan jika tiada seperti demikian itu, maka meninggalkan dia itu terlebih baik .   

Dan makruh bagi seseorang mencita-cita mati sebab kedatangan mudharat pada  dirinya lagi tiada takut ia akan fitnah pada agamanya. Dan jika tiada tertahan dirinya daripada mencita-cita mati, maka hendaklah dibacanya, ertinya  :  Ya Allah, hidupkanlah aku kalau hidup itu mendatangkan kebaikan kepadaku dan matikanlah aku kalau mati itu mendatangkan kebaikan kepadaku .

Sunat ﴿ Yang sakit itu berubat tetapi makruh mengagahi dia .

Syahdan ﴿ Apabila hadirlah segala tanda mati pada seseorang, maka sunat bahawa ditalqinkan akan dia dengan kalimah Syahadah  ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ  ﭐللهُ dan jika ada ia kanak-kanak yang mumaiyyiz sekalipun .

Dan tiada sunat menambahi dengan  مُحَمَّد رَسُوْلُ ﭐللهِ. Dan jangan dikata baginya ; Kata olehmu ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ supaya tiada disakiti ia dengan yang demikian itu, hanya disebutkan di hadapannya kalimah  ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ sekali jua atau dikatanya ;  Dzikrullah itu memberi berkat, supaya ingat ia akan dia dan supaya disebutnya akan kalimah itu .

Janganlah diulangi talqin atasnya hingga berkata-kata ia, maka apabila berkata ia dengan perkataan yang lain daripada kalimah Syahadah, maka hendaklah diulang talqin itu sekali jua supaya ada kesudahan perkataannya di dalam dunia kalimah ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ  ﭐللهُ kerana tersebut di dalam hadits yang shahih, ertinya : ‘ Barang siapa ada kesudahan katanya di dalam dunia ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ  ﭐللهُ nescaya masuklah ia ke dalam Syurga ’ .

Bermula ﴿ Yang terafdhal bahawa adalah yang mentalqinkan itu, yang lain daripada warisnya dan seterunya dan yang dengki dengan dia, jika ada hadir yang lain . Dan jika tiada hadir yang lain, maka yang mentalqinkan dia yang terlebih kasih sayang daripada warisnya

Wajib ﴿ Ditalqinkan dua kalimah Syahadah bagi orang kafir yang diharap akan Islamnya iaitu diajarkan mengucap :

  أشْهَدُ   أنْ      ﺇلٰهَ   ﺇلاَّ   ﭐللهُ  وَ  أشْهَدُ   أنَّ   مُحَمَّدًا   رَسُوْلُ ﭐلله  ﴿

Dan diberi ketahui akan maknanya jika kafir itu bangsa Ajami . Dan jika tiada diharap akan Islamnya, sunat ditalqinkan dia jua . Dan sunat talqin akan kanak-kanak yang ada tamyiznya kerana faedah supaya dapat fadhilat baginya masuk ke Syurga serta orang yang terdahulu . Bersalahan pada kuburnya, tiada dituntut talqin kerana tiada soal pada kuburnya . Kata qiil ; Sunat talqin jua . Maka apabila sudah ditalqinkan, maka sunat rebahkan atas lambungnya yang kanan serta dihadapkan muka ke Kiblat seperti kelakuan menghantarkan dia di dalam liang lahad . Dan jika sukar yang demikian itu, maka rebahkan atas lambungnya yang kiri . 

Dan jika sukar pula, maka ditelentangkan akan dia dan dihadapkan mukanya dan kedua tapak kakinya ke Kiblat dan ditinggikan kepalanya sedikit dengan bantal dan barang sebagainya supaya berhadap mukanya ke Kiblat .

Dan sunat dibacakan akan dia shurah Yasin kerana tersebut di dalam hadits yang shahih sabda Nabi s.a.w : Bacakan oleh kamu akan segala mereka yang  hampir mati daripada kamu shurah Yasin ’ .

Tersebut pada setengah riwayat hadits yang lain, sabda Nabi s.a.w : Tiada jua daripada orang yang sakit yang dibacakan shurah Yasin melainkan lepaslah ia daripada dahaga ketika mati dan pada ketika dimasukkan ke dalam kubur ’ .

Sunat ﴿ Dibacakan kepada orang yang hampir mati itu shurah Yasin dan shurah Ar Ra’d dan jika boleh dihimpun keduanya itu iaitu terlebih . Dan jika tiada dapat hendak himpun keduanya itu seperti ia sangat hampir hendak matinya, maka hendaklah didahulukan membaca shurah Yasin kerana sah hadits seperti yang disebutkan : Tiada daripada orang yang sakit dibacakan atasnya Yasin melainkan mati puas dahaga dan masuk di dalam kubur puas dahaga ’ .

Dan riwayat yang lain : Barang siapa membaca Yasin padahal ia takut  diamankan dia, atau lapar dikenyangkan dia, atau dahaga diberi minum akan  dia, atau ia bertelanjang diberi pakai akan dia, atau sakit disembuhkan dia ’ .

Dan sunat hingga tamam suratnya dan pada shurah Ar Rad itu datang pada hadits bahawasanya ia dimudahkan keluar rohnya .

Sunat ﴿ Menitikkan air pada mulut orang yang hampir mati jika tiada ada tanda yang menunjukkan atas sangat dahaganya . Dan jika ada tanda yang demikian, maka iaitu wajib kerana dahaga ketika nazak terlalu keras . Dan dikata orang bahawa syaithan datang ia membawa dengan air pada perasaan dan berkata ia kepadanya ; Kata olehmu ; ﺃﻧَ ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَُّ hingga aku beri minum akan dikau, maka jika berkata yang demikian itu mati ia atas yang lain daripada agama Islam . Demikianlah disebut oleh Syeikh Ibnu Hajar sebab hendak kita titik air padanya supaya tiada ia tamak akan air syaithan itu .

Sunat ﴿ Dipejamkan kedua matanya apabila mati ia, dan sunat membaca tatkala memejamkan mata itu :

  ََّ ﻭَ   ََِْ   ﭐﷲُ   ََّ  ِ ﭐﷲ ِ َُْ  ِ َِّ   ََٰ ﻭَ   ِ ﭐﷲ ِ ِِْ  ﴿

BiS    MiL    Laa    hi    Wa    ‘A    Laa    MiL    La    Ti    Ra    Suu    LiL

    Laa    hi    SHaL    LaL    Laa    hu    ‘A    Lai    hi    WaS    LaM .

Dan diikat kedua rahangnya serta kepalanya dengan pengikat yang lebar kerana memelihara akan mulutnya daripada masuk binatang yang melata daripada keji pada pemandangan orang dan dilembutkan segala perlipatannya, maka digenggamkan jarinya kepada tapak tangannya dan dilentik-lentik tangannya ke bahunya dan dilentik-lentik betisnya ke pahanya dan dilentik-lentik pahanya ke perutnya, kemudian maka dibujurkan kedua tangannya dan dihunjurkan kedua kakinya supaya mudah memandikan dan mengafan dia . 

Dan hendaklah melembutkan itu kemudian daripada keluar roh kerana ada pada badannya pada ketika itu hangat daripada bekas roh, maka apabila segera dilembutkan pada ketika itu, nescaya jadi lembutlah perlipatan anggotanya dan jika lambat, sukarlah melembutkan dia tetapi jika dapat melembutkan dia dengan diurut dengan minyak umpamanya, maka tiada mengapa .

Dan ditanggalkan segala pakaiannya yang dipakainya tatkala mati dan ditutup sekalian badannya dengan kain yang ringan, maka disusupkan satu puncanya di bawah kepala dan satu puncanya di bawah kakinya . Dan ditindih perutnya dengan suatu yang berat daripada besi seperti pedang atau cermin dan jika tiada diperoleh yang demikian itu, maka tanah yang basah dan jika tiada, maka barang yang mudah . Dan sekurang-kurangnya beratnya penindih itu kira-kira dua puluh mitsqal supaya tiada kembung perutnya . Dan jangan ditindih dengan mashhaf, maka dihantarkan mayat itu di atas katil dan seumpamanya dengan tiada hamparan di bawahnya serta dihadapkan ke Kiblat .

Sunat ﴿ Mengerjakan segala perintah yang tersebut itu keluarganya yang terlebih kasih hatinya daripada mereka itu, lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan, tetapi suami terlebih utama mengerjakan isterinya daripada yang lain . Dan isteri terutama mengerjakan suaminya daripada yang lainnya . Dan hendaklah dipintakan doa baginya ketika mengerjakan yang tersebut itu .

Dan ﴿ Hendaklah disegerakan membayar hutangnya dan diluluskan segala washiatnya pada ketika itu jua jika mudah . Dan jika tiada, maka hendaklah walinya memintakan halal kepada yang menghutangi dia atau dipindahkannya hutang si mayat atas dirinya supaya lepas dzimmahnya daripada keberatan hutang kerana tersebut di dalam hadits bahawasanya roh orang Mu΄min adalah terpenjara ia daripada tempatnya yang mulia sebab hutangnya hingga dibayarkan hutangnya .

Jika ﴿ Diperanakkan dua anak berkembar, lagi berlekat-lekat antara keduanya dan mati salah seorang daripada keduanya, maka ditilik, jika dapat diceraikan daripada yang hidupnya dengan ketiadaan memberi mudharat bagi yang hidupnya, wajib diceraikan dan dimandikan dan dikerjakan seperti orang lain . Dan jika tiada dapat diceraikan, maka wajiblah dikerjakan dengan yang mati itu apa yang dapatnya daripada memandikan dan dikafankan dan dishalatkan dan haram ditanamnya kerana tiada dapat diceraikan antaranya . Dan sanya dinanti gugurnya, maka jika gugur, wajib ditanamkan demikian suku itu . Demikianlah dikerjakan tiap-tiap gugurnya dan jika tiada mati keduanya . Maka jika adalah salah seorang lelaki dan seorang perempuan, maka jika dapat diceraikan, maka yang zhahir wajib dicerai akan dia, maka jika tiada dapat, hendaklah dikerjakan barang sedapatnya dan dipeliharakan pada lelaki pada menghadapkan Kiblat 

Sunat ﴿ Memberitahukan segala manusia akan kematian seseorang tetapi jangan kerana bermegah dan riya΄ hanya supaya ramai yang menshalatkan dia 

Dan ketahuilah olehmu bahawasanya orang yang Mu΄min nyata baginya mengiringi matinya daripada beberapa nikmat Allah barang yang adalah dunia ini dengan nisbah kepadanya seperti penjara dan tempat yang sempit . Dan adalah bandingnya seperti orang yang dipenjarakan dia di dalam rumah yang kelam, maka dibukakan baginya pintu kepada kebun yang amat luas tepinya, di dalamnya beberapa bagai pohon kayu dan beberapa bagai bunga-bungaan dan buah-buahan dan beberapa bagai daripada burung, maka tiada suka ia kembali kepada penjara yang kelam itu .

Sabda Nabi s.a.w : ‘ Banding orang yang Mu΄min di dalam dunia seperti kanak-kanak yang di dalam perut ibunya, apabila keluar daripada perutnya, menangis ia atas tempat keluarnya hingga apabila dilihatnya akan cerah, tiada suka ia kembali kepada tempatnya . Demikian lagi orang yang Mu΄min keluh kesah dan kekeruhan ia pada ketika hendak mati, maka apabila sampai ia kepada Tuhannya, tiada suka bahawa ia kembali kepada dunia seperti barang yang tiada suka kanak-kanak bahawa kembali ia kepada perut ibunya ’ .