Selasa, 20 November 2012

Hutang


Ketahui kiranya ya saudaraku ! Seorang yang mati di dalam meninggal hutang pada orang-orang itu tiadalah Syara’ meringan-ringan akan dia hingga tak mahu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sembahyang atasnya pada mula-mulanya dan disuruhnya Shahabat-Shahabatnya sahaja sembahyangkan tetapi tidaklah pula ditinggalkan sembahyang atasnya sama sekali bahkan disuruh oleh Syara’ sembahyangkan . Maka dengarlah haditsnya yang berlaku pada zaman Nabi kita iaitu hadits yang dikeluarkan dia oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya ;

Diriwayatkan daripada seorang Shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang masyhur dipanggil orang dengan Abi Qatadah, katanya ; Bahawasanya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam didatangkan seorang lelaki yang diusung orang di atas pengusungnya supaya disembahyang atasnya .

Maka tahulah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan jenazah itu ada meninggalkan hutang pada masa matinya itu, iapun lalu bersabda :

Sembahyang olehmu sekalian ke atas taulan kamu sekalian yang diusung itu . Adapun aku tiada sayugia sembahyang ke atasnya kerana bahawasanya atasnya hutang yang belum dibayarnya ’ .

Bila didengar oleh Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan sabdanya, lalu berkata ia ; Kata Abi Qatadah ; Hutang itu atas hamba membayarnya, ya Rasulullah .

Maka sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Tidakkah mahu perkataan engkau yang demikian itu dengan jalan dhaman sahaja melainkan dengan syarat engkau yang menunaikan bayarnya, maka aku sembahyangkanlah ’ .

Jawab Abi Qatadah ; Hamba mengaku menunaikan bayarannya . Kemudian daripada habis perkataan Abi Qatadah yang demikian itu, maka sembahyanglah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam atas jenazah yang datang itu .

Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi ; Dan pada bab ini ada riwayat daripada Jabir, Salamah bin Al Akwa’ dan Asma΄ binti Yazid . Dan katanya lagi ; Bermula hadits Abi Qatadah itu ialah hasan lagi shahih . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan