Disunatkan membaca doa iftitah itu
pada shalat fardhu dan shalat sunat, melainkan pada shalat jenazah, maka tiada
disunatkan doa iftitah itu di dalamnya, dan jikalau pada shalat atas ghaib atau
shalat jenazah di atas kubur sekalipun, tetapi tempat sunat membaca doa iftitah
itu jika ghaalib atas zhannya bahawasanya ia serta membaca doa iftitah mendapat
akan Al Faatihah dahulu daripada ruku’ imamnya .
Adapun jika pada zhannya apabila
dibacanya doa iftitah, nescaya luputlah akan dia sekalian Al Faatihah atau
setengahnya atau didapatnya akan imamnya di dalam yang lain daripada qiyam
seperti di dalam ruku’ atau i’tidal atau sujud atau duduk padahal imamnya belum
memberi salam atau picik ( sempit ) waktu dengan sekira-kira jika dibacanya doa
iftitah nescaya keluarlah setengah shalatnya daripada waktu, maka tiadalah sunat baginya membaca doa iftitah itu
Dan luput sunat
membaca doa iftitah itu dengan membaca :
ﺍﻟﺮَّﺠِﻴْﻡ ِ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻦ ﺑﭑﷲِ ﻤِﻦَ ُ أﻋُﻭْﺫ kerana luput tempatnya, maka
tiada disunatkan kembali kepadanya .
Dan demikian lagi, luput
membaca doa iftitah dengan duduk ma΄mum yang masbuq serta imamnya kerana luput tempatnya, tetapi jika dapat
oleh yang ma΄mum yang
masbuq akan imamnya di dalam tasyahud akhir, maka lalu memberi salam imamnya
tatkala ia masih lagi berdiri
atau didapatnya imam di dalam tasyahud awal, maka berdiri imamnya
tatkala ia masih lagi berdiri atau keluar imamnya daripada shalat sebab hadats
umpamanya dahulu daripada muwaafaqat ia akan dia, nescaya sunat baginya membaca doa iftitah pada tiga
shurah ( tiga keadaan / bentuk ) itu kerana tiada luput tempatnya .
Dan tiada luput
membaca doa iftitah dengan mengucap ta΄min serta imamnya
Rujukan :
Kitab Sabiilal Muhtadiin jilid 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan