Khamis, 15 November 2012

Kelebihan Menderma Dan Keburukan Bakhil


1 : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Tiada dithabiatkan dengan thabiat wali Allah itu melainkan atas orang-orang yang menderma dengan ikhlas dan atas orang-orang yang elok perangai ’ .

2 : Telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bermula rezeki itu datang ia kepada isi rumah yang ada di dalamnya orang-orang yang murah hati, suka menderma dengan ikhlas,
datang balasnya lebih segera daripada pisau makan belakang unta ’, ya’ni menderma itu mendatangkan rezeki dan sebaik balasan
yang segera dapat ’ .

3 : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, bersabda :

Orang yang dermawan itu hampir ia daripada rahmat Allah
dan pahalanya, hampir ia daripada Syurga,
lagi hampir ia daripada manusia ’ .

Masalah : Dermawan itu hampir dengan Syurga dan hampir dengan orang sebab hampir dengan Syurga kerana Syurga itu rumah orang dermawan dan kerana usahanya pada barang yang menjadikan dia mencapainya dan pergi menuju jalannya . Adapun hampir orang kerana kasih orang-orang itu akan dia, tiadalah orang-orang tidak kasih kerana dengan murah hatinya dapat lepas kesempitan orang yang sempit dan sukacita hati orang yang dukacita dan dapat kesenangan daripadanya .

Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam lagi :

Jauh ia daripada Neraka dengan sebab usahanya itu dan jadi dermawan itu dinding daripada api Neraka’ . Dan orang yang kikir itu jauh ia daripada rahmat Allah, jauh ia daripada Syurga, jauh ia daripada manusia, dekat ia kepada api Neraka ’ .

Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan