Sabtu, 17 November 2012

Shalat Jenazah Tanpa Wudhu


Harus Shalat Jenazah Tanpa Wudhu΄ ???

Adapun haram shalat dengan ketiadaan wudhu΄ daripada air atau tanah ( tayammum ) itu .

Kata Imam Nawawi : Telah ijma’ Al Ummat atas haramnya .

Dan tiada faraq ( beza ) antara shalat fardhu atau shalat sunat atau sujud tilawah dan sujud syukur dan shalat akan orang mati ( shalat jenazah ) melainkan barang yang dihikayatkan dia daripada Asy Sya’bi dan Muhammad bin Jarir Ath Thabari daripada qaul keduanya : Harus shalatkan orang mati dengan tiada suci .

Kata Imam Nawawi : BERMULA MADZHAB INI BATAL DAN TELAH IJMA’ ‘ULAMA΄ MENYALAHINYA .  


Masalah : Jadi kafirkah ( orang yang ) shalat ( dengan ) tiada suci ?

Kata Imam Nawawi : Bermula shalat orang yang tiada suci dengan sengaja itu berdosa ia dan tiada menjadi kafir di sisi Imam Syafie dan jumhur tetapi hendaklah takut sungguh-sungguh kerana dihikayatkan daripada Abi Hanifah mengatakan kufur orang yang berhadats ( melakukan ) shalat itu oleh mempermain-mainnya dan dalil kita bahawasanya kufur itu bagi i’tiqad dan ini orang yang shalat, ada shahih i’tiqadnya .

Rujukan : Kitab Bahrul Madzi Jilid 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan