Para ‘Ulama΄ ada menyebutkan di dalam bab
mandi bahawa adalah dimaafkan bathin simpulan rambut apabila rambut itu menjadi
tersimpul dengan sendirinya, ya’ni tidak wajib menghuraikan simpulan itu untuk
menyampaikan air padanya sepertimana halnya dimaafkan seseorang yang dibalakan
dengan adanya penyakit telur kutu pada pangkal rambutnya sehingga menyekat
sampainya air kepada pangkal rambut itu, ya’ni tidak wajib dibuang telur-telur
kutu itu bagi menyampaikan air kepada pangkal rambut itu ketika mandi wajib .
Khilaf bagi Syeikh Zakaria Al Anshaari yang menjelaskan
bahawa ; Orang yang berpenyakit telur kutu itu tidak boleh dimasukkan atau disamakan
dengan orang yang rambutnya tersimpul dengan sendirinya, bahkan orang yang
berpenyakit telur kutu itu hendaklah ia bertayammum bagi menjabarkan (
menampung ) bahagian pangkal rambut yang tidak sampai air kepadanya kerana
telur kutu itu .
Wallaahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan