Isnin, 19 November 2012

Memberi Dan Menjawab Salam siri 1


Sunat bagi wanita memberi salam kepada :

1 : Sesama wanita .

2 : Suaminya .

3 : Mahramnya .

4 : Lelaki ajnabi jika wanita tersebut telah tergolong sebagai wanita tua yang tidak menarik syahwat kepada lelaki ajnabi dan wanita ini adalah wajib menjawab salam daripada lelaki ajnabi (bukan mahram) jika diberi salam oleh lelaki ajnabi tersebut .

Adapun bagi wanita yang menarik syahwat dalam keadaan bersendirian, maka adalah diharamkan menjawab salam daripada lelaki ajnabi  yang bersendirian dan haram pula bagi wanita tersebut memulai memberi salam kepada lelaki ajnabi yang bersendirian .

Adapun bagi lelaki ajnabi itu pula, maka adalah makruh menjawab salam daripada wanita yang menarik syahwat dalam keadaan bersendirian, dan makruh pula bagi lelaki ajnabi yang bersendirian itu memberi salam kepada wanita tersebut .

Dan jika seseorang lelaki mengucapkan salam kepada segolongan wanita, maka wajib atas salah seorang di antara mereka itu menjawabnya kerana dalam suasana begitu tidak dikhuatirkan timbul fitnah .

Rujukan : Kitab Fathul Mu‘in jilid 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan