Khamis, 28 Februari 2013

Penawar Bagi Hati siri 8



Bab Yang Pertama Pada Menyatakan ( Syarhuth Tha ‘aam )
Sangat Loba Atas Makanan

Adalah sangat loba atas makanan itu setengah daripada asal segala kejahatan kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan kerana daripadanya terjadi keinginan faraj . Kemudian apabila mengerasi oleh keinginan makanan dan keinginan jima’, nescaya terjadi daripadanya sangat loba kepada harta kerana tiada dapat menunaikan dua keinginan itu melainkan dengan harta .

Dan terjadi daripada ingin kepada harta itu, ingin kepada kemegahan kerana sukar mengusahai akan harta itu melainkan dengan kemegahan . Kemudian apabila menuntut ia harta dan kemegahan dan mendapat ia akan keduanya, nescaya berhimpun padanya oleh beberapa banyak daripada kebinasaan seperti riya΄ dan takabbur dan dengki dan berseteru ( bermusuh ) dan lain daripadanya, dan tempat keluar semuanya itu, perut . Maka kerana itu membesarkan oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan pekerjaan lapar . Maka bersabda ia :

َﺍﻠََِْ   ِ ﺍﻠُْْ   َِ   ََﺎﻠَ   ﭐﷲِ   َِ   َََّّ   ٍ ََ   ِْ  َ
Ertinya : ‘ Tiada ada pekerjaan yang lebih kasih kepada Allah Ta‘ala
daripada lapar dan dahaga ’ .

Dan bersabda ia :

ﺍﻠُُْْ  ِ ﺍﻷََْﺎﻞ  ُ َِّ
Ertinya : ‘ Penghulu segala pekerjaan itu lapar ’ . ( Telah berkata Al ‘Iraqi bahawa ia tidak mendapati bagi hadith ini asalnya ) .

Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ُ ﺍﻠَِْﺎﺪَ   َِ ِ ﺍﻠﻄََّﺎﻡ  ُ ََِّ   ﺍﻠَِْﺎﺪَﺓِ   ُِْ   ﺍﻠُِْْ
Ertinya : ‘ Berfikir itu setengah ibadat dan sedikit makan itu
ia satu ibadat ’ .

Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ٍ ًَََُّ   ًُْ   ََُُْْ   ََﺎﻠَ   ﭐﷲِ  َِْ   َْﺿَُُْ

َُْ  ٍَُْ  ٍ َُْ   ُُّّ   ََﺎﻠَ   ﭐﷲِ  َِ  َََْﺿُُْ

Ertinya : ‘ Yang lebih afdhal daripada kamu pada sisi Allah Ta‘ala yang lebih lama kamu lapar dan berfikir dan yang lebih dibenci daripada kamu kepada Allah Ta‘ala tiap-tiap yang banyak makan, banyak minum, banyak tidur ’ .

Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

َِِْ   ِْ   ًَّّﺍ   َِﺎﺀً   ﺁﺪََ   ﺍﺑُْ  َ َ  َ

َُُْ   َُِْ   َََُْﺎﺖٌ    ﺁﺪََ   ﺍﺑَْ  ََْ  

Ertinya : ‘ Tiada memenuhkan manusia akan bejana yang lebih jahat daripada perutnya, memada akan manusia oleh beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya ’ . Menyebut akan segala hadith ini Al Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ar Arba‘in fii Usuluddin .

Dan ketahui olehmu bahawasanya bagi lapar itu beberapa faedah :

1. Setengah daripadanya nipis hati hingga mendapat ia akan sedap mengerjakan ‘ibadat .

2. Dan setengah daripadanya cerdik hati kerana kenyang itu menyebabkan bodoh .

3. Dan setengah daripadanya memecahkan keinginan mengerjakan maksiat dan mengerasi atas nafsu yang sangat menyuruh dengan kejahatan .

4. Dan setengah daripadanya ringan tubuh bagi sembahyang tahajjud dan mengerjakan ‘ibadat dan hilang mengantuk yang menegah ia daripada ‘ibadat .

5. Dan setengah daripadanya memada dengan sedikit harta dunia .

Adapun kenyang itu, maka ada padanya beberapa kebinasaan :

1. Ketiadaan sedap mengerjakan ‘ibadat .

2. Menambah keinginan nafsu .

3. Ketiadaan kasihan akan yang miskin, kerana apabila ia kenyang, nescaya menyangka ia akan sekalian manusia semuanya kenyang . Bersalahan lapar . Maka ia sebab bagi kasihan belas akan orang miskin . Dan inilah setengah daripada hikmah wajib puasa .

4. Lemah daripada mengingat akan ‘ilmu yang memberi manfaat .

5. Bahawasanya orang yang sempurna imam itu pergi datang ia kepada masjid, dan orang yang banyak kenyang itu, lagi datang kepada jamban .

Maka jika engkau berkata : Sesungguhnya telah jadi kenyang itu ‘adat bagiku, maka betapa aku meninggalkan dia ? Maka dijawab bahawasanya yang demikian itu mudah atas mereka yang menghendaki akan dia dengan diansur-ansur, dan iaitu bahawa mengurangi engkau pada tiap-tiap hari daripada mengurangi engkau pada tiap-tiap hari daripada makanan engkau yang biasa kadar sesuap hingga mengurangi engkau akan sepinggan di dalam sebulan . Maka tiada nyata bekas mengurangkan itu pada diri engkau dan jadilah menyedikitkan itu ‘adat engkau :

Dan ketahui olehmu bahawasanya menyedikitkan makan itu tiga pangkat :

1. Pangkat As Siddiqin, iaitu menyimpan atas kadar memelihara badannya daripada binasa, dan iaitu kadar ditakuti dengan sebab kurang daripadanya akan binasa ‘aqal atau menyebabkan mati .

2. Bahawa terpada ia dengan setengah cupak tiap-tiap hari, dan iaitu memenuhi sepertiga perut . Dan atas yang demikian itu memperbuat oleh Saiyidina Umar radhiyallaahu 'anhu dan jama‘ah daripada Shahabat kerana adalah makanan mereka itu segantang sya‘ir pada tiap-tiap tujuh hari.

3. Bahawa memadakan secupak tiap-tiap hari . Dan apabila melebihi akan yang demikian itu, maka ia bersekutu akan orang kebanyakan, dan masuk di dalam membanyakan makan .

Adapun menyedikitkan makan dengan ditilik kepada masa, maka iaitu tiga pangkat juga :

1. Yang lebih tinggi bahawa lapar ia tiga hari atau lebih, ertinya tiap-tiap hari atau lebih sekali makan . Maka sesungguhnya adalah Saiyidina Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu lapar ia enam hari .

2. Dan adapun yang pertengahannya, bahawa makan ia pada tiap-tiap dua hari .

3. Dan yang lebih rendah, bahawa makan ia tiap-tiap hari sekali .

Adapun mereka yang makan dua kali pada tiap-tiap hari, maka tiada ada baginya kelakuan lapar sama sekali . Dan adalah ia meninggalkan kelebihan lapar .

Wallaahu a’lam .

2 ulasan:

  1. ASSALAMMUALAIKUM...
    BOLEH SAYA BERGURU DENGAN TUAN.MASIH MENCARI... SEKIAN WASSALAM ..

    BalasPadam