Selasa, 25 Jun 2013

Soalan Kubur

PERTANYAAN MUNKAR DAN NAKIIR DITUJUKAN KEPADA SIAPA ?

                  ﺍﻠﺤﺸﺭ  ﻜﺑﻌﺚ  ﻭﺍﺟﺏ  ﻨﻌﻴﻤﻪ  ﺍﻠﻘﺑﺭ  ﻋﺫﺍﺏ  ﺛﻡ  ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ - ٩٦

Qaalasy syaikhusy syaarihu ibraahimul baijuriy rahimahullaahu ta ‘alaa wa nafa ‘anaa bi ‘uluumihi fid daarain : qauluhu : su aalunaa tsumma ‘adzaabul qabri  na ‘iimuhu waajib ka ba’tsil Hasyri .

{ ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ } Ditanya akan kita { ﺍﻠﻘﺑﺭ ﻋﺫﺍﺏ ﺛﻡ } kemudian siksa kubur { ﻭﺍﺟﺏ ﻨﻌﻴﻤﻪ } nikmatnya ialah wajib { ﺍﻠﺤﺸﺭ ﻜﺑﻌﺚ } sepertimana bangkit ke Padang Mahsyar .

Syarah

{ su aalunaa } bermula ditanya akan kita di dalam kubur { tsumma ‘adzaabul qabri } kemudian siksa kubur bagi orang kafir serta orang Mu΄min yang derhaka { na ‘iimuhu waajib  } dan nikmatnya, ya’ni nikmat kubur ialah wajib iaitu wajib ‘aqli yang ‘aridhi bagi orang Mu΄min yang thaat { ka ba’tsil Hasyri } sepertimana bangkit ke Padang Mahsyar .

٦٠٦ ]

ﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻘﻴﻥ   ﺍﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻦ : ﺍﻟﺪﻋﻭﺓ  ﺃﻤﺔ  ﻤﻌﺎﺷﺭ  ﺇﻴﺎﻧﺎ  ﻧﻜﻴﺭ    ﻤﻧﻜﺭ  ﺴﺆﺍﻞ : ﺃﻱ ( ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ ) : ﻗﻭﻠﻪ

 ﻴﺴﺄﻞ  ﻭٳﻧﻤﺎ ٬ ﻴﺴﺄﻞ    ﺍﻟﻛﺎﻓﺭ : ﺗﻤﻬﻴﺪﻩ  ﻓﻲ  ﻗﺎﻞ  ﺤﻴﺙ  ﺍﻟﺑﺭ  ﻋﺑﺪ  ﻻﺑﻥ  ﺧﻼﻓﺎ ٬ ﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻴﻥ
                 
           ٬ ﺧﻼﻓﻪ  ﻋﻟﻰ  ﻭﺍﻟﺟﻤﻬﻭﺭ ٬ ﺍﻫ . ﺍﻟﻅﺎﻫﺭ  ﻓﻲ  ﻟﻺﺴﻼﻡ  ﻻﻧﺗﺴﺎﺑﻪ  ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻖ  ﺍﻟﻤﺆﻤﻥ
                                         
Qauluhu : ( suaalunaa ) ai : su aalu munkarin wa nakiirin iyyaa naa ma ‘aasyira ummatid da’wah : al mu΄ miniina wal munaafiqiina wal kaafiriina, khilaafan libni ‘abdil barri Haitsu qaala fii tamhiidih : al kaafiru laa yus alu, wa innamaa yus alul mu΄ minu wal munaafiqu lintisaabihil is laami fizh zhaahiri . intaha . wal jumhuuru ‘alaa khilaafihi,

{ ﻗﻭﻠﻪ } katanya { ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ } tanya akan kita { ﻧﻜﻴﺭ ﻤﻧﻜﺭ ﺴﺆﺍﻞ : ﺃﻱ } bermula tanya oleh Munkar dan Nakir { ﺇﻴﺎﻧﺎ } akan kita { ﺍﻟﺪﻋﻭﺓ ﺃﻤﺔ ﻤﻌﺎﺷﺭ } ummat da’wah { ﺍﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻦ } segala orang beriman { ﻭﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻴﻥ ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻘﻴﻥ } dan munaafiq dan kafir { ﺍﻟﺑﺭ ﻋﺑﺪ ﻻﺑﻥ ﺧﻼﻓﺎ } menyalahikan Ibni ‘Abdil Barr { ﻗﺎﻞ ﺤﻴﺙ } pada tempat berkata ia { ﺗﻤﻬﻴﺪﻩ ﻓﻲ } di dalam Tamhiid { ﻴﺴﺄﻞ ﺍﻟﻛﺎﻓﺭ } orang kafir itu tidak akan disoal {  ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻖ ﺍﻟﻤﺆﻤﻥ  ﻴﺴﺄﻞ  ﻭٳﻧﻤﺎ } dan hanya disoal kepada orang beriman dan orang munaafiq { ﺍﻟﻅﺎﻫﺭ ﻓﻲ ﻟﻺﺴﻼﻡ ﻻﻧﺗﺴﺎﺑﻪ } kerana terbangsanya dengan Islam pada zhahir { ﺍﻫ } intaha - habis { ﻭﺍﻟﺟﻤﻬﻭﺭ } dan jumhur               { ﺧﻼﻓﻪ ﻋﻟﻰ } berlaku mereka itu atas khilaf .

SYARAH

{ Qauluhu } Katanya { su aalunaa } dengan tafsiran ini dapat kita fahami bahawasa su aalunaa itu mashdar , sa alaa yas alu mas alatan su aalanertinya tanya. su aalu itu mashdar, naa mudhaf ilaih – dengan taqrir Syeikh kita ini dapat difahami bahawa su aalumashdar idhafat kepada maf ul . Maka fa‘ilnya ? { ai : su aalu munkarin wa nakiirin } bermula tanya oleh – oleh shifat fa‘ilnya Munkar dan Nakiir { iyyaa naa } akan kita - naa tadi apabila jadi senggang, kita panggil akan dia dhamir munfashil, ya’ni datang ia dengan rupa iyyaa naa . Dan jika ia berhubung dipanggil dengan nama dhamir muttashil seperti su aalunaa { su aaluna } ditanya akan kita tetapi siapa yang dimaksudkan dengan kita di sini ? iaitu { ma ‘aasyira } dipanggil nashab ikhtishash, ya’ni seolah-olah kata khusus iaitu { ummatid da’wah } semua ummat da’wah – ini umum iaitu semua ummat yang sampai seruan da’wah, sama ada ianya  { al mu΄miniina } segala orang yang beriman iaitu sebagai ummatud da’wah wal ijaabah { wal munaafiqiina wal kaafiriina } dan munaafiq dan kafir menurut jumhur ‘Ulama΄ { khilaafan libni ‘abdil barri } kerana menyalahi Ibni ‘Abdil Barr yang bermadzhab Maliki { Haitsu qaala } pada tempat berkata ia atau kerana berkata ia { fii tamhiidih } di dalam Tamhiid iaitu kitab yang berpuluh juzuk dan jika disusun tingginya hampir separas pinggang { al kaafiru laa yus alu } orang kafir itu tidak akan disoal kerana telah nyata tiada imannya sedangkan soal Munkar dan Nakir itu ialah bagi melahirkan kebenaran, sama ada iman seseorang itu benar ataupun tidak { wa innamaa yus alul mu΄ minu wal munaafiqu } dan hanya disoal kepada orang yang beriman dan orang munaafiq              { lintisaa } ini ‘illat suatu mahzhuf, nisbah kepada munaafiq sahaja .

Soal : Kenapa orang munaafiq juga ditanya sedangkan mereka itu pada haqiqatnya termasuk di dalam golongan kafir sedangkan tadi dikatakan al kaafiru laa yus alu ? Jawab : Maka didatangkan ‘illat, ya’ni wa innamaa yus alul munaafiqu { lintisaa bihil is laami fizh zhaahiri } kerana terbangsanya munaafiq itu dengan Islam pada zhahir { intaha } habis bagi pendapat Ibnu ‘Abdil Barr { wal jumhuuru } - ai wal jumhuuru minal ‘Ulama΄ dan jumhur daripada ‘Ulama΄ { ‘alaa khilaafihi } atas khilaf yang berlaku di antara mereka itu .

Insyaa Allaah akan bersambung .


Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid oleh Asy Syeikh Ibrahim Al Baijuri, syarah bagi Kitab Jaharatut Tauhiid oleh Asy Syeikh Ibrahim Al Laqqaani .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan