﴾ Peringatan Bagi
Penuntut ﴿
Hendaklah
berniat dengan menuntut ‘ilmu itu akan keredhaan Allah dan akan negeri akhirat
dan menghilangkan jahil daripada dirinya dan terjauh daripada orang yang jahil
dan menghidupkan agama kerana bahawasanya kekal agama Islam itu dengan ‘ilmu .
Dan tiada sah zuhud dan taqwa melainkan dengan ‘ilmu dan berniat syukur atas
nikmat iman dan ‘aqal dan sihat badan .
Dan
jangan berniat dengan berniat menuntut ‘ilmu itu akan berhadap manusia
kepadanya dan mendatangkan dunia dan kemuliaan pada raja-raja dan lainnya
daripada dunia . Dan hendaklah bagi orang yang menuntut itu memelihara akan
adabnya kerana tiada mencapai akan ‘ilmu dan tiada manfaat dengan dia dan tiada
berkat padanya melainkan dengan beradab .
Setengah
daripadanya membesarkan ‘ilmu dan ahlinya dan membesarkan gurunya dan jangan
berjalan di hadapannya dan jangan duduk pada tempatnya dan jangan memulai
perkataan dan jangan membanyakkan perkataan dan tertawa-tawa di hadapannya
melainkan dengan izinnya atau redhanya .
Dan
jangan bertanya akan dia masalah pada ketika ia jemu dan jangan diserukan dia
dengan namanya seperti jangan diserukan dua ibu bapanya dengan nama keduanya .
Dan
jangan memegang kitab melainkan dengan wudhu΄
kerana bahawasanya ‘ilmu itu nur dan wudhu΄ itu
nur, maka bertambah nur ‘ilmu itu dengan nur wudhu΄ dan
jangan menghanjurkan kakinya kepada kitab dan jangan meletakkan atasnya
sesuatu, maka iaitu haram melainkan kerana hajat .
Dan
lagi, menghormati taulannya yang bersekutu pada menuntut ‘ilmu dan
memeliharakan daripada perangai yang keji-keji serta memelihara ia daripada kenyang
dan banyak tidur dan daripada membanyak perkataan yang sia-sia dan memelihara
ia daripada makan akan makanan pekan kerana makanan pekan itu terlebih hampir
bagi najis dan khianat dan terlebih jauh daripada dzikrullaah dan terlebih
hampir kepada lalai dan lagi kerana bahawasanya mata segala faqir jatuh atasnya
dan tiada kuasa mereka itu membeli akan dia dan jadi menyakiti mereka itu
dengan demikian itu, maka hilang berkatnya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan