Ahad, 22 April 2018


Bismillaah . Bermula sujud sahwi itu atas lima sebab :

Pertamanya : Sebab meninggalkan salah satu sunat ab‘adh atau meninggal kesemua sunat ab‘adh yang lapan iaitu :

1 : Baca doa qunut shalat fardhu Shubuh atau Witir nishfu yang kedua bulan Ramadhan .

2 : Shalawat dan salam atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas qunut itu .

3 : Shalawat dan salam atas keluarganya dan shahabatnya selepas qunut itu .

4 : Berdiri bagi sekalian itu, ya’ni ketika membaca qunut dan ketika bershalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam serta ketika shalawat dan salam ke atas keluarga dan shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas qunut tersebut .

5 : Membaca tahiyyat awal .

6 : Shalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat awal .

7 : Shalawat ke atas keluarga Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat                 akhir .

8 : Duduk bagi sekalian yang tersebut, ya’ni duduk ketika membaca tahiyyat awal dan duduk ketika shalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat awal serta duduk ketika bershalawat ke atas keluarga Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat akhir . Wallaahu a’lam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan