“ Wahai
orang-orang yang beriman, jagalah akan diri-diri kamu dan ahli keluarga kamu
daripada Neraka . Bermula bahan bakarnya ialah manusia dan batu ” . QS At Tahriim : 6 .
Bismillaah . Dan telah sebut Ibnu ‘Arabi bahawasa ini api yang ada
di dalam dunia ini barang yang telah mengeluar akannya oleh Allah kepada
manusia daripada Neraka Jahannam sehingga diselam akan dia di dalam laut dua
kali . Dan ada yang mengatakan sehingga tujuh puluh kali . Dan jika
tidak diselam akan yang demikian itu, tidak boleh ambil manfaat
dengannya oleh seseorang pun daripada kerana panasnya dan memadalah dengan dia,
ya’ni dengan ini api hal keadaannya jadi yang menakuti .
Dan selepas daripada
diambilkan api dunia daripadanya, ya’ni daripada Jahannam itu dipernyalakan
atasnya seribu tahun sehingga jadi putih ia kemudian dipernyalakan atasnya pula
seribu tahun sehingga jadi ia merah kemudian dipernyalakan atasnya seribu tahun
pula sehingga hitam ia, maka ia hitam lagi kelam dan panasnya iaitu hawaa΄ yang menghangus dan tidak ada bara baginya,
ya’ni bagi Neraka itu selain daripada Bani Adam dan batu-batu yang diambil
akan dia perbuat Tuhan yang disembah daripada selain Allah .
Rujukan : Kitab Tuhfatul
Muriid .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan