( Bermula ) Jenazah itu nama bagi mayat yang dalam tanggungan . Dan kata setengah : nama bagi tanggungan yang ada di dalamnya mayat .
( Bermula ) Sunat bagi tiap-tiap yang ‘aqil baligh menyebut-nyebut akan mati dengan lidahnya dan dengan hatinya kerana yang demikian itu terlebih membawa kepada mengerjakan yang disuruh Allah Ta‘ala dan menjauhi dari pada segala laranganNya dan mengurangi akan yang banyak daripada angan -angan dan ingin akan harta dunia dan perhiasannya dan menambahi akan yang sedikit daripada amal dan ‘ibadat akan Allah Ta‘ala .
( Furu’ ) Hendaklah mensedia bagi mati oleh tiap-tiap mukallaf dengan taubat, ertinya wajib atasnya jika ia ketahui ada atasnya dosa . Dan sunat jika tiada diketahui bahawasanya dosa itu atasnya .
Maka erti taubat itu ; sengaja meninggalkan dosa yang ia kerjanya dan menyesal ia akan perbuatan itu dan memutuskan hatinya tiada ia hendak kembali kepadanya sekali-kali dan dikembali segala hak-hak orang yang telah dizaliminya yang ia kuasa atas barang sedapat-dapat .
Dan jika dosa itu meninggalkan beberapa fardhu sembahyang atau dilupakan Al Quran yang sudah dihafaznya dahulu, maka wajiblah ia masyghulkan dengan mengqadhakan dia dan menghafazkan dia melainkan zaman yang tiada dapat tiada seperti makan dan tidur dan qadha hajat dan umpamanya . Maka jika adalah baginya beberapa sembahyang yang luput yang amat banyak maka memadalah pada taubatnya itu bercita-cita atasnya serta ia kerjakan seboleh-bolehnya, ya’ni hendaklah diputuskan jazamnya pada hati hendak meng qadhakan dia serta dikerjakan dia dan hendaklah ia minta halalkan dia kepada empunyanya jika ia khianat akan hak orang dan dikembalikan segala hak-hak orang yang dizaliminya jikalau boleh .
Bersalahan jika ia takut memberi mudharat yang terlebih lagi pula seperti ia zina dengan perempuan, maka tiada jalan lagi boleh ia minta halal pada walinya atau kepada suaminya selama belum sampai kepada imam { pemerintah } kerana ditakuti mencariknya akan kemaluan mereka itu, maka memadalah pada taubatnya menyesal banyak serta ia putus akan cita-cita daripadanya tiada ia hendak mengerjakan dia sekali-kali .
( Furu’ ) Sunat membanyak-banyak menyebutkan akan mati dengan hatinya dan dengan lidahnya melainkan penuntut ilmu dan seumpamanya orang yang mengarang kitab, maka ia tiada sunat menyebutkan dia kerana bahawasanya memutuskan pekerjaannya dan tiada lagi ia mencita-cita hendak menuntut ilmu dan mengarang kitab istimewa pula kitab yang besar-besar, maka putus cita-cita daripadanya .
( Masalah ) Sunat berubat dan tiada wajib, maka tiada boleh kita qiyaskan orang yang sangat lapar wajib memakan bangkai sebab takut mati dengan laparnya dan wajib ia melalukan makanan yang terlekat di dalam lehernya dan jikalau dengan arak sekalipun jika tiada diperoleh dengan yang lainnya, maka beza antara keduanya itu sebab tiada kita dapat tentukan baik daripada berubat
Bersalahan pada memakan bangkai oleh yang sangat lapar dan yang melalukan barang yang terlekat di dalam leher dengan arak diberatkan selamatnya . Dan harus kita berpegang kepada kata thabib yang kafir jika tiada memberi cedera pada ‘ibadat .
( Dan sunat ) Mendatangkan orang yang sakit yang Islam jikalau sakit mata sekalipun dan yang berseteru dengan dia dan yang tiada dikenalnya akan dia dan yang sekampung dengan dia .
( Dan demikian lagi ) Yang kafir ada ia sekampungnya atau kerabatnya atau khadamnya atau diharap Islamnya dan jika tiada seperti demikian, maka tiadalah sunat mendatangi dia, hanya harus jua dengan tiada makruh .
( Dan ) Makruh mendatangi yang jadi kesakitan orang yang sakit sebab didatangi akan dia . Dan tiada sunat mendatangi akan mempunyai bida‘ah yang mungkar dan yang fasiq dan yang zhalim dengan mengambil cukai sama Islam atau lainnya melainkan jika ada ia kerabatnya atau sekampungnya atau yang diharap akan taubatnya sebab didatangi akan dia .
( Dan sunat ) Bahawa adalah mendatangi itu berselang-selang hari melainkan jika ada ia kerabatnya atau shahabatnya yang jinak orang yang sakit itu dengan dia, atau mengambil berkat ia dengan dia atau dukacita yang sakit itu dengan tiada melihat dia pada tiap-tiap hari . Dan makruh melamakan duduknya melainkan jika diketahuinya akan gemar yang sakit pada lama duduknya .
( Dan sunat ) Mintakan doa akan yang sakit dengan ‘afiat jika diharapnya akan hidupnya dan hendaklah ada doanya itu :
Ertinya : Aku meminta kepada Allah Yang Maha Pemurah
Tuhan yang mempunyai ‘Arasy Yang Agung
akan menyembuhkan engkau .
tujuh kali .
( Dan sunat ) Membaiki hati orang yang sakit daripada keluh kesah kesakitan .
( Dan ) Jika tiada diharap akan hidupnya, maka hendaklah disuruhkannya akan dia dengan taubat daripada segala dosa dan washiat dan membaiki i’tiqadnya akan Allah Ta‘ala dan diperingatnya akan dia pada yang demikian itu dengan menyebutkan segala hal orang yang shaleh-shaleh pada hal yang demikian itu .
Dan ditambahi pengajar dan nasihat akan dia dan dipinta daripada nya doa dan dipesaninya akan isi rumah yang sakit dan khadamnya dengan mengasihani dia dan jangan diberi sakit hatinya dan disuruh
nya mereka itu dengan menanggung susah dia dan sabar atasnya .
( Dan sunat ) Hendaklah disuruhnya akan yang sakit itu menghiasi diri dengan memakai bau-bauan seperti pada hari Juma‘at dan membaca Al Quran dan menyebut dzikrullah, ceritera segala mereka yang shaleh-shaleh dan segala hal ahwal mereka itu tatkala mati kerana disunatkan bagi orang yang sakit sekelian yang demikian itu .
( Furu’ ) Setengah yang dituntut baginya iaitu membaca shurah Al Ikhlas seratus kali kerana riwayat pada hadits :
‘ Barang siapa membaca hingga akhir shurahnya
seratus kali pada sakitnya, mati ia dengan dia,
nescaya tiada dipicik atasnya kuburnya
dan diampunkan daripada disempit kuburnya
dan ditanggung akan dia oleh Malaikat
hingga di lalu atas Shirat ’ .
( Dan demikian lagi ) Sunat bagi orang yang sakit memesani isi rumahnya dengan sabar atas kematiannya dan membaiki perangai dan menjauhi berbantah pada segala pekerjaan dunia .
( Dan demikian lagi ) Sunat bagi yang sakit meminta maaf dan meminta redha kepada segala mereka yang ta'alluq dengan dia .
( Dan sunat ) Bahawa hendaklah yang sakit itu membaiki zhannya akan Allah Ta‘ala seperti dizhankannya dan diharapnya bahawa Allah Ta‘ala mengampuni dia dan menganugerahi rahmat akan dia maka, hendaklah dilebihkannya harap nya akan ampun Allah Ta‘ala dan rahmatnya daripada takutnya akan murkanya dan siksanya . Inilah perintah pada orang yang sakit .
( Adapun ) Orang yang sihat badan, maka yang terutama baginya hendaklah bersamaan harapnya dan takutnya selama tiada ghaalib atasnya penyakit putus asa daripada rahmat Allah atau sentosa daripada murka Allah dan siksaNya . Jika ghaalib atasnya putus asa daripadanya maka terutama baginya melebihkan harap daripada takut Dan jika ghaalib atasnya sentosa daripada murka Allah dan siksaNya, maka terutama baginya melebihkan takut daripada harap .
( Dan sunat ) Bagi yang sakit itu sabar atas kesakitan dan meninggalkan keluh kesah dan masam muka daripada penyakit itu . Dan makruh baginya mengadukan hal penyakitnya pada orang lain jika dengan redha akan qadha΄ Allah Ta‘ala . Dan jika tiada demikian itu, maka iaitu haram . Dan terkadang membawa yang demikian itu kepada kufur, tetapi jika ditanya akan dia oleh thabib atau shahabatnya daripada hal penyakitnya, maka dikhabarkannya akan dia daripada hal penyakitnya dengan sebenarnya, tiada atas rupa keluh kesah, maka iaitu tiada mengapa . Dan terutama bagi yang sakit itu bahawa jangan ia mengatakan aduh, hanya hendaklah dikatanya ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ atau ﭐﷲ ﺴﺒﺤﺎﻥ atau barang sebagainya .
( Masalah ) Berubat itu afdhal bagi orang yang adalah pada sembuhnya itu memberi manfaat bagi orang Muslimin atau yang takut atas dirinya daripda picik hatinya sebab berlambat sembuhnya . Dan jika tiada seperti demikian itu maka meninggalkan dia itu terlebih baik
Dan makruh bagi seseorang mencita-cita mati sebab kedatangan mudharat pada dirinya lagi tiada takut ia akan fitnah pada agamanya Dan jika tiada tertahan dirinya daripada mencita-cita mati, maka hendaklah dibacanya :
Ertinya : Ya Allah, hidupkanlah aku kalau hidup itu
mendatangkan kebaikan kepadaku dan matikanlah aku
kalau mati itu mendatangkan kebaikan kepadaku .
( Dan sunat ) Yang sakit itu berubat tetapi makruh mengagahi dia atau memaki atau atas makan dan minum .
﴾ Syahdan ﴿ Apabila hadirlah segala tanda mati pada seseorang, maka sunat bahawa ditalqinkan akan dia dengan kalimah Syahadah ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ dan jika ada ia kanak-kanak yang mumaiyyiz sekalipun .
Dan tiada sunat menambahi dengan ﭐﷲ ﺭﺴﻭﻝ ﻤﺤﻤﺩ . Dan jangan dikata baginya ; kata olehmu ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ, supaya tiada disakiti ia dengan yang demikian itu, hanya disebutkan di hadapannya kalimah ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ sekali jua atau dikatanya ; dzikrullah itu memberi berkat, supaya ingat ia akan dia dan supaya disebutnya akan kalimah itu .
Janganlah diulangi talqin atasnya hingga berkata-kata ia, maka apabila berkata ia dengan perkataan yang lain daripada kalimah Syahadah, maka hendaklah diulang talqin itu sekali jua supaya ada kesudahan perkataannya di dalam dunia kalimah ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ kerana tersebut di dalam hadits yang shahih :
Ertinya : ‘ Barang siapa ada kesudahan katanya di dalam dunia
ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ nescaya masuklah ia ke dalam Syurga ’ .
( Bermula ) Yang terafdhal bahawa adalah yang mentalqinkan itu, yang lain daripada warisnya dan seterunya dan yang dengki dengan dia, jika ada hadir yang lain . Dan jika tiada hadir yang lain, maka yang mentalqinkan dia yang terlebih kasih sayang daripada warisnya
( Masalah ) Wajib ditalkinkan dua kalimah Syahadah bagi orang yang kafir yang diharap akan Islamnya iaitu diajarkan mengucap dan diberi ketahui akan maknanya jika kafir itu bangsa ‘Ajami . Dan jika tiada diharap akan Islamnya, sunat ditalqinkan dia jua .
Dan sunat talqin akan kanak-kanak yang ada tamyiznya kerana faedah supaya dapat fadhilat baginya masuk ke Syurga serta orang yang terdahulu . Bersalahan pada kuburnya, tiada dituntut talqin kerana tiada soal pada kuburnya . Kata qiil ; sunat talqin jua .
Maka apabila sudah ditalqinkan, maka sunat rebahkan atas lambung nya yang kanan serta dihadapkan muka ke Kiblat seperti kelakuan menghantarkan dia di dalam liang lahad . Dan jika sukar yang demikian itu, maka rebahkan atas lambungnya yang kiri .
Dan jika sukar pula, maka ditelentangkan akan dia dan dihadapkan mukanya dan kedua tapak kakinya ke Kiblat dan ditinggikan kepala nya sedikit dengan bantal dan barang sebagainya supaya berhadap mukanya ke Kiblat .
Dan sunat dibacakan akan dia shurah Yasin kerana tersebut di dalam hadits yang shahih sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Bacakan oleh kamu akan segala mereka yang hampir mati
daripada kamu shurah Yasin ’ .
Dan tersebut pada setengah riwayat hadits yang lain, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Tiada jua daripada orang yang sakit yang dibacakan shurah Yasin
melainkan lepaslah ia daripada dahaga ketika mati dan pada ketika
dimasukkan ke dalam kubur ’ .
( Furu’ ) Sunat baca pada orang yang hampir mati itu shurah Yasin dan shurah Ar Ra’d dan jika boleh dihimpun keduanya itu iaitu terlebih . Dan jika tiada dapat hendak himpun keduanya itu seperti ia sangat hampir hendak matinya, maka hendaklah didahulukan membaca shurah Yasin kerana sah hadits seperti yang disebutkan pada hadits :
‘ Tiada daripada orang yang sakit dibacakan atasnya
Yasin melainkan mati puas dahaga
dan masuk di dalam kubur puas dahaga ’ .
Dan riwayat yang lain :
‘ Barang siapa membaca Yasin padahal ia takut diamankan dia,
atau lapar dikenyangkan dia, atau dahaga diberi minum akan dia,
atau ia bertelanjang diberi pakai akan dia,
atau sakit disembuhkan dia ’ .
Dan sunat hingga tamam shurahnya dan pada shurah Ar Ra’d itu datang pada hadits bahawasanya ia dimudahkan keluar rohnya .
( Dan ) Sunat menitikkan air pada mulut orang yang hampir mati jika tiada ada tanda yang menunjukkan atas sangat dahaganya . Dan jika ada tanda yang demikian itu, maka iaitu wajib kerana dahaga ketika nazak terlalu keras .
Dan lagi, sanya dikata orang bahawasanya syaithan datang ia membawa dengan air pada perasaan dan berkata ia kepadanya kepadanya ; kata olehmu ; ﺃﻧﺎ ﻵ ﺇلٰه ﺇلا { tiada Tuhan melainkan aku } hingga aku beri minum akan dikau, maka jika berkata yang demikian itu mati ia atas yang lain daripada agama Islam . Demikianlah disebut oleh Syeikh Ibnu Hajar sebab hendak kita titik air padanya supaya tiada ia tamak akan air syaithan itu .
﴾ Syahdan ﴿ Apabila mati ia, maka sunat dipejamkan kedua matanya dan sunat membaca tatkala memejamkan mata itu :
﴾ ﺴﻟﻡ ﻭ ﻋﻟﻴﻪ ﭐﷲ ﺻﻟﻰ ﭐﷲ ﺭﺴﻭﻞ ﻤﻟﺔ ﻋﻟﻰ ﻭ ﭐﷲ ﺑﺴﻡ ﴿
BiS MiL Laa hi MiL La Ti Ra Suu LiL Laa hi
SHaL LaL Laa hu ‘A Lai hi Wa SaL LaaM .
Dan diikat kedua rahangnya serta kepalanya dengan pengikat yang lebar kerana memelihara akan mulutnya daripada masuk binatang yang melata daripada keji pada pemandangan orang dan dilembutkan segala perlipatannya, maka digenggamkan jarinya kepada tapak tangannya dan dilentik-lentik tangannya ke bahunya dan dilentik-lentik betisnya ke pahanya dan dilentik-lentik pahanya ke perutnya, kemudian maka dibujurkan kedua tangannya dan dihunjurkan kedua kakinya supaya mudah memandikan dan mengafan dia .
Dan hendaklah melembutkan itu kemudian daripada keluar roh kerana ada pada badannya pada ketika itu hangat daripada bekas roh, maka apabila segera dilembutkan pada ketika itu, nescaya jadi lembutlah perlipatan anggotanya dan jika lambat, sukarlah melembutkan dia tetapi jika dapat melembutkan dia dengan diurut dengan minyak umpamanya, maka tiada mengapa .
Dan ditanggalkan segala pakaiannya yang dipakainya tatkala mati dan ditutup sekelian badannya dengan kain yang ringan, maka disusupkan satu puncanya di bawah kepala dan satu puncanya di bawah kakinya .
Dan ditindih perutnya dengan suatu yang berat daripada besi seperti pedang atau cermin dan jika tiada diperoleh yang demikian itu, maka tanah yang basah dan jika tiada, maka barang yang mudah . Dan sekurang-kurangnya beratnya penindih itu kira-kira dua puluh mitsqal supaya tiada kembung perutnya . Dan jangan ditindih dengan mashhaf, maka dihantarkan mayat itu di atas katil dan seumpamanya dengan tiada hamparan di bawahnya serta dihadapkan ke Kiblat.
( Dan sunat ) Yang mengerjakan segala perintah yang tersebut itu keluarganya yang terlebih kasih sayang hatinya daripada mereka itu, laki-laki sama laki-laki dan perempuan sama perempuan, tetapi suami terlebih utama mengerjakan isterinya daripada yang lain .
( Dan demikian lagi ) Isteri terutama mengerjakan suaminya daripada yang lainnya . Dan hendaklah dipintakan doa baginya tatkala mengerjakan segala perintah yang tersebut itu .
( Dan ) Hendaklah disegerakan membayar hutangnya dan diluluskan segala washiatnya pada ketika itu jua jika mudah . Dan jika tiada, maka hendaklah wali nya memintakan halal kepada yang menghutangi dia atau dipindahkannya hutang si mayat atas dirinya supaya lepas dzimmahnya daripada keberatan hutang kerana tersebut di dalam hadits bahawasanya roh orang mu΄min adalah terpenjara ia daripada tempatnya yang mulia sebab hutangnya hingga dibayarkan hutangnya .
( Masalah ) Jikalau diperanakkan dua anak berkembar lagi berlekat-lekat antara keduanya dan mati salah seorang daripada keduanya, maka bahawasanya ditilik, jika dapat diceraikan daripada yang hidupnya dengan ketiadaan memberi mudharat bagi yang hidupnya, wajib diceraikan dan dimandikan dan dikerjakan seperti orang lain .
Dan jika tiada dapat diceraikan, maka wajiblah dikerjakan dengan yang mati itu apa yang dapatnya daripada memandikan dan dikafankan dan sembahyangkan dan haram ditanamnya kerana tiada dapat diceraikan antaranya . Dan sanya dinanti gugurnya, maka jika gugur, wajib ditanamkan demikian suku itu . Demikianlah dikerjakan tiap-tiap gugurnya dan jika tiada mati keduanya .
Maka jika adalah salah seorang laki-laki dan seorang perempuan, maka jika dapat diceraikan, maka yang zhahir wajib dicerai akan dia, maka jika tiada dapat, hendaklah dikerjakan barang sedapatnya dan dipeliharakan pada laki-laki pada menghadapkan Kiblat .
( Dan sunat ) Memberitahukan segala manusia akan kematian seseorang tetapi jangan kerana bermegah dan riya΄, hanya supaya banyak yang menyembahyangkan dia jua .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan