Jumaat, 24 Jun 2011

Shifat Harus Bagi Rasul Faridatul Faraid Siri 20

( Dan harus ) Pada hak segala Anbiya΄ dan Rusul ‘alaihish shalaatu was salaam segala shifat manusia yang tiada mengurangkan kadar mereka itu yang maha tinggi seperti makan dan minum dan sakit dan gurau yang halal . Dan tiada bershifat mereka itu dengan shifat ketuhanan . Dan tiada bershifat mereka itu dengan shifat Malaikat seperti tiada makan dan tiada tidur . Dan tiada bershifat  mereka itu dengan shifat manusia yang mengurangkan kadar mereka itu seperti segala perkara yang mencederakan (1) muruuah .

(1) ( Qauluhu ; Muruuahnya ) Ertinya kemukaan atawa kemanusiaan iaitu kemuliaan seseorang dan kesempurnaannya dan beberapa adab yang ada sekelian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala ‘adatnya .

Dan terjemah hamba akan muruuah dengan erti kemukaan itu, betul lagi nyata kerana pada bahasa Melayu itu kinaayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang terpujikan yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia, maka iaitulah ‘ain muruuah yang pada bahasa ‘Arab dikatakan ; si anu itu orang yang bermuka, ertinya mempunyai muruuah yang ia malu mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya .

Alhamdulillaah ada muruuah pada jenis Melayu terlebih banyak daripada setengah-setengah jenis yang lainnya . Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang baik, yang datang kepada negeri mereka istimewa ahlil Hijaz dan jika tiada dibahaskan mereka itu dengan syukur sekalipun dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya dan tiada ada pada menghilangkan air muka dengan meminta . Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya .  

Dan kemukaan ini lain daripada wajaahah yang pada bahasa ‘Arab kerana makna wajaahah itu al hazhu wal ratbah dan iaitu bukannya kemukaan yang pada bahasa Melayu, maka tertolaklah dengan demikian itu i’tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan muruuah dengan kemukaan, maka ia berkata ia kemukaan itu terjemah wajaahah yang pada bahasa ‘Arab .           

( Adapun ) Tafsir hamba akan muruuah dengan kemanusiaan, ertinya keadaan seseorang itu manusia yang sempurna, maka iaitu terlebih nyata kerana syaan manusia yang sempurna itu bahawa bershifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna muruuah itu . Wallaahu a’lam .

Dan ketiadaan sejahtera daripada tiap-tiap barang yang meliarkan dan tiap-tiap yang mencederakan hikmah dibangkitkan mereka itu iaitu menunaikan segala Syara’ Allah Ta‘ala dan menerima ummat akan dia daripada mereka itu seperti makan pada jalan dan cedera ‘aqal dan kekurangan nasab dan kempuh dan takabbur dan buta dan sopak dan penyakit pecah belah .

( Dan dalil ) Harus bershifat mereka itu dengan shifat manusia yang tiada mengurangkan kadar mereka itu, maka dilihatkan dia ada pada mereka itu ‘alaihish shalaatu was salaam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan