Jumaat, 24 Jun 2011

‘Aqabah Taubat ( Kitab Minhajul ‘Abidin ) siri 1


Bermula ‘aqabah yang kedua dan iaitu ‘aqabah al-Taubah .

Kemudian wajib atasmu hai orang yang menuntut ‘ibadah, telah memberi taufiq Allah Ta‘ala akan kami dan akan kamu dengan taubat . Dan kerana yang demikian itu dua perkara :

Pertama :

Supaya hasil bagimu taufiq bagi tha‘at . Maka bahawasanya celaka dosa itu mempusakai hirmaan, yakni menegah tha‘at dan mengiringi khidzlaan, tiada kuasa mengerjakan dia . Dan bahawasanya tambatan dosa menegahkan daripada berjalan kepada tha‘at bagi Allah dan bersegera kepada khidmat akan dia . Dan bahawasanya berat dosa itu menegahkan ringan di dalam kebajikan dan rajin kepada tha‘at .

Dan bahawasanya yang mengekalkan atas dosa itu setengah daripada barang yang menghitam hati . Maka di dapatnya akan dia di dalam kelam dan keras hati, tiada iklas dan jernih dan tiada lazat dan tiada manis dan tiada dikasihan akan dia Allah Ta‘ala . Maka menghela taulannya kepada kufur dan celaka . Maka hai ‘ujub, betapa diberi taufiq bagi tha‘at orang yang di dalam kelam dan keras hati dan betapa menyeru ia kepada kebajikan dan khidmat orang yang iaitu mengekalkan atas ma’shiat dan benci dan betapa menghampirkan bagi munajat bagi orang yang berlumur dengan luat-luat dan najis . Maka tersebut di dalam hadith daripada Shadiq al Mashduq Rasulullaah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya bersabda :

    ﻓﻴﻪ   ﻤﻥ  ﻴﺨﺭﺝ   ﻤﺎ  ﻧﺘﻥ   ﻋﻟﻰ  ﺍﻟﻤﻜﺎﻥ  ﺘﻧﺢّ  ﺍﻟﻌﺑﺪ   ﻜﺫﺏ  ﺇﺫﺍ     ﴿

‘ Apabila berdusta hamba, pergilah dua Malaikat daripada hamba itu

daripada busuk barang yang keluar dari mulutnya ’ .

Maka betapa patut lidah ini menyebut dzikrullah, maka sebenar-benarnya tiada hampir didapat orang yang mengekali atas ‘ishyaan itu taufiq dan tiada ringan segala anggotanya bagi ‘ibadat . Dan jika didapatnya setengah ketika, maka kekeruhan tiada manusia serta dan tiada jernih . Dan yang demikian itu dengan sebab kelam dosanya dan meninggalkan taubat . Dan sunguhnya telah benar orang yang berkata apabila tiada kuasa berdiri malam dan puasa siang hari, maka bahawasanya ketahui olehmu engkau itu tertambat, sanya telah menambatkan dikau oleh dosa engkau, maka inilah .

Dan kedua daripada dua perkara itu :

Sungguhnya melazimkan taubat supaya diterima daripadamu ‘ibadatmu, maka bahawasanya empunya hutang, tiada diterima akan hadiahnya . Dan yang demikian itu bahawasanya taubat daripada ma‘aashi dan redha akan empunya khushum, ya’ni lawanmu itu lazim dan kebanyakkan ‘ibadat yang engkau menyahajakan dia itu sunat . Maka betapa diterima olehmu tabarra’mu, ya’ni amal yang sunat dan hutang atas tunai tiada engkau bayar akan dia atau betapa engkau tinggal keadaannya yang halal dan yang mubah dan engkau mengekali mengerjakan atas yang ditegas dan haram dan betapa engkau munajat dan engkau menyeru dan memuji atasnya dan iaitu atasnya marah . Maka inilah zahir kelakuan orang yang ‘ashi yang mengekali atas ma’shiat .

Bermula Allah Ta‘ala tempat kami minta tolong, maka jika engkau kata : Maka apa makna taubat nashuha dan hadnya dan yang sayugianya bagi hamba bahawa ia mengerjakan hingga keluar ia daripada dosa sekaliannya ? Maka kami berkata : Adapun taubat, maka bahawasanya perjalanan dari perjalanan hati dan iaitu kata ‘Ulama΄ : dilepaskan hati daripada segala dosa, ya’ni tiada melepaskan pada hati hendak mengerjakan dosa .

Kata Mu‘allif Radhiyallaahu ‘anhu, kata Syeikh kami iaitu Iman al Haramain : Pada had taubat bahawasanya ia meninggalkan dengan ikhtiar akan dosa yang seumpamanya daripadanya pada manzilahnya, ya’ni tempatnya tiada pada rupanya kerana membesar bagi Allah dan memeliharakan daripada murkaNya, maka baginya tiba-tiba empat syaratnya :

Pertama : Meninggalkan akan dosa itu dengan ikhtiarnya dan iaitu bahawa ditetapkan hatinya dan disucikan dia pada citanya atas bahawa tiada ia hendak kembali kepada dosa itu sekali-kali . Adapun jika meninggalkan dosa dan citanya atas bahawa terkadang ia kembali kepadanya dan tiada ia memutuskan atas yang demikian itu, tetapi barang kali kembali bahawasanya terkadang jatuh baginya kembali pula, maka bahawasanya ia menengah daripada dosanya, maka tiada sah taubat daripadanya, ya’ni tiada dinamakan orang taubat .

Kedua : Bahawa taubat daripada dosanya telah terdahulu daripadanya umpamanya kerana jikalau tiada mendahulu daripadanya umpamanya sekali-kali, nescaya adalah orang memeliharakan bukan dinamakan orang taaib .

Tiadakah engkau lihat bahawasanya sah dikatakan bahawasanya Nabi ‘alaihissalam adalah ia muttaqiy, ya’ni memeliharakan daripada kufur dan tiada sah dikatakan bahawasanya adalah ia taaib daripada kufur, kerana tiada mendahulu daripadanya ‘alaihish shalaatu was salam kufur sekaliannya . Dan bahawasanya ‘Umar bin al Khaththtab Radhiyallaahu ‘anhu adalah ia taaib daripada kufur kerana bahawasanya telah mendahulu daripadanya yang demikian itu .

Dan ketiga : Bahawasanya dosa yang dahulu ada ia seumpama barang yang ia meninggalkan dengan ikhtiarnya pada manzilahnya, ya’ni pada darjatnya dan pada tempatnya, tiada pada rupanya .

Tiadakah engkau lihat bahawasanya syeikh tua yang lemah yang telah mendahulu daripadanya zina dan memutuskan jalan apabila berkehendak bahawa taubat daripada yang demikian itu dapat akan dia taubat, tiada mustahil atasnya kerana belum lagi tertutup daripadanya pintu taubat . Tiada dapat ia meninggalkan dengan kehendaknya akan zina dan memutuskan jalan kerana ia tiada kuasa sekarang atas mengerjakan yang demikian itu . Maka tiada kuasa atas meninggalkan dengan ikhtiarnya, maka tiada patut dishifatkan dia dengan bahawasanya yang meninggalkan baginya dan yang menegahkan dia daripadanya kerana ia lemah dan tiada kuasa lagi, tetapi ia kuasa atas barang yang iaitu seumpamanya zina dan memutuskan jalan pada tempatnya dan darjatnya seperti menuduh orang akan zina dan dusta dan mengumpat dan mengadu-ngadu kerana sekelian itu ma‘aashi .

Dan jika ada ia berlebih kurang pada dosanya pada hak adami pada tiap-tiap satu dengan kadarnya tetapi sekeliannya ini ma‘aashi yang furu‘iyyah, ya’ni bukan asal dan menepati satu jua dan iaitu di bawah ma’shiat bid‘ah dan bid‘ah itu di bawah ma’shiat kufur . Maka kerana yang demikian itulah sah daripadanya taubat daripada zina dan memutuskan jalan dan sekelian barang yang telah terdahulu daripada segala dosanya yang iaitu ia sudah lemah daripada umpamanya pada harinya dan pada ketikanya pada rupanya .

Dan keempat : Bahawa ada ia meninggalkan dosanya sekehendaknya dengan ikhtiarnya kerana membesarkan bagi Allah ‘Azza wa Jalla dan kerana memeliharakan daripada murkaNya dan pada siksaNya semata-mata bukan kerana takut bagi dunianya atau kerana takut gugur daripada manusia atau dituntut dipuji atau berkehendak sebutan pada orang banyak atau dhaif pada dirinya atau papa atau yang lain daripada yang demikian itu .

Maka inilah syarat taubat dan rukunnya, maka apabila hasillah dan sempurnalah baginya, maka iaitulah taubat sebenarnya lagi shadiq ia pada taubatnya . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan