Isnin, 11 Julai 2011

Azab Dan Nikmat Kubur ( 'Aqiidatun Najiin )

Azab Kubur Dan Nikmat Kubur

Dan wajib kita percaya akan azab kubur dan yang kena azab itu badan dan roh sekeliannya dengan ittifaq Ahli al Haq . Itulah yang mu’tamad . Dan adalah azab itu bagi kafir dan munaafiq dan bagi orang yang derhaka daripada segala Mu΄min . Dan kekal azab itu atas kafir dan munaafiq dan putus ia daripada setengah orang yang derhaka daripada orang yang Mu΄min dan iaitu orang yang ringan dosa mereka itu daripada orang yang derhaka . Maka bahawasanya diazabkan mereka itu dengan sekira-kira dosanya dan terkadang diangkatkan azab daripada mereka itu dengan sebab doa atau sedeqah apabila diqashad pahalanya baginya atau lain daripada yang demikian itu seperti qiraah seperti barang yang berkata akan dia oleh Ibnul Qayyim : Bermula tiap-tiap orang yang adalah ia tiada ditanya akan dia di dalam kuburnya, tiada disiksa akan dia di dalam kubur pula .

Dan setengah daripada azab kubur itu barang yang diriwayat daripada Abi Sa‘id al Khudri Radhiyallaahu ‘anhu berkata ia : Aku dengar akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda ia :

٬  ﺘﻧّﻴﻧﺎ   ﺘﺴﻌﻴﻦ     ﺘﺴﻌﺔ   ﻗﺑﺭﻩ   ﻓﻲ   ﺍﻟﻜﺎﻓﺭ   ﻋﻟﻰ   ﭐﷲ   ﻴﺴﻟّ

ﻧﻔﺦ   ﺘﻧّﻴﻧﺎ   ّ ﺃﻥ   ﻟﻮ   ﺍﻟﺴّﺎﻋﻪ   ﺘﻘﻮﻡ   ﺤﺘّ   ﺘﻟﺪﻏﻪ     ﺘﻧﻬﺸﻪ

ﺧﺿﺭﺍﺀ    ﺃﻧﺑﺗﺖ   ﻤﺎ    ﺍﻷﺭﺽ    ﻋﻟﻰ

Ertinya : ‘ Mengerasi Allah Ta‘ala atas kafir di dalam kubur itu akan sembilan puluh sembilan ular yang besar-besar mengigit ia akan dia dan mengetik { mematuk } ia dengan bisanya akan dia hingga hari Qiyaamah . Jikalau bahawa satu ular daripadanya meniup ia atas bumi ini, nescaya tiada tambah suatu yang hijau ’ .

Dan setengah daripada azab kubur itu pula himpit kubur . Dan datang warid daripada hadits bahawasa bumi itu menghimpit ia akan dia hingga berselisih tulang rusuknya . Dan tiada lepas daripadanya oleh seorang dan jikalau kecil sekalipun, sama ada ia shaleh atau thaleh dan thaleh itu lawan shaleh melainkan Anbiya΄ dan melainkan Siti Fatimah binti Asad dan melainkan orang yang membaca shurah Al Ikhlas di dalam sakitnya . Dan jikalau lepas seorang daripadanya, nescaya lepaslah daripadanya Sa‘ad bin Mu‘adz yang gementar ‘Arasy al Rahman kerana matinya .

Dan setengah daripada azab itu sangat picik { sempit } kuburnya dan dibukakan satu pintu daripada beberapa pintu Neraka dan masuk api ke dalam kubur itu pagi dan petang dan lainnya daripada bagai-bagai azab .

Dan datang warid daripada hadits pula bahawa diringankan azab bagi orang yang ‘ashi dan diangkatkan dia pada malam Juma‘at dan pada bulan Ramadhan Dan datang pula warid orang yang mati malam Juma‘at atau harinya diazab akan dia satu saat jua, kemudian diangkatkan dia dan tiada dikembalikan kepadanya hingga hari Qiyaamah .

Nikmat Kubur

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan nikmat kubur dan tiada tertentu ia dengan orang yang Mu΄minin ummat ini dan tiada tertentu ia dengan mukallaf . Dan setengah daripada nikmatnya itu diluaskan kuburnya tujuh puluh hasta lintangnya dan demikian lagi panjangnya .

Dan setengah daripadanya pula, dibuka satu pintu pada kubur itu daripada Syurga, maka masuk nikmat Syurga ke dalam kuburnya dan dipenuhkan dengan selasih dan dijadikan pada kuburnya itu satu kebun daripada beberapa kebun Syurga dan dijadikan qandil padanya, maka menerangkan bagi kuburnya itu seperti bulan purnama empat belas hari .

Dan sungguhnya datang warid bahawa Allah Ta‘ala mewahyu kepada Nabi Musa :

Belajar olehmu akan kebajikan dan mengajar olehmu akan dia akan manusia, maka bahawa Aku menerangkan bagi orang yang mengajarkan ‘ilmu dan orang yang belajarnya akan kubur mereka itu hingga tiada liar dan takut oleh mereka itu bagi tempat mereka itu ” .

Dan cerita daripada Umar hadits marfu’ : Barang siapa menerang di dalam segala masaajid Allah, ya’ni memasang pelita, nescaya diterangkan oleh Allah baginya di dalam kuburnya . Dan tiap-tiap daripada ini ditanggungkan atas hakikatnya pada ‘Ulama΄ .  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan