Setiap Hamba Mengambil Shahifahnya Masing-Masing
Dan lagi, wajib kita i’tiqadkan mengambil oleh segala hamba akan shuhuf, erti segala suratan amalnya . Dan sungguhnya telah datang warid bahawa angin menerbangkan ia akan dia daripada khazanah di bawah ‘Arasy, maka tiada tersalah segala shuhuf itu akan tengkuk tuannya . Dan sungguhnya telah datang pula bahawasa tiap-tiap seorang mendakwa ia, maka diberikan dia akan suratnya, maka hasil berlawanan antara dua riwayat itu . Dan dihimpunkan antara keduanya dengan bahawasa angin menerbangkan dia dahulu daripada khazanah, maka bergantung tiap-tiap shahifah dengan tengkuk empunyanya .
Kemudian menyeru oleh Malaikat akan mereka itu, maka mengambil ia akan dia bagi mereka itu pada tangan mereka itu . Maka bermula orang yang Mu΄min yang tha‘at, mengambil ia akan kitabnya dengan tangan kanannya . Dan kafir mengambil ia akan dia dengan tangan kirinya daripada pihak belakangnya . Dan adapun Mu΄min yang fasiq, maka telah menjazam oleh Mawardi dengan bahawasanya mengambil ia dengan tangan kanannya . Telah berkata ia dan iaitu yang masyhur . Dan pada kalam setengah mereka itu bahawasa di sana satu qaul dengan bahawasa mengambil ia dengan tangan kirinya . Dan bersalahan ‘Ulama΄, maka kata qiil : Mengambil ia akan dia dahulu daripada masuk Neraka . Dan kata qiil : Kemudian daripada keluarnya daripada Neraka .

Bermula awal-awal orang yang diberi akan dia surat dengan tangan kanan itu Saiyyidina ‘Umar al Khaththab Radhiyallaahu ‘anhu dan kemudian daripada Saiyyidina ‘Umar itu, Abu Salamah Abdullah bin Abdu al Asad . Dan awal orang yang mengambil ia akan dia dengan tangan kirinya itu saudaranya al Aswad bin Abdu al Asad kerana bahawasanya ia awal-awal orang yang mubadarah akan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dengan berperang pada hari Badar .
Dan sungguhnya diriwayatkan bahawasanya menghulur ia akan tangannya supaya mengambil ia akan dia dengan tangan kanannya, maka menghela akan dia oleh seorang Malaikat, maka menjabat ia akan tangannya, maka mengambil ia akan dia dengan tangan kirinya daripada pihak belakangnya .
Maka dibaca oleh tiap-tiap seorang itu akan suratannya atau diberi ilham kepadanya, diketahuinya akan barang yang di dalamnya daripada kebajikan dan kejahatan, maka orang yang mengambil dengan tangan kanan itu isi Syurga, maka dihisab akan dia akan sebagai hisab yang sedikit . Dan yang mengambil dengan tangan kiri itu isi Neraka, kekal selama-lamanya, maka dihisab akan dia sebagai hisab yang sangat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan