Munkar Dan Nakir
Dan wajib kita i’tiqadkan soal Munkar dan Nakir akan segala mayat, sama ada ia Mu΄min atau kafir atau munaafiq . Dan hanyasanya dinamakan ini dua Malaikat dengan Munkar dan Nakir kerana datang keduanya akan mayat itu dengan rupa Munkar tiada pernah dilihat sekali-kali segala makhluq seumpama keduanya . Maka bahawasanya shifat keduanya seperti barang yang tersebut di dalam hadits bahawasa keduanya hitam, lagi biru keduanya . Mata keduanya seperti periuk tembaga . Dan pada suatu riwayat seperti kilat yang menyambar . Dan suara keduanya seperti guruh . Apabila berkata-kata keduanya akan mayat yang derhaka, keluar daripada mulut keduanya seperti api . Di dalam tangan tiap-tiap seorang daripada keduanya pemukul daripada besi, jikalau dipukul dengan dia akan segala bukit, nescaya hancur ia .Dan pada suatu riwayat di dalam tangan salah seorang daripada keduanya tongkat, jikalau berhimpun ahli Mina atasnya, nescaya tiada kuasa oleh mereka itu mengangkatkan dia .
Bermula kedua Malaikat itu bertanya bagi segala Mu΄min yang tha‘at dan yang ‘ashi atas qaul yang shahih tetapi berlemah-lembut keduanya dengan Mu΄min dan berkata keduanya baginya, apabila betul jawabnya, tidur olehmu akan sebagai tidur pengantin . Dan menjerkah keduanya akan munaafiq dan kafir .
Dan kata qiil : Bermula Mu΄min yang diberi taufiq baginya Mubasysyir dan Basyir . Dan adapun kafir dan Mu΄min yang ‘ashi, maka bagi keduanya Munkar dan Nakir . Kata qiil : Dan serta keduanya seorang Malaikat yang lain dikatakan baginya Nakur . Dan bermula barang yang dikatakan orang daripada bahawasanya datang dahulu daripada keduanya seorang Malaikat dikatakan baginya Ruman, maka haditsnya maudhu’ . Dan kata qiil : Padanya ﻟﻴّﻥ ya’ni dhaif
Dan adalah soal itu kemudian daripada tamam tanamnya pada ketika berpaling manusia . Dan tersebut di dalam hadits bahawasanya mendengar oleh mayat akan suara kertak kaus orang yang berjalan pada sisi kubur itu . Maka dikembalikan Allah Ta‘ala akan roh mayat itu kepada sekelian badannya seperti barang yang telah menjalankan kepadanya oleh jumhur dan iaitu yang zhahir pada beberapa hadits .
Dan kata Syeikh Ibnu Hajar : Dikembalikan roh itu kepada setengah badannya yang sebelah atas jua, tiada ternafi diithlaq nama mayat atasnya kerana hidupnya pada ketika itu, tiada hidup yang sempurna tetapi pekerjaan mutawassith antara mati dan hidup seperti tawassuth tidur antara keduanya . Dan dikembalikan kepadanya daripada pancaindera dan ‘aqal dan ‘ilmu barang yang terhenti atasnya faham khithab dan dapat sertanya mengembalikan jawab hingga ditanya akan dia .
Dan ahwal segala orang yang ditanyakan itu bersalah-salahan . Maka setengah daripada mereka itu orang yang ditanya akan dia oleh dua Malaikat itu tiap-tiap daripada keduanya kerana bersangatan atasnya. Dan setengah mereka itu ditanya akan dia oleh salah seorang daripada keduanya kerana takhfif atasnya . Dan adalah salah seorang daripada keduanya di bawah kakinya dan seorang lagi pada kepalanya dan ditanyakan satu kali jua .
Dan pada hadits Asma΄ bahawasanya ditanyakan dia tiga kali, dua . Daripada Jalal bahawasa orang yang Mu΄min diulang-ulangkan tanya hingga tujuh hari dan segala kafir diulang-ulangkan tanya hingga empat puluh hari . Dan bertanya keduanya akan tiap-tiap seorang dengan lughahnya atas qaul yang shahih, khilaf bagi orang yang berkata dengan bahasa Suryani . Dan ditanyakan mayat dan jikalau bercerai-cerai segala anggotanya sekalipun dan jikalau adalah mayat itu di dalam perut binatang sekalipun kerana tiada jauh . Bahawasanya Allah Ta‘ala mengembalikan baginya roh pada segala anggotanya yang ada dahulunya .
Dan apabila mati beberapa jema‘ah di dalam satu waktu pada beberapa negeri yang berjauh-jauhan, ditanyakan sekeliannya di dalam satu waktu itu jua . Telah berkata Al Qurthubi : Telah bersalah-salahan beberapa hadits pada kaifiat soal dan jawab . Maka setengah daripada mereka itu orang yang ditanyakan daripada setengah i’tiqadnya dan setengah mereka itu orang yang ditanyakan daripada sekeliannya dan ditanyakan daripada syahadah dan ditanya daripada iman dengan Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan pekerjaan tauhid . Maka menjawab ia dengan barang yang muwaafaqat barang yang mati ia atasnya daripada iman dan kufur atau syak .
Dan telah datang warid dengan tiada ditanyakan Anbiya΄ . Dan kata setengah : Tiada ditanyakan orang yang shiddiqin dan segala orang yang mati syahid ma’rakah dan orang yang muraabithin, ya’ni orang yang menunggu pada tempat yang ditakuti seperti tempat antara Muslimin dengan harbiyyin { kafir harbi } dan orang yang melazimkan bagi membaca :
﴾ ١ ﴿ ﻗﺪﻴﺭ ﺷﻰﺀ ﻜﻞّ ﻋﻟﻰٰ ﻫﻮ ﻮ ﭐﻟﻤﻟﻚ ﺑﻴﺩﻩ ﭐﻟﺬﻯ ﺗﺑٰﺭﻚ
Pada tiap-tiap malam daripada ketika sampai khabar bagi mereka itu, sama ada membaca akan dia pada ketika hendak tidur atau dahulu daripadanya . Dan seperti demikian itu shurah Sajdah .
Dan demikian lagi orang yang membaca :
﴾ ١ ﴿ ﺃﺤﺩ ﭐﷲ ﻫﻭ ﻗﻞ
Di dalam sakit matinya dan orang yang mati sakit perut dan orang yang mati kena penyakit taun atau orang yang mati dengan lainnya di dalam zaman taun, padahal sabar ia lagi mengira-girakan pahalanya dan orang yang mati malam Juma‘at atau harinya . Dan lain daripada yang tersebut itu, ada lagi yang tiada ditanya . Inilah pada mukallaf atau orang yang tiada mukallaf seperti mati di dalam kanak-kanak atau mati dalam gila pada waktu awal gila itu di dalam masa kanak-kanak, kekal gilanya hingga mati, maka tiada ditanya keduanya itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan