Bab yang pertama pada menyatakan ( ﺍﻠﻄﻌﺎﻡ ﺷﺭﻩ ) sangat loba atas makanan
Adalah sangat loba atas makanan itu setengah daripada asal segala kejahatan kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan kerana daripadanya terjadi keinginan faraj . Kemudian apabila mengerasi oleh keinginan makanan dan keinginan jima’, nescaya terjadi daripadanya sangat loba kepada harta kerana tiada dapat menunaikan dua keinginan itu melainkan dengan harta .
Dan terjadi daripada ingin kepada harta itu, ingin kepada kemegahan kerana sukar mengusahai akan harta itu melainkan dengan kemegahan . Kemudian apabila menuntut ia harta dan kemegahan dan mendapat ia akan keduanya, nescaya berhimpun padanya oleh beberapa banyak daripada kebinasaan seperti riya΄ dan takabbur dan dengki dan berseteru dan lain daripadanya, dan tempat keluar semuanya itu, perut . Maka kerana itu membesarkan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan pekerjaan lapar . Maka bersabda ia :
ﻭﺍﻠﻌﻄﺶ ﺍﻠﺠﻭﻉ ﻤﻥ ﺗﻌﻠﻰ ﭐﷲ ﺍﻠﻰ ﺍﺤﺏّ ﻋﻤﻞ ﻤﻥ ﻤﺎ
Ertinya : ‘ Tiada ada pekerjaan yang lebih kasih kepada Allah Ta‘ala daripada lapar dan dahaga ’ .
Dan bersabda ia :
ﺍﻠﺠﻭﻉ ﺍﻷﻋﻤﺎﻞ ﺴﻴّﺪ
Ertinya : ‘ Penghulu segala pekerjaan itu lapar ’ .
( Telah berkata Al ‘Iraqi bahawa ia tidak mendapati bagi hadith ini asalnya ) .
Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
ﺍﻠﻌﺑﺎﺪﺓ ﻫﻰ ﺍﻠﻄّﻌﺎﻡ ﻭﻗﻠّﺔ ﺍﻠﻌﺑﺎﺪ ﻧﺼﻑ ﺍﻠﻔﻜﺭ
Ertinya : ‘ Berfikir itu setengah ibadat dan sedikit makan itu ia satu ibadat ’ .
Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
ﻮﺍﺑﻐﺿﻜﻢ ﻭﺘﻔﻜّﺭﺍ ﺠﻮﻋﺎ ﺍﻄﻮﻠﻜﻢ ﺗﻌﻠﻰ ﭐﷲ ﻋﻧﺪ ﺍﻓﺿﻠﻜﻢ
ﻨﺆﻮﻡ ﺷﺭﻮﺏ ﺍﻜﻮﻞ ﻜﻞّ ﺗﻌﻠﻰ ﭐﷲ ﺍﻠﻰ
Ertinya : ‘ Yang lebih afdhal daripada kamu pada sisi Allah Ta‘ala yang lebih lama kamu lapar dan berfikir dan yang lebih dibenci daripada kamu kepada Allah Ta‘ala tiap-tiap yang banyak makan, banyak minum, banyak tidur ’ .
Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
ﺤﺴﺏ ﺑﻄﻧﻪ ﻤﻦ ﺸﺭّﺍ ﻮﻋﺎﺀ ﺁﺪﻡ ﺍﺑﻦ ﻤﻸ ﻤﺎ
ﺻﻟﺑﻪ ﻴﻘﻤﻦ ﻟﻘﻴﻤﺎﺖ ﺁﺪﻡ ﺍﺑﻦ
Ertinya : ‘ Tiada memenuhkan manusia akan bejana yang lebih jahat daripada perutnya, memada akan manusia oleh beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya ’ .
Menyebut akan segala hadith ini Al Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ar Arba‘in fii Usuliddin .
Dan ketahui olehmu bahawasanya bagi lapar itu beberapa faedah :
1. Setengah daripadanya nipis hati hingga mendapat ia akan sedap mengerjakan ‘ibadat .
2. Dan setengah daripadanya cerdik hati kerana kenyang itu menyebabkan bodoh .
3. Dan setengah daripadanya memecahkan keinginan mengerjakan maksiat dan mengerasi atas nafsu yang sangat menyuruh dengan kejahatan .
4. Dan setengah daripadanya ringan tubuh bagi sembahyang tahajjud dan mengerjakan ‘ibadat dan hilang mengantuk yang menegah ia daripada ‘ibadat .
5. Dan setengah daripadanya memada dengan sedikit harta dunia .
Adapun kenyang itu, maka ada padanya beberapa kebinasaan :
1. Ketiadaan sedap mengerjakan ‘ibadat .
2. Menambah keinginan nafsu .
3. Ketiadaan kasihan akan yang miskin, kerana apabila ia kenyang, nescaya menyangka ia akan sekalian manusia semuanya kenyang . Bersalahan lapar . Maka ia sebab bagi kasihan belas akan orang miskin . Dan inilah setengah daripada hikmah wajib puasa .
4. Lemah daripada mengingat akan ‘ilmu yang memberi manfaat .
5. Bahawasanya orang yang sempurna imam itu pergi datang ia kepada masjid, dan orang yang banyak kenyang itu, lagi datang kepada jamban .
Maka jika engkau berkata : Sesungguhnya telah jadi kenyang itu ‘adat bagiku, maka betapa aku meninggalkan dia ? Maka dijawab bahawasanya yang demikian itu mudah atas mereka yang menghendaki akan dia dengan diansur-ansur, dan iaitu bahawa mengurangi engkau pada tiap-tiap hari daripada mengurangi engkau pada tiap-tiap hari daripada makanan engkau yang biasa kadar sesuap hingga mengurangi engkau akan sepinggan di dalam sebulan . Maka tiada nyata bekas mengurangkan itu pada diri engkau dan jadilah menyedikitkan itu ‘adat engkau :
Dan ketahui olehmu bahawasanya menyedikitkan makan itu tiga pangkat :
1. Pangkat As Siddiqin, iaitu menyimpan atas kadar memelihara badannya daripada binasa, dan iaitu kadar ditakuti dengan sebab kurang daripadanya akan binasa ‘aqal atau menyebabkan mati .
2. Bahawa terpada ia dengan setengah cupak tiap-tiap hari, dan iaitu memenuhi sepertiga perut . Dan atas yang demikian itu memperbuat oleh Saiyidina Umar Radhiyallaahu ‘anhu dan jama‘ah daripada Shahabat kerana adalah makanan mereka itu segantang sya‘ir pada tiap-tiap tujuh hari .
3. Bahawa memadakan secupak tiap-tiap hari . Dan apabila melebihi akan yang demikian itu, maka ia bersekutu akan orang kebanyakan, dan masuk di dalam membanyakkan makan .
Adapun menyedikitkan makan dengan ditilik kepada masa, maka iaitu tiga pangkat juga :
1. Yang lebih tinggi bahawa lapar ia tiga hari atau lebih, ertinya tiap-tiap hari atau lebih sekali makan . Maka sesungguhnya adalah Saiyidina Abu Bakar Radhiyallaahu ‘anhu lapar ia enam hari .
2. Dan adapun yang pertengahannya, bahawa makan ia pada tiap-tiap dua hari .
3. Dan yang lebih rendah, bahawa makan ia tiap-tiap hari sekali .
Adapun mereka yang makan dua kali pada tiap-tiap hari, maka tiada ada baginya kelakuan lapar sama sekali . Dan adalah ia meninggalkan kelebihan lapar .
Wallaahu a’lam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan