Jumaat, 8 Julai 2011

Kitab ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 28 )


Mukhaalafatuhu Ta‘ala Lil Hawaadits

Dan kata mushannif :

  ﻠﻠﺤﻭﺍﺪﺙ    ﺘﻌﺎﻠﻰ    ﻤﺨﺎﻠﻔﺘﻪ   ﴿

Ertinya : Yang keempat daripada shifat yang wajib bagi Allah Ta‘ala itu mukhaalafatuhu lil hawaadits .

Ertinya : Bersalahan Allah Ta‘ala bagi segala yang baharu, ertinya tiada bersamaan Allah Ta‘ala bagi segala yang baharu . Mak diketahui daripada yang demikian itu menafikan jirim dan ‘aradh dan kulliyat dan juz‘iyyat dan segala yang lazim bagi segala perkara itu .

Dan yang lazim bagi jirim empat perkara :

Pertama : Baharu .

Dan kedua : Bersusun .

Dan ketiga : Mengambil lapang .

Dan keempat : Menerima bagi ‘aradh .

Dan yang lazim bagi ‘aradh itu empat perkara pula :

Pertama : Ketiadaan berdiri dengan sendirinya .

Dan kedua : Wajib berdiri ia dengan sendirinya .

Dan ketiga : Baharu .

Dan keempat : Tiada kekal pada zaman yang kedua .

Dan yang lazim bagi kulliyat itu besar dan yang lazim bagi juz‘iyyat itu kecil dan lain daripada yang demikian itu hasil, ya’ni mukhaalafah itu umum pada dzatNya dan pada shifatNya dan pada af‘alNya . Maka tiada menyamai akan Allah Ta‘ala itu oleh sesuatu, tiada menyamai pada dzatNya dan tiada menyamai pada shifatNya dan tiada menyamai pada perbuatanNya, ertinya tiada dzat suatu itu seperti dzat Allah Ta‘ala kerana dzat Allah Ta‘ala itu bukan daripada jenis nur dan bukan zhulmah dan tiada jenis langit dan tiada jenis bumi dan tiada barang yang di dalamnya keduanya .

Dan tiada shifat suatu seperti shifat Allah kerana shifat Allah itu qadim lagi baqa΄ lagi ‘am ta‘alluqnya dengan barang yang dita‘alluq ia dengan dia dan shifat kita itu sungguhnya ta‘alluq ia pada setengah perkara jua, tiada pada setengah yang lain seperti sama’ Allah Ta‘ala, ta‘alluq ia bagi segala maujud dan sama’ kita, ta‘alluq pada setengah jua .

Dan tiada pula af ‘al suatu itu seperti af ‘al Allah kerana af ‘al makhluq itu tiada dapat memberi bekas, hanya iktisaab jua, ya’ni qashad jua . Dan af ‘al Allah Ta‘ala, af ‘al yang diadakan lagi menjadikan ia akan sesuatu, tiada dengan alat dan pegawai . Dan Allah Ta‘ala firmanNya :

  ﻓﻴﻜﻭﻥ   ﻜﻥ  ٫ ﻟﻪ   ﻴﻘﻭﻝ   ﺃﻥ   ﺸﻴﺋﺎ   ﺃﺭﺍﺪ   ﺇﺫﺁ  ٫ ﺃﻤﺭﻩ   ﺇﻧّﻤﺂ  ﴿

Ertinya : “ Sungguhnya pekerjaan Allah itu apabila berkehendak Ia akan suatu bahawa berfirman Ia : Jadi, maka jadilah seperti kehendakNya ” .
( Shurah Yasin : Ayat 82 )
    
Bersalahan perbuatan makhluq berkehendak kepada pegawai { alat }, maka tiada dapat menyurat dengan tiada qalam seperti tiada dapat mengerat dengan tiada gergaji atau kapak . Dan lagi pula apabila kasih Ia akan seseorang hambaNya, dibala΄Nya akan dia . Dan kita apabila kasih kita akan seseorang kita beri berbagai-bagai nikmat yang dapat lazat dengan dia .

Kata Ishaq bin Rawaih : Dan barang siapa menshifatkan Allah Ta‘ala, maka diserupakan shifatNya itu dengan shifat seseorang daripada makhluq Allah, maka iaitu kafir dengan Allah Yang Amat Besar .

Kata Nu‘aim anak Hammad : Barang siapa menyerupakan Allah, ya’ni dii’tiqadkan bersamaan Allah dengan sesuatu daripada makhluq ini, maka sanya kufur ia . Dan barang siapa ingkar ia akan barang yang menshifatkan Allah dengan dia akan diriNya, maka sanya kufur ia .

Dan kata Abu Ishaq Isfirayini : Telah ijma’ ahli al Haq atas bahawasa sekelian barang yang dikata orang pada ‘ilmu tauhid itu terhimpun di dalam dua kalimah ini, salah suatu daripada keduanya, i’tiqad kita bahawasa tiap-tiap barang yang terupa pada sangka-sangka kita daripada menyerupa daripada segala yang baharu ini, maka Allah itu bersalahan Ia akan dia kerana bahawasa yang ia dapat rupakan pada waham itu makhluq bagi Allah, maka bermula Allah Ta‘ala itu yang menjadikan akan dia . Dan kedua, i’tiqad kita bahawasa dzat Allah Ta‘ala itu tiada menyerupa dengan suatu daripada makhluq dan tiada sunyi Ia daripada bershifat dengan segala shifat kamalat .

Telah berkata Ja’far al Shadiq Rahimahullaahu Ta‘ala : Bershahabat aku empat ratus orang sufi dan aku tanya akan mereka itu daripada empat masalah, maka tiada seorang pun menjawab akan daku, maka dukacitalah aku kerana yang demikian itu . Maka aku melihat akan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada mimpiku, maka bertanya ia akan halku, maka aku khabarkan akan dia dengan demikian itu, maka sabdanya :

Tanyakan olehmu akan daku akan masalahmu itu ’ . 

Maka berkata aku baginya : Apa hakikat tauhid dan apa had ‘aqal, ya’ni ta‘arif ‘aqal dan apa had tashawwuf  dan apa hakikat faqir ?

Maka sabdanya : ‘ Adapun hakikat tauhid itu, maka iaitu barang yang terlintas dengan hatimu, maka iaitu binasa, ya’ni baharu yang fana΄ ia. Bermula Allah Subhaanahu wa Ta‘ala bersalahan bagi yang demikian itu kerana tiada dapat menyamai segala yang baharu itu akan Dia . Dan adapun had ‘aqal itu, maka sekurang-kurangnya meninggalkan dunia dan yang di atasnya, meninggalkan berfikir pada dzat Allah ‘Azza wa Jalla, kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﭐﷲ    ﺫﺍﺕ     ﻓﻰ     ﺘﻔﻜّﺭﻭﺍ          ﭐﷲ    ﻧﻌﻤﺔ    ﻓﻰ    ﺘﻔﻜّّﺭﻭﺍ   ﴿

Ertinya : ‘ Fikir olehmu pada nikmat Allah dan jangan kamu fikir pada dzat Allah Ta‘ala ’ .

Dan adapun had tashawwuf itu, maka iaitu meninggalkan dakwa, ertinya jangan dibangsakan sesuatu kepada makhluq dan menyembunyikan ma‘ani, ya’ni segala rahsia .      

Dan adapun hakikat faqir itu, maka iaitu bahawa tiada engkau memilik akan suatu dan tiada memilik akan,dikau oleh sesuatu dan redha engkau pada kedua hal itu . Dan erti tiada engkau memilik akan suatu itu, tiada engkau pandang akan barang yang ada pada engkau itu milik engkau, hanya engkau pandang pertaruhan Allah jua, harus bagi Allah mengambil pada waktu yang dikehendak Nya . Dan makna tiada memilik akan dikau oleh suatu itu iaitu tiada cenderung hati engkau kepada suatu, sama ada dunia atau akhirat . Hanya iftiqar engkau semata-mata kepada Allah jua . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan