Sabtu, 1 Oktober 2011

Istighna΄ Dan Iftiqar Terhimpun Di dalam Dua Kalimah Syahadah Faridatul Faraid siri 21


( Dan menghimpunkan ) Segala makna shifat ini semuanya oleh dua kalimah    ﻵ  ﺇلٰه  ﺇلا  ﭐلله   محمد  رسول ﭐللهertinya ; tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah .

Dan (2) kenyataan demikian itu bahawasa kalimah yang pertama iaitu ﻵ  ﺇلٰه  ﺇلا  ﭐلله  memberi faedah akan iqrar dengan menafikan Ketuhanan daripada yang lain daripada Allah Ta‘ala dan mengitsbatkan Dia Subhaanahu wa Ta‘ala .

(2) ( Qauluhu ; Kenyataan demikian itu ) Ertinya, kenyataannya menghimpun dua kalimah ini akan makna segala shifat ini semuanya .  ﺍﻫ 

Dan haqiqat Tuhan itu dengan sebenarnya dan lazimlah bahawasanya Ia Ta‘ala Terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya, maka makna ﻵ  ﺇلٰه  ﺇلا  ﭐلله  itu, tiada yang disembahkan dengan sebenar pada nafsul amr itu melainkan Allah . Dan lazim daripada demikian itu bahawasanya :

ﭐﷲ   ﺇﻻ   ﻋﺪﺍﻩ   ﻤﺎ   ﻛﻞ   ﺇﻟﻴﻪ   ﻤﻔﺘﻘﺭﺍ     ﺴﻭﺍﻩ   ﻤﺎ   ﻛﻞ   ﻋﻦ   ﻤﺴﺘﻐﻨﻴﺎ 

Ertinya : Tiada yang terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan tiada yang berkehendak kepadaNya oleh tiap-tiap barang yang lainnya melainkan Allah .

Dan bermula ini lazim menghimpun ia akan segala ‘aqaaid yang bergantung dengan Tuhan, maka istighna΄Nya Ta‘ala itu, ertinya terkayaNya dari tiap-tiap yang lainnya itu melazimkan wajib wujud Nya dan qidamNya dan baqa΄Nya dan mukhaalafatuhu lil hawaadits dan qiyaamuhu bi nafsih dan wajib sama’ dan bashar dan kalam dan kaunuhu samii‘an dan kaunuhu bashiiran dan kaunuhu mutakalliman atas tsubut shifat ma’nawiyah kerana jika tiada wajib bagiNya segala shifat ini, nescaya berkehendak kepada yang mengadakan atawa kepada dzat atawa kepada yang menolak daripadanya akan kekurangan, maka apabila wajib bagiNya segala shifat ini, nescaya mustahil segala lawannya .

Maka ini dua puluh dua ‘aqidah daripada waajibat dan mustahilat melazim pula akan nafi wajib perbuat sesuatu daripada segala mumkin atawa meninggal perbuatnya . Dan jika tiada, nescaya lazim ketiadaan istighna΄Nya daripada perbuat sesuatu itu atawa meninggal nya, maka ini satu ‘aqidah iaitu ‘aqidah harus, maka jumlah barang yang dilazimkan dia oleh istighna΄ itu dua puluh tiga ‘aqidah .

Dan iftiqar (1) ertinya berkehendak segala yang baharu kepadaNya itu melazimkan hayat dan qudrat dan iradat dan ‘ilmu dan kaunuhu hayyan dan kaunuhu qaadiran dan kaunuhu muriidan dan kaunuhu ‘aaliman atas qaul tsubut shifat ma’nawiyah dan akan wahdaniyah .

(1) ( Qauluhu ; Ertinya berkehendak segala yang baharu kepadanya ) Diketahui daripada ini taqdir bahawasa iftiqar itu shifat makhluq, bukannya shifat Allah Ta‘ala, maka tiada harus bagi seseorang i’tiqadkan iftiqar itu shifat Allah Ta‘ala melainkan serta mulaahazhah { pemerhatian  } muta‘alliqnya dengan kasrah lam { } iaitu kalimah ( kepadanya ) . Dan tiada harus pula mengithlaqkan iftiqar itu shifat Allah Ta‘ala seperti banyak jatuh daripada lidah orang yang Melayu yang mengajar dan yang belajar dan jikalau atas jalan majaz sekalipun kerana memberi wahamkan Ia Subhaanahu wa Ta‘ala yang berkehendak . Dan jika adalah lafaz ( al muftaqiru ) pada kata kita (  ﺴﻮﺍﻩ   ﻤﺎ  ّ  ﻛﻞ   ﺇﻟﻴﻪ   ﭐﻟﻤﻔﺗﻘﺭ   ﭐﷲ  ) itu na‘at sababi { shifat nisbah kepada sebab } pada istilah nahu sekalipun .

Maka telah mengharam oleh ‘Ulama΄ akan barang yang kurang kejinya daripada ini seperti kata seseorang ; Allah Ta‘ala yang menjadikan kera dan merezekikan burung belatuk akan ulat dan ithlaqkan iftiqar pada Allah Ta‘ala ini terlebih keji daripada barang yang tersebut itu . Dan jika adalah dikehendaki di dalam hati iftiqar tiap-tiap yang lain kepadaNya Ta‘ala sekalipun kerana memberi waham yang ada pada lafaz yang diithlaqkan dia itu, inilah yang zhahir bagi hamba . Bersalahan barang yang di dalam Bidayah karangan setengah daripada orang Acheh, maka inilah terjaga bagi demikian . Wallaahu a’lam .

Dan manakala wajib segala shifat ini, mustahillah segala lawannya, maka jumlah barang yang melazimkan dia oleh iftiqar itu dulapan belas ‘aqidah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan