Rabu, 26 Oktober 2011

'AQABAH KEDUA : 'AQABAH TAUBAT ( KITAB MINHAJUL 'ABIDIN )



AQABAH TAUBAT SIRI 2 .


Dan adapun yang mendahulu daripada taubat itu, maka iaitu tiga perkara :

Pertama : Menyebutkan sehingga jahat dosanya .

Kedua : Menyebutkan sangat siksanya Allah Ta‘ala akan dia dan amat pedih murkaNya dan marahNya yang tiada kuasa bagimu dengan dia


Ketiganya : Menyebutkan dha‘ifmu dan lemahmu dan sedikit helahmu pada yang demikian itu .

Maka bahawasanya orang yang tiada kuasa menanggung panas matahari dan tampar askar dan gigit semut, betapa kuasa menanggung esok hari akan panas api Neraka Jahannam dan pukul dengan pemukul Malaikat Zabaniah dan gigit ular dan kala seperti batang leher unta yang amat besar dan kalanya seperti baghal yang dijadikan daripada api Neraka di dalam Neraka pada negeri kebinasaan dan murkaNya . Berlindung kami dengan Allah daripada murkaNya dan siksaNya . Maka apabila kamu mengekali atas segala perkara ini dan engkau ulang-ulangkan dia pada pagi-pagi dan petang-petang, maka bahawasanya lagi akan menanggungkan dikau atas taubat yang nashuh daripada dosa . Bermula Allah yang memberi taufiq dengan kurniaNya . Maka jika engkau kata : tiadakah sanya bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : 

 ٌ ََْ     ُ ﺍﻟﻨََّ
Bermula menyesal itu taubat


Dan tiada menyebut suatu daripada barang yang kamu sebut daripada segala syaratnya dan segala syadaaidunnya, ya’ni kepayahannya . Maka dikatakan baginya dan ketahui olehmu pertama-tamanya, bahawasanya menyesal itu tiada kuasa bagi hamba. Tiadakah engkau lihat bahawasanya jatuh menyesal daripada perkara yang di dalam hatinya dan ia berkehendak bahawa tiada ada yang demikian dan taubat itu kuasa bagi hamba lagi disuruh dengan dia . Kemudian bahawasanya telah engkau ketahui dengan yakin jikalau menyesal atas dosa bagi barang yang kerana hilang dengan demikian itu kemegahannya antara manusia atau hartanya pada membelanja padanya . Maka bahawasanya bagi yang demikian itu tiada dinamakan taubat dengan tiada syak .

Maka engkau ketahui dengan yang demikian itu bahawasanya adalah pada hadits makna yang tiada engkau fahamkan dia pada zhahirnya . Dan iaitu bahawasanya menyesal kerana membesarkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala dan takut akan siksaNya daripada barang yang membangkitkan atas taubat yang nashuh, maka bahawasanya yang demikian itu setengah daripada shifat orang yang taubat dari hal mereka itu . Maka bahawasanya apabila menyebutkan segala azkar yang tiga yang ia mendahulu bagi taubat, maka menyesal dan menanggungkan dia atas meninggalkan ikhtiar bagi dosanya dan tinggallah menyesalnya itu di dalam hati pada yang lagi akan datang, maka menanggungkan dia menghinakan dirinya dan merendahkan dia

Maka tatkala adalah yang demikian itu daripada asbab al taubat dan shifat orang yang taaibun dinamakan dia dengan nama taubat, maka faham olehmu yang demikian itu dapat taufiq . Insyaa Allaahu Ta‘ala . 

Maka jika engkau kata : Betapa ada bagi seorang bahawa jadilah sekira tiada jatuh daripadanya dosa kecil dan besar .

Maka ketahui olehmu, bahawasanya ini pekerjaan yang mungkin tiada mustahil kemudian iaitu terlebih mudah pada Allah . Bermula Allah Ta‘ala ditentukan dengan rahmatNya orang yang dikehendakiNya .

Kemudian setengah daripda syarat taubat bahawa jangan ia menyahajakan dosa . Maka adapun jika jatuh daripadanya dengan lupa atau tersalah, maka iaitu diampunkan dia daripadanya dengan kurnia Allah dan adalah ia terlebih mudah atas orang yang diberi taufiq akan dia ( oleh ) Allah Ta‘ala .

Maka jika engkau kata : sungguhnya yang menegahkan daku daripada taubat bahawasanya aku ketahui daripada diriku bahawa aku kembali kepada dosa dan tiada tetap atas taubat, maka tiada faedah pada yang demikian itu .

Maka ketahui olehmu, bahawasanya ini perkataan daripada tipu daya syaithan dan dari mana bagimu akan pengetahuan ini . Maka mudah-mudahan bahawa engkau mati di dalam taaibun dahulu daripada bahawa engkau kembali kepada dosa .

Dan adapun takut kamu daripada kembali, maka lazimkan olehmu dengan cita dan shidqun pada yang demikian itu dan atas Allah Ta‘ala itu qabul dan menyempurnakan . Maka jika sempurna, maka demikianlah yang dikehendak daripada kurniaNya . Dan jika tiada sempurna, maka sanya telah diampun akan dikau dosa engkau yang terdahulu sekaliannya dan lepaskan dikau daripadanya dan suci engkau dan tiada bagimu melainkan dosa yang engkau kerjakan dia sekarang .

Dan inilah iaitu ribhun, ya’ni laba yang amat besar dan faedah yang banyak dan tiada yang menegahkan dikau takut kembali, ya’ni kepada dosa daripada taubat, ya’ni manakala kembali kepada mengerjakan kembali pula kamu kepada taubat . Maka bahawasanya engkau itu daripada ahli al taubat selama-lamanya antara salah-suatu daripada dua kebaikan . Bermula Allah Ta‘ala Waliyyut Taufiiqi Wal Hidaayah . Maka inilah, inilah .

Adapun keluar kamu daripada dosa dan lepas ia daripadanya, maka ketahui olehmu bahawasanya pada jumlah dosa itu beberapa bahagi :

Pertama : Dosa meninggalkan waajibat Allah atasmu daripada sembahyang atau puasa atau zakat atau kifarah atau lainnya . Maka hendaklah engkau qadhakan barang sedapatnya daripadanya .

Dan kedua : Dosa antara kamu dan antara Allah seperti meminum khamar dan memukul serunai dan memakan riba dan umpama yang demikian itu . Maka wajiblah menyesal atas yang demikian itu dan tetapkan hatimu atas meninggalkan kembali kepada umpamanya selama-lamanya .

Dan ketiga : Dosa yang antara engkau dan antara hamba Allah . Dan inilah terlebih sukar dan adalah pekerjaannya terlebih payah dan iaitu beberapa bagi : Terkadang ada ia pada harta atau dirinya atau pada kemaluannya atau pada agama atau pada hormat .

Maka barang yang ada pada harta, maka wajib bahawa engkau kembalikan atas empunyanya jika dapat engkau kembalikan, maka jika lemah engkau yang demikian itu kerana ketiadaan kamu dapat akan dia atau kamu papa, maka kamu minta halalkan daripadanya jika ada ia . Dan jika lemah engkau daripada yang demikian itu dengan ketiadaan seperti ghaib empunyanya atau sudah mati dan dapat engkau shadaqahkan daripadanya, maka perbuat olehmu akan dia dan jika tiada dapat, maka lazimlah kamu membanyakkan kebajikan kamu dan kembali kepada Allah Ta‘ala dengan merendahkan dirimu dan menghinakan dia kepadaNya bahawa diredhakan dia daripadamu pada hari Qiyaamah .

Dan adapun barang yang ada dosamu itu pada diri seperti engkau membunuh orang atau engkau meluka orang, maka wajib atasmu itu menyerahkan diri kamu daripada qishash kepada auliya΄nya hingga diqishash mereka itu daripadamu atau menjadikan mereka itu akan kamu di dalam halal . Maka jika lemah engkau daripada yang demikian itu, maka kembali kamu kepada Allah Ta‘ala dengan merendahkan diri dan menghinakan dia kepadaNya bahawa diredhakan dikau pada hari Qiyaamah .

Dan adapun kemaluan, ya’ni dosa pada kemaluan orang seperti engkau umpat orang atau engkau engkau tuduh orang atau engkau maki orang, maka sebenarnya bahawa engkau dustakan dirimu pada hadapannya orang yang engkau kerjakan dia demikian itu padanya dan bahawa engkau minta halalkan daripada orang yang engkau perbuatkan jika engkau mengerjakan dia . Dan jika tiada dapat seperti engkau takut bertambah marahnya dan bergerak-gerak fitnah pada menzhahirkan yang demikian itu atau bertambah membaharukan marahnya, maka kembali olehmu kepada Allah Ta‘ala supaya diredhaNya daripadamu pada hari Qiyaamah dan menjadikan baginya kebajikan yang banyak pada berbetulan yang demikian itu dan istighfar yang banyak bagi orang itu .

Dan adapun jika engkau khianat akan hormat orang seperti engkau khianatkan pada ahli orang atau anak orang, maka adalah yang demikian itu tiada jalan bagi minta halal dan menzhahirkan kerana kerana bahawasanya mempusaka fitnah dan marah tetapi hendaklah kamu tadarru’, ya’ni merendahkan dirimu kepada Allah Ta‘ala supaya diredhakan kamu pada hari Qiyaamah dan dijadikan baginya kebajikan yang amat banyak pada berbetulan yang demikian itu . Maka jika engkau sentosakan daripada bangkit marahnya dan fitnahnya dan iaitu sedikit, maka hendaklah engkau minta halal daripadanya .

Dan adapun jika ada dosamu pada agama orang seperti engkau kufurkan orang atau engkau bid‘ahkan dia atau engkau sesatkan dia, maka terlebih payah segala pekerjaan, maka berkehendak engkau mendustakan akan dirimu di hadapannya orang yang engkau katakan baginya dan engkau minta halal yang demikian itu daripada taulannya jika dapat . Dan jika tiada, maka engkau kembali kepada Allah Ta‘ala dengan merendahkan dirimu kepada Allah bersungguh-sungguh dan menyesal atas yang demikian itu supaya redha Ia daripadamu pada hari Qiyaamah .

Maka adalah perhimpunan pekerjaan ini, maka barang yang engkau dapat daripada meredhakan lawan, hendaklah engkau kerjakan dan barang yang tiada dapat, kembali kamu kepada Allah dengan tadarru’ dan ibtihal dan bershadaqah supaya Ia redha daripadamu pada hari Qiyaamah . Maka adalah kamu di dalam kehendak Allah pada hari Qiyaamah dan harapmu daripada kurniaNya yang melengkapi dan kebajikanNya yang amat besar bahawasanya apabila diketahui akan benar engkau daripada hatimu, maka bahawasanya redha Ia daripada lawan kamu daripada bendaharaan kurniaNya dan tiada hukum bagi kamu . 
Maka ketahuilah olehmu, ini haknya dapat petunjuk lagi laba kamu, maka inilah 

Maka apabila engkau ketahui barang yang kami shifatkan dia dan engkau lepaskan dengan hatimu daripada mengerjakan umpamanya pada yang lagi akan datang . Maka sanya telah keluar engkau daripada dosa sekaliannya . Dan jika hasil daripadamu melepaskan hati daripadanya dan tiada hasil daripada membayarkan barang yang luput dan tiada pula dapat minta redha daripada empunyanya, maka taubatnya itu lagi tinggal dan segala dosa diampunkan . Dan kerana inilah pada bab ini syarahnya amat panjang, maka tiada menanggung di dalam mukhtashar ini .

Kata Mu‘allif Radhiyallaahu ‘anhu : Maka tilik olehmu di dalam kitab taubat daripada kutub Ihya΄ Ulumiddin dan pada kitab Qurbah Ilallaahi Ta‘ala dan kitab Ghayah Al Quswa, maka engkau dapat faedah yang amat banyak dan yang kami sebut di sini iaitu asalnya yang tidak dapat tiada daripadanya . Wa billaahi taufiq .


 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan