Selasa, 15 November 2011

Siapakah Orang Yang Cerdik ??? ( Kitab Furu'ul Masaail )



DOSA DAN KEMATIAN

Soal :

Adakah benar setiap mushibah dan kecelakaan yang menimpa seseorang merupakan kaffarah atau kifarat ( penebus ) sebahagian dosanya ?

Jawab :

Setiap bala atau kesusahan yang menimpa seorang Muslim itu, sehingga jika tercucuk duri sekalipun, adalah sebagai penebus dosanya .

Soal :

Dalam sebuah hadits, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

Orang yang cerdik lagi bijaksana ialah mereka yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk selepas kematiannya ’, apakah yang dimaksudkan dengan hadits ini ?

Jawab :

Hadits ini bermaksud bahawa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ingin memberitahu kepada kita siapakah sebenarnya orang yang cerdik atau yang benar-benar ber‘aqal . Mereka ialah orang yang sentiasa bermuhasabah dan menghitung dirinya atau dengan erti kata lain, yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya selepas kematiannya, lalu dia beramal dengan sesuatu yang boleh memberi faedah kepadanya selepas kematiannya .

Soal :

Adakah terdapat mana-mana hadits yang menceritakan tentang wujudnya Malaikat yang ditugaskan untuk memindahkan mayat orang kafir daripada kubur orang Islam kepada kubur orang kafir dan sebaliknya memindahkan mayat orang Islam daripada kubur orang kafir kepada kubur orang Islam ?

Jawab :

Tidak terdapat hadits yang menceritakan perkara tersebut .

Soal :

Ada pendapat yang mengatakan Iblis mempunyai dzakar pada paha kanannya dan faraj pada paha kirinya . Setiap kali ia memasukkan dzakarnya ke dalam farajnya, akan keluar 10 biji telur . Apabila telur-telur itu menetas, setiap biji telur akan mengeluarkan pula tujuh puluh ekor syaithan, adakah benar pendapat tersebut ?

Jawab :

Perkara tersebut ada diceritakan oleh Imam Al Qurthubi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan