Sabtu, 17 November 2012

Bab Keluar Tandas Dan Doanya


Bab Barang Yang Dikata Apabila Keluar Seseorang Daripada Jamban

54. Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Telah dinyatakan bacaan dan doa masuk jamban pada bab yang dahulu daripada ini, maka janganlah lupakan dia . Maka sekarang hendak menyatakan apakah pula doanya apakala keluar dari jamban itu ? Ya saudaraku ! Inilah satu hadits yang didatangkan oleh Tirmidzi pada menyatakan keluar dari jamban dan doa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada waktu keluarnya, demikian bunyinya :

Diriwayatkan daripada Siti ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha, katanya : Adalah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila keluar ia dari jambannya, ya’ni buang air kecil atau besarnya, berkatalah ia, demikianlah bunyinya :

 َُْﺍﻧََ  
Ertinya ; ‘ Aku mintakan ampun Engkau ya Tuhanku ’ .
Kata Abu ‘Isa : Hadits ini hasan, lagi gharib .

55. Masalah : Keluar dari jamban dan doanya .

Ya saudaraku ! Dengan hadits yang di dalam masalah 54 itu dapatlah kita tahu akan satu amalan Nabi kita iaitu apabila keluar dari jamban membaca ia akan doa ini َُْﺍﻧََ maka sayugia bagi seorang yang menyempurnakan adab qadha hajat itu jangan kurang daripada menurut sebagai perbuatan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam supaya tiada keluar beberapa nama amalan yang diamalkan daripada menurutnya .

56. Masalah : Keluar dari jamban, mengapa berdoa ?

Adalah berdoa keluar dari jamban itu suatu amal yang tiada sayugianya dilupakan kerana ialah satu pelajaran yang amat berharga  Bukankah masuk jamban tadi membuang fadhilat, ya’ni hampas-hampas makanan yang busuk-busuk yang tiada faedah bagi jisim dengan senangnya, maka membuang hampas dengan senangnya, ya’ni tiada susah dan tiada sakit, bukankah satu nikmat ? Kemudian tinggal pati daripada yang dibuang tadi bagi menyuburkan tubuh, bukankah pula satu nikmat ? Maka membuang hampas itu jika dipayahkan Tuhan, apalah kita kata ? Dan dengan sebab terbuang hampas itu jadi pula daripadanya beberapa nikmat yang tiada kita terucapkan syukur kepadaNya .

Maka manakala ingat seorang akan banyak nikmat yang diberinya dan tiada terucapkan syukur, maka sayugialah membayar qadhanya dengan meminta ampun . Jikalau dengan bahasa ‘Arab :  َُْﺍﻧََ  Ertinya ; ‘ Ku pohonkan pada Engkau ya Tuhanku akan ampunkan hambaMu yang tiada terucapkannya syukur akan nikmat Engkau yang tiada terbilang ’ .  

Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan