Sabtu, 17 November 2012

Bab Masuk Jamban / Tandas


Bab Barang Yang Dikatakan Oleh Seseorang
Apabila Masuk Ia Akan Jamban

49. Ketahuilah kiranya wahai saudaraku ! Bermula jamban itu ialah tempat buang kencing dan berak, sama ada di dalam negeri atau di padang-padang dan di gompong-gompong dan sama ada berpagar atau tiada berpagar dan sama ada ia setempat atau beberapa tempat, maka semuanya itu telah dinamai orang akan jamban kerana berbuang air kencing dan berak padanya .

50. Masalah : Masuk jamban dan haditsnya .

Sanya telah dikeluarkan oleh Tirmidzi akan beberapa hadits riwayat masuk jamban ini dan aku ambil satu sahaja . Demikian bunyinya :
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu, daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Apabila masuk ia akan jamban, membaca ia akan doa ini ’ :

Ertinya : ‘ Ya Tuhanku ! Bahawasanya aku berlindung dengan Dikau daripada syaithan-syaithan jantan dan syaithan betina ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi : Bermula hadits ini hasan shahih .

51. Masalah : Khubuts dan Khabaaits dan maknanya .

Sanya telah bersalah-salahan ‘Ulama΄ makna Khubuts dan Khabaaits itu . Kata qiil ialah kejahatan . Dan kata qiil bermakna kufur . Dan kata qiil makna Al Khubuts itu syaithan dan makna Khabaaits itu ma’shiat .

Kata Ibnul ‘Arabi : Bermula Al Khubuts itu pada kalam ‘Arab maknanya yang dibenci, maka jadilah makna doa itu : Ya Tuhanku ! Berlindung aku dengan Dikau daripada yang keji . Sekiranya perkataan ialah maki dan umpat nista . Dan jika yang dikeji itu daripada i’tiqad, maka ialah kufurkan dengan hal dan I’tiqad tiada baik dengan seseorang . Dan jika yang dikeji itu daripada makanan, maka ialah haram . Dan jika ia daripada minuman, maka ialah yang mudharat . Maka semua itulah yang dilindungkan daripada Allah . Wallaahu a’lam .

52. Masalah : Masuk jamban dan masa membaca doanya .

Lihatlah doa masuk jamban di dalam masalah 50 itu . Maka menggunakan doa ini apabila jamban itu berumah, maka sebelum melangkah bendul pintunya, maka bacalah doanya waktu itu . Dan jika tiada tempat seperti di padang-padang dan di gompong -gompong, maka waktu hendak membuka kain dan menyingkapkan nya, bacalah akan dia . Demikianlah masa membaca doa itu .   

53. Masalah : Masuk jamban, mengapa membaca doanya ?

Ya saudaraku ! Inilah satu pengajaran Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepada ummatnya yang tiada ma’sum, maka Nabi kita dan lainnya itu ma’sum daripada dosa, tetapi membaca ia akan doa waktu masuk jamban itu, ia hendak mengajar ummatnya dengan perbuatan dan memberi ketahuikan bahawasanya seorang yang masuk jamban dengan tiada membaca doanya amatlah sukacita syaithan oleh dapat ia sertanya di dalam jamban . Maka seorang yang di dalam jamban hendak menghalaunya dengan menyebut nama Allah bukannya temapt menyebutnya kerana tempat kotor dan najis . Dengan kerana itu bagi menghalaukan dia dan tiada memberi akan dia bersama masuk jamban disebutkan nama Allah dengan kata ; ‘ A ‘uudzubillaah,  ertinya ; ‘ Aku berlindung dengan Allah ’ . Dan berlindung dahulu daripada menyebut Allah itu supaya tersimpul peliharaan antara yang mengucapnya dengan antara syaithan dan keluar ia .  

Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan