Bismillaah
.
Ketahuilah kiranya ya
saudaraku !!! Makan banyak itu bala ke atas seseorang yang mengamalkannya .
Kerana ialah ( makan banyak ) yang menyebabkan rugi dunia dan Akhirat kerana
seseorang yang banyak makannya itu kuat kenyangnya . Apabila kuat kenyangnya
kuat pula malasnya dan mahu pula kuat tidurnya dan bersenang-senang diri, tiada
mahu buat kerja dan tiada mahu berbuat ‘ibadat disebabkan berat perut dan
badannya . Maka apabila seseorang itu malas bekerja dan malas berbuat ‘ibadat, rugilah
ia dunia dan Akhirat dan jadilah ia banyak ( lama masa ) laparnya di negeri
Akhirat kerana kosong ia daripada ‘ibadat yang menjadi bekalan Akhirat itu,
dengan kerana itulah diberitahu oleh Nabi kita kepada ummatnya, hendaklah
ummatnya jangan kemukakan makan banyak kerana orang yang banyak makan dan
kenyang ia secukup-cukup kenyang di dalam dunia ini nescaya panjang laparnya di
negeri Akhirat . Begitulah datang khabarnya di dalam hadits-hadits, satu
daripadanya iaitu hadits yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan
katanya ;
Diriwayatkan daripada seorang
Shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abdullah bin Umar,
katanya ;
Telah mengeluarkan sendawa
oleh seorang laki-laki di sisi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Bila
didengar oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan sendawanya itu lalu
ditegurnya kerana sendawa itu satu alamat ( tanda ) kenyang daripada makan
banyak dengan sebab itu keluar bunyi dari dalam kerongkong itu serta angin
dengan sebab kenyang daripada makan banyak itu .
Sabda Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam pada tegurannya :
‘ Hai laki-laki, jauhkan olehmu akan sendawa kamu itu daripada
kami, ya’ni jangan buat makan banyak sampai mengeluarkan sendawa kerana
perbuatan yang demikian itu mendatangkan sangat kenyang, maka bahawasanya yang
banyak kenyang daripada orang-orang dalam dunia ini, jadi panjang mereka itu
laparnya pada hari Qiyaamah . Dengan kerana itu aku beri ingat padamu ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi :
Bermula ini hadits gharib daripada ini wajah . Dan ada datang satu riwayat
daripada Abi Juhaifah pada bab ini .
Makan banyak
di dalam dunia menjadikan panjang
( lama ) lapar
di negeri Akhirat
Demikianlah beberapa hadits yang menunjukkan atas yang
demikian itu, seperti yang telah datang riwayatnya lagi begini :
Diriwayatkan daripada ‘Atiyyah bin ‘Amir Al Juhaniy,
katanya ; Telah aku dengar akan seorang daripada Shahabat Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam padahal dibanyakkan orang atas makanan yang dimakannya, maka
katanya ; Memadaku, bahawasanya telah aku dengar akan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda
ia :
‘ Bahawasanya
yang lebih banyak daripada orang pada makan kenyang di dalam dunia ini ialah
yang lebih panjang masa lapar di negeri Akhirat ’ .
Meriwayatkan hadits ini oleh
Ibnu Majah dan Al Baihaqi .
Makan banyak itu
bala ini ummat
Muhammad
shallallaahu ‘alaihi wa sallam
Sungguhnya inilah awal-awal bala yang turun ke atas
ummat Muhammad kemudian wafat Nabi iaitu membanyakkan makan dan loba atas
bersedap dengan semegah-megah makanan, dengan kerana itu jadilah sedikit amal
mereka itu sebagai hadits yang datang riwayatnya demikian ini :
Diriwayatkan daripada Isteri Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam katanya :
‘ Awal-awal bala
yang jadi pada ini ummat Muhammad kemudian daripada wafat NabiNya ialah
kenyang, ya’ni membanyakkan makan, maka bahawasanya satu kaum itu apakala
kenyang perutnya gemuk tambun tubuhnya, maka jadi dha‘if ( lemah ) hatinya,
ya’ni berkurangan imannya dengan Allah Ta‘ala kerana tinggalnya atas kesedapan
dan berkekalannya atas versuka-sukaan . Dan jadi kuat ia menurut hawa nafsunya ’ . R. Bukhari .
Wallaahu a’lam .
Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi Jilid 17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan