Ahad, 22 April 2018

Ditimbang Segala Amalan


Bismillaah . Dan firmanNya Ta‘ala *

Ertinya : “ Dan timbang itu pada hari itu ialah yang sebenar ” .  
QS Al Anbiyaa΄ : 47


Maka ditimbangkan segala kebaikan dan kejahatan, maka mereka yang berat kebajikannya di atas kejahatannya, maka berutung dan bertuah ia dan mereka yang berat kejahatannya di atas kebajikannya, maka rugi ia dan sesal ia dan mereka yang sama berat keduanya, maka dengan kemurahan Allah Ta‘ala dimasukkan dia ke dalam Syurga jugok .

Dan kata setengah mereka itu : Dihentikan dia di atas A’raaf dahulu iaitu kota di antara Syurga dan Neraka kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga jugok . Dan datang sebut dalam hadits bahawasanya ada seorang Malaikat di atas Mizan itu ialah yang menyerukan dengan menyebutkan nama si anu anak si anu berat kebajikannya atau kejahatannya . Dan kemudian daripada itu dilintangkan Shirath jambatan atau titi di atas Neraka Jahannam dan disuruhkan lalu di atasnya, maka lalulah dan menitilah mereka itu dengan bermacam-macam lambat bangat dan ada yang lepas, maka berutung ia dan ada yang jatuh, maka celaka ia .

Dan mula-mula yang lalu itu ialah segala Rasul dan tiap-tiap daripada seorang Rasul itu berdoa ia dengan katanya *


Ertinya : Hai Tuhanku ! Beri selamat oleh Engkau ! Beri selamat oleh Engkau !   

Dan mula-mula yang meniti daripada segala Rasul itu ialah Nabi kita Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan daripada ummat-ummat itu ialah ummat dia dahulunya . Dan di Shirath itu beberapa penyakut dan pengait nanti nak sakut mereka-mereka yang disuruhkan dia dengan sakut akannya dan pulanglah segala Mu΄min yang lepas itu kepada Haudh kolam air Nabi kita shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka minumlah mereka itu daripadanya, maka hilanglah dahaganya selama-lama dan airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih sedap baunya daripada kasturi dan terlebih manis daripada manisan madu, dituangkan airnya pada sungai Kautsar, bukanya sebulan perjalanan dan panjangnya begitu jugok, pendeknya, ya’ni kesimpulannya empat persegi dan dikelilingnya beberapa cerek seumpama bilangan bintang-bintang di langit .

Dan berkhilaf ‘Ulama΄ pada mengatakan Haudh itu kemudian daripada Shirath atau belum daripadanya dan tiap-tiap itu diihtimalkan dan diihtimalkan ada keduanya Alhamdulillaahi maa syaa allaah . Dan adalah orang-orang yang lepas meniti itu mandi pula di dalam sungai Hayat namanya, maka apabila keluar dan naik daripada mandi itu, maka teralihlah berubahlah rupanya jadi comel loter, maka dimasukkan Syurga kesemuanya . Alhamdulillaahi maa syaa Allaah . 

Rujukan : Kitab Tadzkirah .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan