Khamis, 30 Jun 2011

Lidah Dan Bahayanya ( Penawar Bagi Hati ) siri 3

Fashal yang ketiga pada menyatakan lidah

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan ia akan lidah bagi engkau supaya membaca engkau dengan dia akan Al Quran Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan segala dzikir dan pengetahuan yang memberi manfaat dan supaya mengajar engakau dengan dia akan ‘ilmu yang memberi manfaat dan menyuruh engkau dengan kebajikan dan melarang daripada kejahatan dan memberi nasihat engkau akan orang Islam dan menunaikan engkau akan hajat mereka itu dan mendamaikan engkau akan mereka itu .

Dan barang sebagainya daripada segala faedah akhirat yang dikerjakan dengan lidah, seperti menjadikan Allah Ta‘ala akan lidah engkau kerana mashlahat dunia seperti mencari harta dengan ‘aqad, seperti ‘aqad jual beli dan ‘aqad sewa 

Dan hendaklah syukur engkau atas nikmat ini dengan memeliharanya daripada barang yang tiada dijadikan dia kerananya daripada berkata-kata dengan yang dilarang, seperti berdusta dan menyakiti akan orang yang lain-lain, maka itu dosa besar . Bersalahan berdusta yang tiada menyakiti, maka iaitu dosa kecil kecuali kerana hajat, maka tiada ada ia dosa, seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

                         ﺍﻟﻧﺎﺱ   ﺑﻴﻦ  ﻴﺼﻟﺢ   ﻤﻦ  ﺑﺎﻟﻜﺬّﺍﺏ  ﻟﻴﺱ   ﴿

Ertinya : ‘ Tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta ’ .
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan .

Bahkan terkadang wajib berdusta, seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh yang bersembunyi ia daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya, maka wajib berdusta kerana melepaskan nya daripada dibunuh orang yang zalim itu .

Dan seperti mengumpat iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika didengarnya, maka iaitu haram dengan ijma’ ‘Ulama΄, bahkan berkata kebanyakan mereka itu : Bahawasanya mengumpat itu dosa besar kerana barang yang datang padanya daripadanya beberapa janji siksa yang bersangatan, seperti firman Allah Ta‘ala :

ۚ ﺇﺜﻡ  ﭐﻟﻆﻦّ   ﺑﻌﺽ  ﺇﻦّ   ﭐﻟﻆﻦّ  ﻤﻦ   ﻜﺜﻴﺭﺍ  ﭐﺠﺘﻧﺑﻭﺍ  ﺀﺍﻤﻧﻭﺍ  ﭐﻟﺬﻴﻦ  ﺃﻴﻬﺎ ﻴٰﺂ  

        ﻠﺤﻡ  ﻴﺄﻛﻞ  ﺃﻥ  ﺃﺤﺪﻛﻡ   ﺃﻴﺤﺐ   ۚ ﺑﻌﺿﺎ  ﺑﻌﺿﻛﻡ  ﻴﻐﺗﺐ  ﻭﻻ   ﺗﺟﺴﺴﻭﺍ  ﻭﻻ

        ١٢ ﴿  ﺭّﺤﻴﻡ  ﺗﻭﺍﺐ  ﭐﷲ  ﺇﻦّ   ۚ ﭐﷲ  ﻭﭐﺗﻘﻭﺍ   ۚ ﻓﻛﺭﻫﺗﻤﻭﻩ   ﻤﻴﺗﺎ  ﺃﺨﻴﻪ            


Ertinya : “ Hai sekelian mereka yang beriman !!! Jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka ( sangka yang jahat ) kerana bahawasanya setengah daripada sangka itu dosa, dan jangan kamu mencari dan memeriksa ‘aib manusia, dan jangan mengumpat setengah kamu akan setengah . Adakah suka seorang kamu bahawa makan ia daging saudaranya pada ketika mati, maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah Ta‘ala . Bahawasanya Allah Ta‘ala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih sayang ” .
( Shurah Al Hujuraat : Ayat 12 )
 
Dan telah menceritakan oleh Al-Baihaqi dan Ath-Thabrani dan Abu Asy-Syeikh dan Ibnu Abi Ad-Dunya daripada Jabir dan Abu Sa’id Radhiyallaahu ‘anhuma . Berkata keduanya, bersabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :


؟  ﻜﻴﻑ  ﻟﻪ  ﻗﻴﻝ   ﺍﻟﺯّﻧﺎ   ﻤﻦ   ﺍﺸﺪّ   ﺍﻠﻐﻴﺑﺔ   ﻓﺈﻦّ   ﻮﺍﻠﻐﻴﺑﺔ   ﺍﻴﺎﻜﻡ  ﴿

ﻋﻠﻴﻪ   ﭐﷲ  ﻓﻴﺗﻮﺏ   ﻮﻴﺗﻮﺏ   ﻴﺯﻧﻰ   ﻗﺪ   ﺍﻟﺭّﺟﻝ   إﻦّ   ﻗﺎﻝ

       ﺼﺎﺤﺑﻪ    ﻴﻐﻔﺭﻠﻪ    ﺤﺘﻰّ   ﻴﻐﻔﺭﻠﻪ    ﺍﻠﻐﻴﺑﺔ  ﺼﺎﺤﺏ  ﻮﺍﻦّ

Ertinya : ‘ Jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat, kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina ’ .

Dikatakan bagi Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Betapa ada mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina ?

Bersabda ia :

Bahawasanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia, maka menerima Allah Ta’ala akan taubatnya . Dan bahawasanya yang mengumpat itu tiada diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya ’ .

Dan seperti menyalahi janji yang adalah ia salah satu daripada segala ‘alamat munaafiq .

Sabada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

   ﺨﺎﻦ  ﺍﺆﺗﻤﻦ  ﻮﺍﺬ   ﺍﺨﻟﻑ  ﻮﻋﺪ  ﻭﺍﺬﺍ   ﻜﺬﺏ   ﺤﺪّﺚ   ﺍﺬﺍ   ﺛﻼﺚ  ﺍﻠﻤﻧﺎﻓﻕ  ﺁﻴﺔ  ﴿
Ertinya : ‘ Tanda munaafiq itu tiga : apabila bercerita ia, nescaya berdusta ia, dan apabila menjanjikan ia akan kebaikan nescaya menyalahi ia akan janji dan apabila dipercayai akan dia nescaya khianat ia ’ .
( ertinya tiada menunaikan ia akan barang yang dipercayai ia padanya itu ) . Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan dari Abi Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu .

Dan seperti berbantah-bantah dan berkata-kata pada barang yang tiada memberi faedah .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﻴﻌﻧﻴﻪ     ﻤﺎ   ﺗﺭﻜﻪ   ﺍﻟﻤﺭﺀ   ﺍﺴﻼﻡ   ﺤﺴﻦ   ﻤﻦ  ﴿
Ertinya : ‘ Setengah daripada keelokan Islam seorang itu meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi manfaat akan dia ’ ( pada dunia atau akhirat ) . Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Ibnu Majah                                                           dari Abi Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu .

Dan seperti mengadu-ngadu, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﻧﻤﺎﻡ   ﺍﻟﺠﻧﺔ   ﻴﺩﺧﻝ    ﴿
Ertinya : ‘Tiada masuk ke dalam Syurga orang yang mengadu-ngadu
Menceritakan dia oleh Imam Al Bukhari dan Muslim daripada Hudzaifah Radhiyallaahu ‘anhu .

Dan sesungguhnya telah ittifaq ‘Ulama΄ atas bahawasanya mengadu-ngadu itu dosa, iaitu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah kerana tujuan membinasakan antara mereka itu dan menjadikan mereka itu berkelahi . Adapun memindahkan perkataan kerana nasihat bagi mereka yang dipindahkan perkataan kepadanya, maka wajib ia tiada masuk ia di dalam mengadu-ngadu yang dilarang.

Dan ketahui olehmu bahasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besar daripada kejahatan, maka lazimkan olehmu akan memeliharanya dan tiada menolong akan dikau atas mengasingkan dirimu daripada manusia, dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata, seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat .

Bersembah oleh Mu‘adz bin Jabal Radhiyallaahu ‘anhuma : Hai Rasulullah ! Berpesan olehmu akan daku !

Maka mengeluarkan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan lidahnya yang maha mulia, dan bersabda ia :

Tahan olehmu atas engkau akan ini ’ .
Ertinya : Lidah engkau yang seperti lidah aku ini hendaklah engkau tahan akan dia daripada berkata-kata dengan perkataan yang dilarang

Dan adalah Saiyyidina Abu Bakar Ash Shiddiq Radhiyallaahu ‘anhu memegang ia akan lidahnya, dan berkata ia : Inilah yang mendatangkan akan daku pada segala tempat kebinasaan .

Berkata oleh penyair :

Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah .

Dan hendaklah engkau ingat akan bahawasanya perkataan yang baik itu mendatangkan petunjuk bagi segala anggota . Dan perkataan yang jahat itu menyebabkan akan jahat segala anggota .

Telah menceritakan oleh Abu Sa‘id Al Khudri Radhiyallaahu ‘anhu : Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah . Dan berkata semuanya baginya : Menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas petunjuk, kerana bahawasanya jika engkau lurus nescaya kami lurus, dan jika engkau bengkok nescaya kami bengkok .

Dan berkata Malik bin Dinar Rahimahullaahu Ta‘ala : Apabila melihat engkau akan keras pada hati engkau dan lemah pada badan engkau dan tertegah pada rezeki engkau, maka ketahui olehmu bahawasanya engkau telah berkata-kata pada barang yang tiada memberi manfaat akan dikau .

Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya tha‘at atau ma’shiat atau yang harus yang sia-sia . Maka jika ada ia tha‘at seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar, dan jika ada maksiat, maka padanya siksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

   ﺃﻟﺴﻨﺗﻬﻡ   ﺤﺼﺎﺋﺪ   ﺍﻻ   ﻤﻨﺎﺨﺭﻫﻡ  ﺍﻭ   ﻭﺠﻭﻫﻬﻡ   ﻋﻟﻰ  ﺍﻟﻧﺎﺱ   ﻴﻜﺏّ   ﻭﻫﻝ  ﴿
Ertinya : ‘ Dan tiada menyembamkan akan manusia atas muka mereka itu atau atas hidung mereka itu melainkan barang-barang yang berkata-kata mereka itu dengan dia ’ .
Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Mu‘adz Radhiyallaahu ‘anhu
dan hadith ini shahih .

Dan jika ada perkataan itu yang harus yang tiada berfaedah, maka padanya membuat pekerjaan bagi Malaikat Kiraaman Kaatibin dengan barang yang tiada kebajikan padanya dan mengirim surat kepada Allah Ta‘ala yang tertulis di dalamnya perkataan yang sia-sia dan membacanya di hadapan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah pada ketika huru-hara yang sangat besar lagi pada ketika lapar dan dahaga dan bertelanjang .

Wallaahu a’lam .

Telinga Faedah Dan Bahayanya ( Penawar Bagi Hati ) siri 2

Fashal yang kedua pada menyatakan telinga .

Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadikan dia oleh Allah Ta‘ala bagi engkau kerana beberapa faedah dunia dan beberapa faedah yang bangsa akhirat 

Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa dunia, bersedap-sedap dengan yang dengar dan menyampaikan ia kepada memafhumkan segala perkataan yang didengar .

Dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu mendengar ia akan Al Quran dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan segala ‘ilmu yang memberi manfaat dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar itu lebih afdhal daripada penglihat kerana kebanyakan faedah penglihat itu bangsa dunia dan kebanyakan faedah pendengar itu bangsa akhirat . Dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna daripada yang tuli .

Dan bermula mensyukurkan pendengar itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bid‘ah dan berbantah-bantah dan seperti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti daripadanya akan fitnah dan seperti mendengar perkakas permainan yang diharamkan seperti serunai dan gendang dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu kerana perkataan itu menyalahi ia akan Al Quran dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Maka lazimkan olehmu memelihara pendengar engkau daripada perkataan yang keji dan yang sia-sia kerana mereka itu yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia itu mendatangkan was-was ke dalam hati .

Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan yang didengar itu seperti makanan, setengahnya memberi manfaat dan setengahnya memberi mudharat ddan setengahnya penawar dan setengahnya racun, bahkan berkekalan perkataan itu di dalam hati lebih lama daripada berkekalan makanan di dalam perut kerana makanan itu hilang ia dari perut besar dengan tidur dan umpamanya .

Dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari, kemudian hilang ia dengan makan julab . Adapun perkataan jatuh ke dalam hati, maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup, maka jika ada ia perkataan yang jahat, maka sentiasa ia memfitnahkan dan mendatangkan was-was, bahkan terkadang mensebabkan ia akan kebinasaan yang besar . Maka hendaklah bersungguh-sungguh orang yang ber‘aqal pada memelihara pendengarnya dan segala anggotanya sebelum ditanya daripadanya pada hari Qiyaamah .  

Telah berfirman Allah Ta‘ala :

            ٣٦ ﴿   ﻤﺴﺌﻭﻻ  ﻋﻨﻪ  ﻛﺎﻥ    ﺃﻭﻠﺋﻚ   ﻛﻞّ   ﻭٱﻟﻔﺆﺍﺪ  ﻭٱﻟﺑﺼﺭ  ٱﻟﺴﻤﻊ  ﺇﻦّ 

Ertinya : “ Bahawasanya pendengar dan penglihat dan hati sekelian itu akan ditanya daripadanya pada hari Qiyaamah ” .
( Shurah Al Isra΄ : Ayat 36 )

Mata, Faedah Dan Bahayanya ( Penawar Bagi Hati ) siri 1 Syarah Oleh Tuan Guru Ismail Spanjang






 ( Kitab yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh )


Ada padanya tujuh fashal .

Fashal yang pertama pada menyatakan mata .

Ketahui olehmu bahawasanya mata itu menjadikan dia oleh Allah Ta‘ala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia .

Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat, memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah Ta‘ala dan atas keEsaanNya dan atas kuasaNya .

Dan setengah daripadanya melihat akan Al Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ‘ilmu .

Dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti seperti jatuh dan berlaga .

Dan bermula mensyukurkan mata itu memelihara daripadanya tiap-tiap melihat yang haram seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan sahayanya dan mahramnya . Dan seperti melihat akan yang muda belia dan seperti melihat akan aurat laki-laki, maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah Ta‘ala :

                 ۚ  ﻓﺭﻮﺠﻬﻡ   ﻮﻴﺣﻔﻅﻮﺍ   ﺃﺑﺻٰﺭﻫﻡ   ﻤﻥ  ﻴﻐﻀﻮﺍ  ﻟﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻥ  ﻗﻞ

                  ۳۰ ﴿   ﻴﺼﻧﻌﻭﻦ  ﺑﻤﺎ  ﺨﺑﻴﺭۥۢ  ٱﷲ  ﺇﻦّ    ۗ  ﻠﻬﻡ  ﺃﺯﻜﻰٰ  ﺬٰﻠﻚ
                             
Ertinya : Bersabda olehmu, hai Rasulullah, bagi sekelian yang beriman, pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya, nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu . Dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu, nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia . Dan yang demikian itu, memelihara itu lebih baik bagi mereka itu . Bahawasanya Allah Ta‘ala sangat mengetahui akan bathin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zhahirnya, maka membalas Ia akan mereka itu atasnya .
( Shurah At Tuur : Ayat 30 )

Ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan .

Maka adapun mengajar adab, maka firmanNya :

Bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman, nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu daripada barang yang tiada halal memandang kepadanya ” .

Dan dengan ini perkataan, menyuruh Allah Ta‘ala akan hambaNya dengan berkelakuan yang baik iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dikerjakan dengan dia, maka wajib atas sekelian hamba menjunjung perintah Tuhannya dan jika tiada, nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa .

Dan adapun memberitahu, maka firmanNya :

“ Bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu ” .

Memberitahu Allah Ta‘ala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memeliharakan faraj itu, keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan sebab bagi membanyakan pekerjaan kebajikan .

Dan adapun menakutkan, maka firmanNya :

“ Bahawasanya Allah Ta‘ala sangat mengetahui Ia akan bathin, barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui Ia akan zhahirnya, maka selagi membalas Ia akan dia ” .

Jika ada ia yang baik nescaya membalas Ia dengan pahala dan kesenangan dan Syurga . Dan jika ada ia kejahatan, maka membalas Ia dengan siksa dan api Neraka .

Dan firmannya Allah Ta‘ala :

               ١٩ ﴿   ٱﻟﺻﺪﻭﺭ  ﺗﺨﻔﻰ   ﻭﻤﺎ   ٱﻷﻋﻴﻦ   ﺋﻧﺔ ﺨﺂ   ﻴﻌﻟﻡ

Ertinya : Mengetahui oleh Allah Ta‘ala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu akan memandang kepada yang diharamkan dan mengetahui Ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita-cita mengerjakan kebajikan .
( Shurah Ghaafir : Ayat 19 )

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﺑﻟﻴﺱ  ﺴﻬﺎﻡ   ﻤﻦ  ﻤﺴﻤﻮﻡ  ﺴﻬﻡ   ﺍﻟﻤﺭﺃﺓ  ﻤﺤﺎﺴﻦ   ﺍﻟﻰ  ﺍﻟﻧﻇﺭ  ٳﻦّ  ﴿

  ﺘﺳﺭّﻩ   ﻋﺑﺎﺪﺓ   ﻄﻌﻡ   ﺘﻌﺎﻟﻰ  ﭐﷲ   ﺃﺫﺍﻗﻪ   ﺘﺭﻜﻬﺎ    ﻓﻤﻦ

Ertinya : ‘ Bahawasanya memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun daripada segala anak panah Iblis ( pada sangat segera membinasakan ) maka barang siapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah Ta‘ala, nescaya memperasakan dia oleh Allah Ta‘ala akan kesedapan amal ‘ibadat yang menyukakan ia akan dia ’ .
Menceritakan akan ini hadits oleh Al Hakim daripada Huzaifah r.h . Dan menghukumkan ia akan sanadnya dengan shahih .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

            ﻮﺯﻨﺎﻫﻤﺎ   ﺗﺯﻨﻴﺎﻦ   ﻓﺎﻟﻌﻴﻨﺎﻦ   ﺍﻟﺯّﻧﺎ  ﻤﻦ  ﺤﻅﻪ  ﺁﺪﻡ  ﺍﺑﻦ  ﻟﻜﻞّ  ﴿

             ﻮﺍﻟﺭّﺟﻼﻦ  ﺍﻟﺑﻃﺶ  ﻮﺯﻨﺎﻫﻤﺎ  ﺗﺯﻨﻴﺎﻦ  ﻮﺍﻟﻴﺪﺍﻦ  ﺍﻟﻨﻅﺭ   

             ﺍﻟﺘﻘﺑﻴﻞ  ﻮﺯﻧﺎﻩ  ﻴﺯﻧﻰ  ﻮﺍﻟﻔﻡ  ﺍﻟﻤﺷﻲ  ﻮﺯﻨﺎﻫﻤﺎ  ﺗﺯﻨﻴﺎﻦ 

                     ﻴﻛﺫّﺑﻪ   ﺍﻭ   ﺍﻟﻔﺭﺝ  ﺫﻟﻚ  ﻮﻴﺼﺪّﻕ  ﻴﻬﻡّ  ﻮﺍﻟﻘﻟﺏ  

Ertinya : ‘ Ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya daripada zina, maka dua mata itu, berzina keduanya . Dan zina keduanya, memandang kepada barang yang tiada harus dipandang .

Dan kedua tangan itu, berzina keduanya. Dan zina keduanya, menampar akan yang dilarang menamparnya .

Dan kedua kakinya, berzina keduanya . Dan berzina keduanya, berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya .

Dan bermula mulut itu berzina ia . Dan zinanya mengkucup akan yang tiada halal dikucup .

Dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencita-cita ia dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj ( dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu ) atau mendustakan ia akan dia ( dengan bahawa tertegah ia daripadanya ) .

Menceritakan akan ini hadits oleh Muslim dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu . Dan ada pada hadits ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu, dua mata .

Dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau dengan apa pekerjaan yang patut ia dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya itu . Maka jika pekerjaan itu sangat besar, nescaya engkau pelihara anggota itu dengan pelihara yang bersangatan .

Maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di dalam kebun Syurga dan mahligainya . Dan adapun tangan itu, maka dinanti-nanti baginya mencapai buah-buah Syurga dan minumannya, seperti itulah segala anggota yang lain .

Maka mata, hanyasanya ia kerana memandang kepada dzat Allah Ta‘ala di dalam Syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu, dan tiada ada di dalam negeri dunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat Tuhan itu, maka patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga-hingga pelihara dan dimuliakan dia sehabis-habis mulia dan bahawa tiada dikotorkan dia dengan memandang akan yang haram .

Wallaahu a’lam . 

Pendahuluan ( Kitab Penawar Bagi Hati ) -





1 : Ketahui olehmu bahawasanya ‘ilmu tasawwuf itu pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri .

2 : Dan adapun faedahnya, maka menyampaikan ia kepada mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta‘ala dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekelian alam .

3 : Dan adapun hantarannya, maka iaitu hati manusia daripada pihak kelakuan yang datang kepadanya .

4 : Dan adapun hukumnya, maka fardhu ‘ain atas tiap-tiap yang ber‘aqal, lagi sampai umur .

5 : Dan adapun tempat ambilnya, maka daripada Al Quran yang mulia dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam .

6 : Dan adapun namanya, maka ‘ilmu tasawwuf .

Dan ketahui olehmu bahawasanya maksud daripada ‘ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zhahir daripada daripada segala perbuatan yang keji supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala shifat kecelaan . Dan dikehendaki dengan segala anggota yang zhahir itu tujuh anggota :

Pertama : mata .

Dan kedua : telinga .

Dan ketiga : lidah .

Dan keempat : perut .

Dan kelima : faraj .

Dan keenam : dua tangan .

Dan ketujuh : dua kaki .  

Dan hendaklah engkau ingat di dalam hati engkau akan bahawasanya Allah Ta‘ala telah memberi nikmat Ia akan dikau dengan beberapa nikmat yang besar-besar dan iaitu segala anggota engkau yang wajib atas engkau memeliharanya dan mensyukurkannya . Maka jika tiada engkau memelihara akan dia, nescaya selagi jadi saksi semuanya atas engkau pada hari Qiyaamah seperti firman Allah Ta‘ala :

ﺃﯿﺪﯿﻬﻡ    ﻮﺘﻜﻠﻤﻧﺂ    ﺃﻓﻮٰﻫﻬﻡ    ﻋﻠﻰٰ   ﻧﺨﺘﻡ  ٱﻠﻴﻮﻡ

  ٦٥  ﴿     ﻴﻜﺴﺑﻮﻦ    ﻜﺎﻧﻮﺍ    ﺑﻤﺎ    ﺃﺭﺠﻠﻬﻡ    ﻮﺘﺷﻬﺪ

Ertinya : “ Pada hari Qiyaamah mencap oleh Allah Ta‘ala atas segala mulut mereka itu, ertinya menegah ia akan dia daripad bercakap, berkata-kata akan Allah Ta‘ala oleh segala tangan mereka itu dan mensaksikan oleh segala kaki mereka itu dengan barang yang ada mereka itu mengusaha akan dia di dalam dunia ” .
( Shurah Yasin : Ayat 65 )

Maka tiap-tiap anggota bertutur ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya . Dan firman Allah Ta‘ala :

    …. ﺠﻠﻮﺪﻜﻡ  ﻮﻻ  ﺃﺑﺼٰﺭﻜﻡ  ﻮﻵ  ﺴﻤﻌﻜﻡ  ﻋﻠﻳﻜﻡ  ﻳﺸﻬﺪ  ﺃﻦ  ﺘﺴﺘﺘﺭﻮﻦ   ﻜﻧﺘﻡ  ﻮﻤﺎ

Ertinya : “ Dan tiada ada kamu dahulu di dalam dunia bersembunyi pada ketika mengerjakan kejahatan daripada mensaksikan atas kamu oleh segala telinga kamu dan segala mata kamu dan segala kulit kamu…..
( Shurah Fushshilat : Ayat 22 )

Dan tiada dapat bersembunyi daripada sekelian saksi yang tersebut melainkan dengan meninggalkan segala kejahatan itu sama sekali kerana bahawasanya tiada bercerai semuanya daripada manusia pada tiap-tiap masa dan tiap-tiap tempat selagi menyebut hamba akan tujuh fashal bagi segala anggota yang tujuh yang tersebut .