Khamis, 30 Jun 2011

Penawar Bagi Hati ( Kata Penghantar Penyusun )

KITAB PENAWAR BAGI HATI

SYEIKH ‘ABDUL QADIR BIN ‘ABDUL MUTHALIB
AL INDUNESIA AL MANDILI

   ﭐلله    ﭐﻟرّحمٰن    ﭐﻟرّحيم  بسم   

Segala puji bagi Allah Ta‘ala, Tuhan yang menjadikan Ia akan jin dan manusia supaya mengerjakan mereka itu akan ‘ibadat, lagi yang sangat mengetahui Ia akan yang tersembunyi di dalam dada dan segala mata yang khianat . Dan lagi, akan bertanya Ia daripada pendengar dan penglihat dan hati dan lainnya pada hari Qiyaamah .

Dan shalawat dan salam adalah keduanya bagi Nabi yang dibangkitkan kepada sekelian alam kerana rahmat, yang bersabda ia :

Bahawasanya Allah Ta‘ala tiada menilik Ia kepada rupa kamu,

dan tetapi menilik Ia kepada segala hati kamu ’ .

Dan atas sekelian keluarganya dan Shahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu daripada shifat kecelaan . Dan menghiasi diri mereka itu akan dia dengan perangai yang baik dan shifat kepujian .

‘Amma ba’ du :

Maka ini sebuah kitab yang kecil pada permulaan ‘ilmu tasawwuf  hamba himpunkan dia kerana peringatan bagi hamba sendiri dan bagi sekelian saudara-saudara yang baharu belajar . Dan hamba namakan akan dia dengan ‘ Penawar Bagi Hati ’ pada menerangkan barang yang wajib dibersihkan daripadanya dan dihiasi dengan dia akan segala hati . Dan hamba sebut di dalamnya akan satu pendahuluan dan tiga kitab .

Dan akan Allah Ta‘ala jua hamba pohonkan bahawa memberi manfaat ia dengan kitab ini bagi hamba sendiri dan bagi sekelian pembacanya. Dan bahawa menjadikan Ia akan dia ikhlas semata-mata menuntut keredhaanNya kerana bahawasanya Ia sangat kuasa atas tiap-tiap sesuatu .

Yang menghimpun ;

‘ABDUL QADIR BIN ‘ABDUL MUTHALIB
AL INDUNESIA AL MANDILI
Mekah al Mukarramah pada tanggal
07hb Rejab tahun 1378 Hijrah . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan