( Kitab yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh )
Fashal yang pertama pada menyatakan mata .
Ketahui olehmu bahawasanya mata itu menjadikan dia oleh Allah Ta‘ala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia .
Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat, memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah Ta‘ala dan atas keEsaanNya dan atas kuasaNya .
Dan setengah daripadanya melihat akan Al Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ‘ilmu .
Dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti seperti jatuh dan berlaga .
Dan bermula mensyukurkan mata itu memelihara daripadanya tiap-tiap melihat yang haram seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan sahayanya dan mahramnya . Dan seperti melihat akan yang muda belia dan seperti melihat akan aurat laki-laki, maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah Ta‘ala :
ۚ ﻓﺭﻮﺠﻬﻡ ﻮﻴﺣﻔﻅﻮﺍ ﺃﺑﺻٰﺭﻫﻡ ﻤﻥ ﻴﻐﻀﻮﺍ ﻟﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻥ ﻗﻞ
﴾ ۳۰ ﴿ ﻴﺼﻧﻌﻭﻦ ﺑﻤﺎ ﺨﺑﻴﺭۥۢ ٱﷲ ﺇﻦّ ۗ ﻠﻬﻡ ﺃﺯﻜﻰٰ ﺬٰﻠﻚ
Ertinya : “ Bersabda olehmu, hai Rasulullah, bagi sekelian yang beriman, pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya, nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu . Dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu, nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia . Dan yang demikian itu, memelihara itu lebih baik bagi mereka itu . Bahawasanya Allah Ta‘ala sangat mengetahui akan bathin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zhahirnya, maka membalas Ia akan mereka itu atasnya ” .
( Shurah At Tuur : Ayat 30 )
Maka adapun mengajar adab, maka firmanNya :
“ Bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman, nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu daripada barang yang tiada halal memandang kepadanya ” .
Dan dengan ini perkataan, menyuruh Allah Ta‘ala akan hambaNya dengan berkelakuan yang baik iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dikerjakan dengan dia, maka wajib atas sekelian hamba menjunjung perintah Tuhannya dan jika tiada, nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa .
Dan adapun memberitahu, maka firmanNya :
“ Bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu ” .
Memberitahu Allah Ta‘ala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memeliharakan faraj itu, keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan sebab bagi membanyakan pekerjaan kebajikan .
Dan adapun menakutkan, maka firmanNya :
“ Bahawasanya Allah Ta‘ala sangat mengetahui Ia akan bathin, barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui Ia akan zhahirnya, maka selagi membalas Ia akan dia ” .
Jika ada ia yang baik nescaya membalas Ia dengan pahala dan kesenangan dan Syurga . Dan jika ada ia kejahatan, maka membalas Ia dengan siksa dan api Neraka .
Dan firmannya Allah Ta‘ala :
﴾ ١٩ ﴿ ٱﻟﺻﺪﻭﺭ ﺗﺨﻔﻰ ﻭﻤﺎ ٱﻷﻋﻴﻦ ﺋﻧﺔ ﺨﺂ ﻴﻌﻟﻡ
Ertinya : “ Mengetahui oleh Allah Ta‘ala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu akan memandang kepada yang diharamkan dan mengetahui Ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita-cita mengerjakan kebajikan ” .
( Shurah Ghaafir : Ayat 19 )
Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
ﺍﺑﻟﻴﺱ ﺴﻬﺎﻡ ﻤﻦ ﻤﺴﻤﻮﻡ ﺴﻬﻡ ﺍﻟﻤﺭﺃﺓ ﻤﺤﺎﺴﻦ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻧﻇﺭ ٳﻦّ ﴿
﴾ ﺘﺳﺭّﻩ ﻋﺑﺎﺪﺓ ﻄﻌﻡ ﺘﻌﺎﻟﻰ ﭐﷲ ﺃﺫﺍﻗﻪ ﺘﺭﻜﻬﺎ ﻓﻤﻦ
Ertinya : ‘ Bahawasanya memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun daripada segala anak panah Iblis ( pada sangat segera membinasakan ) maka barang siapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah Ta‘ala, nescaya memperasakan dia oleh Allah Ta‘ala akan kesedapan amal ‘ibadat yang menyukakan ia akan dia ’ .
Menceritakan akan ini hadits oleh Al Hakim daripada Huzaifah r.h . Dan menghukumkan ia akan sanadnya dengan shahih .
Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
ﻮﺯﻨﺎﻫﻤﺎ ﺗﺯﻨﻴﺎﻦ ﻓﺎﻟﻌﻴﻨﺎﻦ ﺍﻟﺯّﻧﺎ ﻤﻦ ﺤﻅﻪ ﺁﺪﻡ ﺍﺑﻦ ﻟﻜﻞّ ﴿
ﻮﺍﻟﺭّﺟﻼﻦ ﺍﻟﺑﻃﺶ ﻮﺯﻨﺎﻫﻤﺎ ﺗﺯﻨﻴﺎﻦ ﻮﺍﻟﻴﺪﺍﻦ ﺍﻟﻨﻅﺭ
ﺍﻟﺘﻘﺑﻴﻞ ﻮﺯﻧﺎﻩ ﻴﺯﻧﻰ ﻮﺍﻟﻔﻡ ﺍﻟﻤﺷﻲ ﻮﺯﻨﺎﻫﻤﺎ ﺗﺯﻨﻴﺎﻦ
﴾ ﻴﻛﺫّﺑﻪ ﺍﻭ ﺍﻟﻔﺭﺝ ﺫﻟﻚ ﻮﻴﺼﺪّﻕ ﻴﻬﻡّ ﻮﺍﻟﻘﻟﺏ
Ertinya : ‘ Ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya daripada zina, maka dua mata itu, berzina keduanya . Dan zina keduanya, memandang kepada barang yang tiada harus dipandang .
Dan kedua tangan itu, berzina keduanya. Dan zina keduanya, menampar akan yang dilarang menamparnya .
Dan kedua kakinya, berzina keduanya . Dan berzina keduanya, berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya .
Dan bermula mulut itu berzina ia . Dan zinanya mengkucup akan yang tiada halal dikucup .
Dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencita-cita ia dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj ( dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu ) atau mendustakan ia akan dia ( dengan bahawa tertegah ia daripadanya ) .
Menceritakan akan ini hadits oleh Muslim dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu . Dan ada pada hadits ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu, dua mata .
Dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau dengan apa pekerjaan yang patut ia dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya itu . Maka jika pekerjaan itu sangat besar, nescaya engkau pelihara anggota itu dengan pelihara yang bersangatan .
Maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di dalam kebun Syurga dan mahligainya . Dan adapun tangan itu, maka dinanti-nanti baginya mencapai buah-buah Syurga dan minumannya, seperti itulah segala anggota yang lain .
Maka mata, hanyasanya ia kerana memandang kepada dzat Allah Ta‘ala di dalam Syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu, dan tiada ada di dalam negeri dunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat Tuhan itu, maka patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga-hingga pelihara dan dimuliakan dia sehabis-habis mulia dan bahawa tiada dikotorkan dia dengan memandang akan yang haram .
Wallaahu a’lam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan