Khamis, 30 Jun 2011

Pendahuluan ( Kitab Penawar Bagi Hati ) -





1 : Ketahui olehmu bahawasanya ‘ilmu tasawwuf itu pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri .

2 : Dan adapun faedahnya, maka menyampaikan ia kepada mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta‘ala dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekelian alam .

3 : Dan adapun hantarannya, maka iaitu hati manusia daripada pihak kelakuan yang datang kepadanya .

4 : Dan adapun hukumnya, maka fardhu ‘ain atas tiap-tiap yang ber‘aqal, lagi sampai umur .

5 : Dan adapun tempat ambilnya, maka daripada Al Quran yang mulia dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam .

6 : Dan adapun namanya, maka ‘ilmu tasawwuf .

Dan ketahui olehmu bahawasanya maksud daripada ‘ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zhahir daripada daripada segala perbuatan yang keji supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala shifat kecelaan . Dan dikehendaki dengan segala anggota yang zhahir itu tujuh anggota :

Pertama : mata .

Dan kedua : telinga .

Dan ketiga : lidah .

Dan keempat : perut .

Dan kelima : faraj .

Dan keenam : dua tangan .

Dan ketujuh : dua kaki .  

Dan hendaklah engkau ingat di dalam hati engkau akan bahawasanya Allah Ta‘ala telah memberi nikmat Ia akan dikau dengan beberapa nikmat yang besar-besar dan iaitu segala anggota engkau yang wajib atas engkau memeliharanya dan mensyukurkannya . Maka jika tiada engkau memelihara akan dia, nescaya selagi jadi saksi semuanya atas engkau pada hari Qiyaamah seperti firman Allah Ta‘ala :

ﺃﯿﺪﯿﻬﻡ    ﻮﺘﻜﻠﻤﻧﺂ    ﺃﻓﻮٰﻫﻬﻡ    ﻋﻠﻰٰ   ﻧﺨﺘﻡ  ٱﻠﻴﻮﻡ

  ٦٥  ﴿     ﻴﻜﺴﺑﻮﻦ    ﻜﺎﻧﻮﺍ    ﺑﻤﺎ    ﺃﺭﺠﻠﻬﻡ    ﻮﺘﺷﻬﺪ

Ertinya : “ Pada hari Qiyaamah mencap oleh Allah Ta‘ala atas segala mulut mereka itu, ertinya menegah ia akan dia daripad bercakap, berkata-kata akan Allah Ta‘ala oleh segala tangan mereka itu dan mensaksikan oleh segala kaki mereka itu dengan barang yang ada mereka itu mengusaha akan dia di dalam dunia ” .
( Shurah Yasin : Ayat 65 )

Maka tiap-tiap anggota bertutur ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya . Dan firman Allah Ta‘ala :

    …. ﺠﻠﻮﺪﻜﻡ  ﻮﻻ  ﺃﺑﺼٰﺭﻜﻡ  ﻮﻵ  ﺴﻤﻌﻜﻡ  ﻋﻠﻳﻜﻡ  ﻳﺸﻬﺪ  ﺃﻦ  ﺘﺴﺘﺘﺭﻮﻦ   ﻜﻧﺘﻡ  ﻮﻤﺎ

Ertinya : “ Dan tiada ada kamu dahulu di dalam dunia bersembunyi pada ketika mengerjakan kejahatan daripada mensaksikan atas kamu oleh segala telinga kamu dan segala mata kamu dan segala kulit kamu…..
( Shurah Fushshilat : Ayat 22 )

Dan tiada dapat bersembunyi daripada sekelian saksi yang tersebut melainkan dengan meninggalkan segala kejahatan itu sama sekali kerana bahawasanya tiada bercerai semuanya daripada manusia pada tiap-tiap masa dan tiap-tiap tempat selagi menyebut hamba akan tujuh fashal bagi segala anggota yang tujuh yang tersebut .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan