Fashal yang kedua pada menyatakan telinga .
Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadikan dia oleh Allah Ta‘ala bagi engkau kerana beberapa faedah dunia dan beberapa faedah yang bangsa akhirat
Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa dunia, bersedap-sedap dengan yang dengar dan menyampaikan ia kepada memafhumkan segala perkataan yang didengar .
Dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu mendengar ia akan Al Quran dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan segala ‘ilmu yang memberi manfaat dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar itu lebih afdhal daripada penglihat kerana kebanyakan faedah penglihat itu bangsa dunia dan kebanyakan faedah pendengar itu bangsa akhirat . Dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna daripada yang tuli .
Dan bermula mensyukurkan pendengar itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bid‘ah dan berbantah-bantah dan seperti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti daripadanya akan fitnah dan seperti mendengar perkakas permainan yang diharamkan seperti serunai dan gendang dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu kerana perkataan itu menyalahi ia akan Al Quran dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Maka lazimkan olehmu memelihara pendengar engkau daripada perkataan yang keji dan yang sia-sia kerana mereka itu yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia itu mendatangkan was-was ke dalam hati .
Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan yang didengar itu seperti makanan, setengahnya memberi manfaat dan setengahnya memberi mudharat ddan setengahnya penawar dan setengahnya racun, bahkan berkekalan perkataan itu di dalam hati lebih lama daripada berkekalan makanan di dalam perut kerana makanan itu hilang ia dari perut besar dengan tidur dan umpamanya .
Dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari, kemudian hilang ia dengan makan julab . Adapun perkataan jatuh ke dalam hati, maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup, maka jika ada ia perkataan yang jahat, maka sentiasa ia memfitnahkan dan mendatangkan was-was, bahkan terkadang mensebabkan ia akan kebinasaan yang besar . Maka hendaklah bersungguh-sungguh orang yang ber‘aqal pada memelihara pendengarnya dan segala anggotanya sebelum ditanya daripadanya pada hari Qiyaamah .
Telah berfirman Allah Ta‘ala :
﴾ ٣٦ ﴿ ﻤﺴﺌﻭﻻ ﻋﻨﻪ ﻛﺎﻥ ﺃﻭﻠﺋﻚ ﻛﻞّ ﻭٱﻟﻔﺆﺍﺪ ﻭٱﻟﺑﺼﺭ ٱﻟﺴﻤﻊ ﺇﻦّ
Ertinya : “ Bahawasanya pendengar dan penglihat dan hati sekelian itu akan ditanya daripadanya pada hari Qiyaamah ” .
( Shurah Al Isra΄ : Ayat 36 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan