Sabda Nabi s.a.w ; ‘Tiada mendapati akan Allah oleh seseorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil segala isi rumahnya ’, maka wajiblah atas suami mengajar ia akan isterinya akan i’tiqad Ahli Sunnah Wal Jama‘ah daripada segala yang wajib bagi Allah Ta‘ala dan mustahil atasNya dan harus padaNya dan wajib pula menyatakan segala ‘aqidatul iman .
Dan demikian lagi, wajib atas suami mengajar hukum sembahyang dan barang sebagainya daripada segala yang halal dan yang haram seperti meninggalkan mengumpat-ngumpat dan mengadu-ngadu dan memeliharakan segala najis dan segala hukum membasuh najis .
Demikian lagi wajib atas suami itu bahawa belajar akan bicara haidh dan nifas dan hukum dan wajib pula ia mengajar yang demikian itu akan isteri dan wajib pula mengajar bagi mandi janaabah dan mandi haidh dan nifas dan wilaadah .
Dan setengah daripada yang wajib atas suaminya mengajar ia akan isterinya itu apabila putus darah haidh dahulu daripada waktu Maghrib sekira-kira lulus takbiiratul ihram, maka wajib ia menqadha΄kan sembahyang Zhuhur dan ‘Ashar itu . Dan manakala putus darah haidh itu dahulu daripada waktu Shubuh sekira-kira lulus takbiiratul ihram, maka wajiblah atasnya qadha΄ sembahyang Maghrib dan ‘Isya΄ .
Dan apabila mengajar oleh suaminya dengan segala hukum yang tersebut itu, maka tiadalah harus bagi isteri itu keluar kerana belajar yang demikian itu . Jika tiada ia mengajar akan yang demikian itu, maka haruslah bagi isteri itu keluar tetapi wajib pula keluarnya, maka haramlah atas suaminya menegahkan dia dan tiada harus bagi perempuan itu keluar kerana belajar ilmu yang terlebih dari pada fardhu ‘ain melainkan dengan izin suaminya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan