Khamis, 7 Julai 2011

Nafqah Dengan Harta Yang Haram Muhimmah siri16



Kebinasaan Berkahwin

Maka adalah kebinasaan daripada jalan memberi nafqah yang melepaskan daripada harta yang haram itu sangatlah sedikit melainkan seorang yang ada baginya harta pusaka atau harta baginya usaha yang halal yang mencukupi dengan dia dan dengan ahlinya dan ada baginya pula qana‘ah yang menegahkan daripada belanja yang berlebih-lebihan, maka bahawa yang demikian itu lepaslah ia daripada kebinasaan berkahwin atau seseorang yang mempunyai kepandaian dan kuasa ia atas menguasai yang halal daripada segala pekerjaan yang harus mengambil dia, seperti mengambil kayu di hutan, atau mengambil perburuan di hutan atau   di dalam perbuatan yang tiada ta‘alluq dengan raja-raja, maka yang demikian itu lepaslah ia daripada kebinasaan berkahwin .



Dan setengah daripada kebinasaan berkahwin itu, iaitu singkat daripada mendirikan dengan hak ahlinya, ya’ni tiada kuasa ia menyempurnakan bagi hak ahlinya dan tiada kuasa ia menanggung kesusahan yang disakiti oleh ahlinya, seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :  

ﻴﻘﻭﺖ    ﻤﻦ   ﻴﺿﻴّ   ٲﻦ   ﺇﺜﻤﺎ   ﺑﺎﻟﻤﺭﺀ   ﻜﻔﻰ

Ertinya : ‘ Memadailah dengan seorang itu derhaka dan dosa bahawa menghilangkan ia akan hak orang yang wajib nafkah atasnya ’ .

Dan telah meriwayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ bahawa sesungguhnya orang yang lari dari ahlinya itu seperti menempati hamba yang lari dari juangnya, iaitu tiada diterima baginya sembahyangnya dan tiada diterima pula puasanya hingga kembali kepada ahlinya .

Dan telah mengeluarkan oleh Thabrani : Di mana-mana lelaki yang berkahwin ia akan perempuan atas sedikit daripada isi kahwinnya atau banyak, yang tiada padanya membayar ia kepada perempuan itu akan haknya, lagi akan menipu daya lelaki itu akan dia, maka mati ia dan padahalnya tiada membayar ia kepada perempuan itu akan haknya, nescaya berjumpalah ia akan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah dan padahal ia lelaki itu zina, ya’ni seperti dosa orang yang berbuat zina .

Dan berkata Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Barang siapa tiada kuasa daripada mendirikan hak ahlinya dan jika ada ia hadir sekalipun, maka iaitu seperti orang yang daripada ahlinya .

Dan kata Imam Al Ghazali pula : Maka kebinasaan ini am, tiada sejahtera daripadanya melainkan orang yang ‘alim akan ilmu hikmah yang memberi manfaat di dalam akhirat, lagi mempunyai ‘aqal yang sempurna, lagi baik perangainya, lagi mengetahui dengan mata hatinya akan adat perempuan, lagi sabar ia atas kejahatan segala lidah perempuan dan berhenti ia daripada mengikut syahwat perempuan, ya’ni tiada ikut kehendak perempuan itu melainkan yang muwaafaqat dengan Syari‘at, lagi loba ia atas menyempurnakan dengan hak perempuan yang lazim atasnya, lagi ia lalai daripada kesalahan perempuan, ya’ni tiada ia sangat hirau akan kesalahan perempuan atasnya, lagi ia memeliharakan dan menunjukkan dengan aqalnya akan thabi‘at perempuan, ya’ni tahu ia membuka akan perempuan dengan bicara ‘aqalnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan