Khamis, 7 Julai 2011

Terhalang Dari Mengingati Allah ( Muhimmah ) siri 17


                                         KEBINASAAN BERKAHWIN

Dan setengah daripada kebinasaan berkahwin itu bahawa sungguhnya adalah ahlinya dan anaknya itu membimbangkan baginya daripada ingat akan Allah Ta‘ala dan membimbangkan daripada menjalani jalan akhirat dan daripada berbuat ‘ibadat serta hadir kepada Allah Ta‘ala dan masyghul ia kepada menuntut dunia dan membanyakkan ia akan memerintahkan kehidupan bagi segala anaknya dan ahlinya dengan menghimpunkan harta dan akan pertaruhan bagi mereka itu dan yang demikian itu pada ghalib membawa kepada bakhil, yakni kikir, maka inilah sebesar-besar celaka yang membinasakan akan manusia .

Dan dari kerana inilah kata Abi Sulaiman Ad Darani Rahimahullaahu  Ta‘ala :

ﻤﺸﺋﻭﻡ   ﻋﻠﻴﻙ  ﻓﻬﻭ   ﻭﻭﻠﺪ   ﻤﺎﻝ     ﺃﻫﻝ   ﻤﻦ   ﭐﷲ   ﻋﻦ  ﺸﻐﻠﻚ   ﻤﺎ

Ertinya : Barang yang membimbangkan akan dikau daripada ingat akan Allah Ta‘ala iaitu daripada ahlinya dan hartanya dan anaknya maka iaitu celaka atasmu .

Seperti firman Allah Ta‘ala :

ۚ ﺫﻜﺭﭐﷲ   ﻋﻦ  ﺃﻭﻠٰﺪﻜﻡ     ﺃﻤﻭٰﻟﻜﻡ  ﺘﻠﻬﻜﻡ     ﺀﺍﻤﻧﻭﺍ  ﭐﻠﺫﻴﻦ  ﺃﻴﻬﺎ  ﻴﺎ

  ٩ ﴿  ﭐﻟﺨٰﺴﺭﻭﻥ  ﻫﻡ   ﻓﺄﻭﻟﺋﻚ   ﺫٰﻟﻚ   ﻴﻔﻌﻝ  ﻤﻦ 

Ertinya : “ Hai segala mereka yang percaya mereka itu jangan melalaikan akan kamu oleh segala harta kamu dan anak kamu daripada dzikrullah dan barang siapa berbuat ia akan yang demikian itu, maka mereka itulah segala mereka yang kerugian mereka itu pada hari akhirat ” .
( Shurah Al Munaafiqun : Ayat 9 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan