Khamis, 23 Jun 2011

Kebinasaan Suami Di Akhirat Muhimmah 13 / 14




Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Asma’, anak Saiyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu ‘anhuma :

Bahawa sesungguhnya ia berkata :

Telah mengkahwin akan daku oleh Zubair, padahal tiada baginya di dalam bumi ini daripada harta, dan tiada memiliki ia akan sahaya, dan tiada memiliki suatu yang lain daripada satu kudanya, dan satu untanya yang menjiruskan kebunnya, maka adalah aku memberi makan dia, dan aku mencukup akan dia belanjanya dan memeliharakan akan dia, dan aku menambah biji kurma makanan bagi untanya . Dan lagi aku memberi makan akan dia, dan memberi minum air akan dia, dan aku menjahit timba kulit, dan aku menggiling akan tepung gandum dan syair, dan aku perbuat akan dia roti, dan adalah aku memindahkan biji kurma, padahal aku junjung di atas kepalaku daripada perjalanan dua tsuluts farsakh jauhnya hingga menyuruh akan daku oleh bapaku, Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyaallaahu ‘anhu dengan satu khadam perempuan, berkhidmat akan daku, maka memadai akan daku dan memeliharakan ia akan daku, maka seolah-olahnya memerdekakan ia akan daku daripada berkhidmat itu,



Maka

adalah sebaik-baik perempuan itu adalah cita-citanya itu membaikkan dirinya
dan memeliharakan badannya dan mengerjakan pekerjaan yang di dalam rumahnya, serta sembahyang fardhu yang lima waktu, dan puasa pada bulan Ramadhan, dan memeliharakan  ia akan farajnya, dan mengikut bagi suruh, dan tegah suaminya, nescaya masuklah perempuan itu ke dalam Syurga Tuhannya .



INI suatu tanbih pada menyatakan kebinasaan atas lelaki yang mempunyai isterinya sebab berkahwin .

Maka iaitu beberapa perkara ( setengah daripadanya ) bahawa tiada mudah memberi belanja isterinya itu daripada harta yang halal padahal wajib atasnya itu memberi nafqah, maka adalah berkahwin itu sebab yang meluaskan di dalam menuntut makanan yang haram, istimewa pula pada zaman sekarang ini, maka adalah dalamnya itu membinasakan dirinya dan membinasakan ahlinya . Adapun segala orang yang bujang, ghaalib ia sejahtera daripada demikian itu .  

Dan tersebut di dalam hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bahawa sungguhnya seorang hamba Allah diperhentikan ia pada dekat neraca pada hari Qiyaamah dan adalah baginya daripada beberapa kebajikan seumpama bukit yang besar, kemudian maka ditanya akan dia daripada memeliharakan ahlinya dan daripada hartanya dan daripada dirinya dengan memeliharakan mereka itu dan ditanya daripada hartanya daripada mana ia mengusahakan akan dia danpada apa membelanjakan akan dia hingga habis segala amalnya yang kebajikan .

Dan dituntut balas bagi kejahatannya itu dan tiada tinggal baginya satu kebajikan jua pun, menyeru oleh Malaikat, ya’ni berteriak ia dihadapan orang yang banyak dengan katanya :

‘ Inilah orang yang memakan akan segala

amal kebajikannya itu

oleh segala ahlinya di dalam dunia

dan terkaya ia pada hari ini

dengan segala amalnya ’ .

Dan diriwayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ bahawa sungguhnya pertama-tama yang bergantung dengan seorang lelaki pada hari Qiyaamah itu iaitu ahlinya dan anaknya, maka memberhentikan mereka itu akan dia antara hadapan Allah Ta‘ala, maka berkata oleh segala ahlinya :

Hai Tuhanku !!!

Ambil olehMu bagi kami dengan hak kami daripada lelaki ini,

maka bahawa sungguhnya ia

tiada mengajari akan kami akan suatu hukum

yang kami jahil akan dia

dan lagi adalah ia

memberi makan akan kami

daripada harta yang haram,

padahal kami tiada mengetahui akan dia .

Maka ketika itu membalas Allah Ta‘ala bagi mereka itu daripadanya dengan siksa yang amat sangat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan