Dan kata Imam Al Ghazali : Adalah seorang lelaki keluar ia kepada musafir dan berjanji ia dengan isterinya bahawa jangan turun dari pada rumahnya tempat yang di atas kepada tempat yang di bawah . Dan adalah bapa perempuan itu pada tempat yang di bawah itu, maka sakit ia menyuruh oleh perempuan itu kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam minta izin pada turun kepada mendapat bapanya itu, maka sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Perbuat tha‘at olehmu akan suamimu pula ’ .
Maka mati bapanya sanya, maka minta izin perempuan itu akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada keluarkan mengikut akan jenazah bapanya itu, maka sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Berbuat tha‘at olehmu akan suamimu itu,
ya’ni ikut olehmu akan janji suamimu itu ’ .
Maka ditanamkan orang akan bapanya itu padahal perempuan itu tiada hadir kepadanya dan tiada melihat ia akan dia . Maka setelah itu menyuruh oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya mengkhabarkan akan dia :
‘ Bahawa sungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta‘ala
telah mengampun bagi bapanya itu
sebab tha‘at bagi suaminya ’ .
telah mengampun bagi bapanya itu
sebab tha‘at bagi suaminya ’ .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan