Selasa, 12 Julai 2011

Perihal 'Arasy ( 'Aqiidatun Najiin )

‘Arasy al Rahman

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan ‘Arasy al Rahman dan iaitu jisim yang amat besar yang nurani lagi ‘ulwi . Kata qiil : Daripada nur. Dan kata qiil : Daripada zabarjad yang hijau . Dan kata qiil : Daripada yaqut yang merah .

Bermula yang terlebih aula itu menahankan daripada memutuskan dengan ta’yin akan hakikatnya kerana ketiadaan ada pengetahuan dengan dia . Bermula qaul yang tahqiq bahawasanya tiada Kursi tetapi ia Qubah di atas alam yang mempunyai empat tiang yang menanggung { memikul } akan dia empat Malaikat pada sekarang ini, ya’ni dahulu daripada Qiyaamah . Dan pada hari Qiyaamah, delapan orang Malaikat menanggungnya . Adalah ia di atas langit yang ketujuh . Maka diriwayatkan daripada Ibnu Abbas berkata ia : Daripada langit yang ketujuh kepada ‘Arasy, perjalanan tiga puluh enam ribu tahun .  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan